Showing posts with label Teacher's Talk. Show all posts
Showing posts with label Teacher's Talk. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

Dzuliman, KBM & Opick...

Salam alaik, salam ukhuwwah buat semua yang bertandang ke blog ana. Rasanya agak lama juga ana tidak berkesempatan meng'update' blog ana ini maka bersawang dan berdebulah ia... (^__^)/" Alhamdulillah, berlalu sudah hujung minggu yang sangat sibuk... huhu... walaupun sangat penat (~_*)... tapi itu yang ana 'suka'...

DZULIMAN: CONVOCATION & IHTIFAL 2009



Alhamdulillah, pada 21 November 2009 yang lepas, selesailah sudah majlis graduasi dan ihtifal bagi semua cawangan Dzuliman Smart Khalifah sekitar KL dan Selangor yang berlangsung di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Majlis berlangsung bermula jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Sesi di sebelah pagi adalah majlis graduasi manakala sesi di sebelah petang adalah majlis Ihtifal dan khatam al-Qur'an. Ana bertugas sepanjang hari sebagai jurufoto 'tak bertauliah' bertemankan Blackie tersayang. Penat rasanya sepanjang hari mengusung Blackie ke hulu dan ke hilir... duduk bersila di hadapan pentas, dan macam-macam lagi gaya dan aksi ntah apa-apa Miss Photographer ni... Paling teruk sampai tahap dah tak lalu nak pandang dan angkat Blackie ni...



Dalam sibuk-sibuk mengusung Blackie, sempat juga ana 'menyambar' sesuatu yang ana idam dan citakan selama ini iaitu 7in1. Nak tau apa dia?
7in1 = Al-Qur'an Seven in One
Kenapa 7? Sebab dalamnya terkandung teks ayat, tajwid berwarna, terjemahan, tafsir ayat, indeks kata, indeks makna dan yang paling utama, ASBABUN NUZUL... Sudah lama ana mengimpikannya dan alhamdulillah, Allah permudahkan usaha ana untuk memilikinya dengan harga RM150 sahaja.



Biarpun letih, namun syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang besar berkat kerjasama dari semua warga Dzuliman dan izin dari Allah jua. Moga usaha kecil ini akan dipandang dan dinilai oleh Allah dan moga nama 'Dzuliman' ini menjadi sebutan di bumi dan di langit sana... ameennn... Dan yang pastinya insan yang paling gembira adalah anak-anak smart khalifah yang dirai...



KBM UNISEL

Usai sahaja majlis graduasi, selepas Maghrib ana serta Zarina dan Anjang bertolak ke Masjid Ubudiyyah Seksyen 19, Shah Alam di mana sedang berlangsungnya program KBM untuk mahasiswa dan mahasiswi UNISEL. Sempatlah kami ber'Demi Matahari' malam itu dan membantu sepanjang slot Meniti Angin Malam. Hampir jam 1.30 pagi kami tiba di rumah. Keesokkan paginya (22 November 2009), sekali lagi kami datang ke Masjid Ubudiyyah. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah berkat doa-doa dari semua dan izin dariNya. Majlid penutup disempurnakan oleh TNC UNISEL yang sangat supportive. Jelas fikrah dan visi tuan TNC berdasarkan ucapannya dalam majlis penutup. Program KBM UNISEL ini selesai lebih kurang jