Showing posts with label Bicara Buku. Show all posts
Showing posts with label Bicara Buku. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

Pesta Buku Selangor di PKNS Shah Alam!!!

Bermula dari 25 Julai hingga 3 Ogos yang lalu telah berlangsungnya Pesta Buku Selangor bertempat di PKNS Shah Alam (Bandar Anggerik). Dalam kesibukan bekerja dan berprogram, alhamdulillah ana berkesempatan untuk singgah dan shopping buku di Pesta Buku Selangor setelah terlepas peluang Pesta Buku Antarabangsa. Banyak juga buku-buku yang sempat ana borong (lebih dari dua, kira banyak la tu...). Nasib baiklah masa tu baru je dapat gaji, so bolehlah 'membeli dan membelah'.


Ini dia dua buku yang ana beli di Pesta Buku Shah Alam buah tangan dari Ustaz Abu Saif - Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga, dan Rindu Bau Pohon Tin. Buku Aku Terima Nikahnya (ATN) dah lama ana miliki. Sebenarnya ada kisah di sebalik buku ATN ni. Waktu Pesta Buku Antarabangsa tahun lepas, ana singgah di booth Galeri Ilmu dan staff kat situ sibuk promote buku ATN ni kat ana. Tapi masa tu ana jual mahal, tak pandang pun disebabkan tajuk buku tu macam lebih cenderung untuk kaum Adam. Dan waktu Iftar STADD tahun lepas, ana selak-selak ATN milik Alang Atie. Sempatlah baca dua tiga tajuk. You know what??? Terus jatuh hati dengan ATN. Time tu juga rasa nak serbu kedai buku nak pi beli. Rupa-rupanya buku ATN ni sesuai juga untuk individu yang terlibat dengan dunia pendidikan awal kanak-kanak, macam ana ni la...hahaha... Pengajaran yang ana dapat, DON'T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER!!!

<---Tak sempat lagi baca kedua-dua buku ni--->



Buku seterusnya ialah buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok tulisan Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, Pengarah Kampus UiTM Johor yag diterbitkan oleh PTS Islamika. Buku ini bukan ana yang beli tapi kawan serumah ana yang beli. So, tumpang baca la. Disebabkan banyak sangat buku-buku yang menarik untuk dibeli, kami sepakat untuk membeli buku yang berbeza. Jadi boleh la kami saling tumpang membaca. Alhamdulillah ana dah habis baca buku ni. Buku yang sangat-sangat menarik! Buku yang mampu membuatkan hati ana bergetar hebat! Buku yang memaparkan perjalanan hidup penulis namun ianya bagaikan luahan rasa ana sendiri. Ana juga merasakan alangkah indahnya andai pemimpin negara kita membaca buku tulisan Prof. Dr. Muhd Kamil ini dan mengambil pengajaran darinya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kandungan buku Travelog Dakwah ni, sila dapatkan di pasaran.

<---Baru khatam buku ni tadi--->



Buku seterusnya ialah U-Turn Ke Jalan Lurus tulisan Ustaz Zul Ramli M. Razali terbitan Galeri Ilmu. Buku ni pun bukan ana yang beli. Tumpang baca kawan punya juga. Isi yang sangat-sangat bagus. Disampaikan dalam bentuk penceritaan dan santai. Banyak menampilkan contoh-contoh dan analogi yang mudah difahami. Terkandung juga banyak mutiara ilmu yang sangat berharga!

<---Hampir khatam baca buku ni, tinggal beberapa bab saja lagi--->



Buku seterusnya ialah buku yang sedang menunggu giliran untuk dibaca iaitu buku yang berjudul I Love You Too!!. Tengok tajuk rasa macam kelakar kan? Hahaha... Rasa macam tak sesuai je ana nak baca buku ni. Tapi tak kisah la, ilmu ni. Actually buku yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu ni merupakan kompilasi dari tulisan-tulisan Hj. Bad yang diterbitkan setiap bulan dalam majalah ANIS. Ana selalu mengikuti tulisan Hj. Bad ni dalam majalah ANIS. Tulisannya mungkin agak santai dan sinis tapi itulah realiti dan hakikat dalam kehidupan masyarakat hari ini. Buku ini jadi lebih menarik lagi dengan ilustrasi kartun yang comel-comel belaka.... =) Bagi ana buku ni sesuai untuk dijadikan bahan bacaan tambahan di rumah.

<--- Sedang tunggu giliran untuk dibaca--->



Novel Islamik terbitan PTS ini yang berjudul Abu Bakar Sahabat Sejati merupakan salah satu hasil karya Abdul Latip Talib yang sering muncul dengan novel biografi kisah para sahabat. Antara karya Abdul Latip Talib yang pernah ana baca ialah Khalid Memburu Syahid. Novel Sejarah Islam yang sangat-sangat bagus untuk dijadikan koleksi buat si penggila novel (macam ana ni). Walaupun harganya agak mahal namun ia berbaloi untuk dimiliki jika dilihat dari aspek mutu karya dan kualiti kertas =).

<---Tunggu giliran juga--->



Buku terakhir yang sedang menanti giliran untuk dibaca ialah Rancang Hidup Rancang Wang tulisan HAMDY. Buku ni bukan dibeli di Pesta Buku Selangor tapi ana beli sewaktu Konvensyen Graduan Nasional '09 yang lalu. Ana sempat selak-selak buku ini dan kandungan buku ini lebih kurang dengan pengisian yang diberikan oleh saudara HAMDY sewaktu KGN '09 dan ana pasti buku ini pastinya dapat membantu ana dalam merancang hidup dan merancang kewangan. Almaklumlah, bila dah bekerja dan punya duit gaji sendiri perancangan kewangan harus dibuat dengan sebaik mungkin. Mana yang nak dibelanja, saving, infaq, bayar hutang lintah darat hahaha... Apa pun bagi yang belum memiliki buku ini, antum pasti tak rugi jika memilikinya.

<---Tunggu turn juga--->


Ada satu lagi buku yang dalam senarai menunggu untuk dibaca iaitu Sentuhan Papa, Belaian Mama terbitan Tinta Ori. Saje je beli buku ni sebab dalam buku ni banyak tips dan ilmu untuk mendidik anak-anak kecil. Almaklumlah sekarang ni ana dah ada 15 orang anak...hehehe...anak murid yang nakal-nakal belaka...tapi teacher dia lagi la nakal...


KY: Hujung minggu ni insyaallah akan berjaulah ke Kuantan, Pahang. Sekali lagi Allah aturkan sesuatu yang cukup indah. Setelah 3 tahun meninggalkan bumi Kuantan, akhirnya ana akan menjejakkan kaki kembali di sana...

Sunday, May 10, 2009

Syabab Musafir Kasih...



SYABAB MUSAFIR KASIH karya Fatimah Syarha Mohd Nordin kali ini benar-benar menyentuh sekeping fuad ini.

Syabab, si anak yatim berusia 7 tahun yang dipinggir, dihina dan dicerca lantaran kemiskinan hidup dan afal abang-abang dan kakaknya. Hidupnya gersang dengan kasih sayang. Si ibu terpaksa bekerja siang dan malam mencari sesuap rezeki. Syabab sering dibuli dan ditindas oleh abang-abang dan kakaknya yang tidak mengenal erti simpati kepada seorang ibu dan adik yang merupakan darah daging sendiri. Namun, semua itu mengajar Syabab berdikari, bertarung untuk terus hidup. Namun kasih sayang Allah itu melangit luas. Dititipkan insan berhati suci, Nur Mumtazah untuk Syabab menumpang kasih, perhatian dan didikan. Pesan Nur Mumtazah sebelum meninggalkan kampung halaman ke bumi Syria,
"Syabab, ingat satu pesan Kak Zah. Ingat Allah sentiasa sayang. Biar manusia tak pedulikan Syabab, Allah tetap sayangkan Syabab."

Benar, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Andai merasa dipinggir manusia, usah khuatir, dekatkanlah diri pada DIA kerana selangkah kita mendekatkan diri padaNYA, seribu langkah DIA datang kepada kita.
Syabab mencampakkan puntung rokok sejauh mungkin.
"Kenapa buang? Kat sini takda siapa nampak kita?" ujar Imtiyaz.
"Allah nampak. Nanti kalau Allah bagitau Kak Zah tentu Kak Zah tak nak balik," Syabab bersuara perlahan.

Indahnya andai setiap dari kita ditanamkan kepercayaan aqidah seperti ini sedari kecil. Percaya bahawa Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar. Percaya bahawa setiap perbuatan manusia itu dalam ruang lingkup pengetahuan Allah.
Syabab mengajukan soalan sekali lagi tentang qunut.
"Maaf, saya sebenarnya tidak suka menyibukkan diri dengan perkara cabang buat masa ni kecuali ditanya atau terpaksa." ujar Ustaz Mursyid.
"Kenapa?" Syabab kehairanan.
"Anak-anak muda kita perlu dibimbing ke jalan yang betul. Gejala sosial dan keruntuhan akhlak makin kritikal. Menjadi tugas kita semua untuk menggembling tenaga ke arah usaha yang murni ini. Itu keutamaan kita. Bukannya berpecah pada perkara cabang. Ia merugikan..."

Beruntungnya andai masyarakat kita punya ramai 'Ustaz Mursyid'. Sedih melihatkan fenomena hari ini di mana segelintir golongan ilmuan agama kita bertegang leher, berseteru gara-gara membahaskan perselisihan dalam hal fiqah, perselisihan dalam hal-hal furu' (cabang). Sedih tatkala menyaksikan perselisihan itu mengakibatkan perpecahan, hilangnya keindahan budi bahasa dan kelembutan orang Melayu Islam. Terkilan kerana golongan terhormat ini sanggup saling mencerca, menghentam antara satu sama lain, memberi label-label tertentu dan yang lebih menyedihkan lagi sehingga sanggup memburuk-burukkan ulama' silam. Mereka lupa pada pemuda-pemudi ummah yang 'sakit' dan yang perlu disantuni. Mengapa tidak berlapang dada, hormat menghormati antara satu sama lain. Andai ada kesilapan di salah satu pihak, tegurlah bil hikmah. Mengapa taasub itu membutakan mata hati? Bukankah kita berpegang pada kalimah tauhid yang sama? Ketahuilah bahawa musuh-musuh Islam bertepuk tangan menyaksikan kita berpecah. Ingin sekali ana melihat ramai insan menjadi seperti Ustaz Mursyid yang sabar dan tidak mengenal erti putus asa dalam melebarkan sayap dakwah di kalangan syabab yang menjadi harapan ummah.
"Saya pergi ke Daurah pengajian bahasa. Saya juga pendengar kuliah universiti-universiti berlainan dari pagi sampai petang. Malam, ikuti pengajian di jami'-jami dengan masyaikh. Saya solat jemaah di masjid berkenaan." Bahasa Syabab lebih lancar daripada sebelumnya menjawab pertanyaan Syeikh Sobir, gurunya yang sangat dihormati.

Hebatnya kesungguhan Syabab dalam mencari ilmu. Biarpun terpaksa bersusah payah, berjalan kaki, meredah debu padang pasir, dimarahi guru namun lantaran minat dan kesedaran, Syabab sangat berdisiplin dalam mendalami ilmu.

Secara keseluruhan, novel ini punya roh dakwah yang tersendiri. Watak Syabab, Ustaz Mursyid dan Nur Mumtazah benar-benar memberi tarbiyyah buat ana, insan yang sering lupa. Watak-watak ini telah membisikkan kepada ana agar bangkit memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada kebaikan. Syukran jazilan kepada Kak Fatimah Syarha atas 'hadiah' yang cukup indah ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat emak kerana memberi kebebasan sepenuhnya kepada ana untuk memilih buku ini sebagai hadiah di hari ulangtahun kelahiran. Terima kasih, mak! Selamat Hari Ibu!!! Moga dengan tarbiyyah ini, dan usrah yang baru di bandar anggerik bisa memperbaiki diri ana dan memberi kekuatan untuk ana pula mentarbiyyah si khalifah-khalifah kecil.

Ya Allah, izinkan si anggerik desa ini memekarkan dakwah ilallah di bandar anggerik ini... Titipkanlah padaku kekuatan dan kesabaran yang jitu... Titipkanlah jua teguran-teguranMU tatkala diri ini mulai tergelincir, kerana yang bernama insan itu sering terlupa...

AD: Indahnya aturan dan ketetapan Allah... Anggerik Desa kini bermusafir di Bandar Anggerik... moga permusafiran ini menjadikan diri ini Si Musafir Kasih Ilahi...

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers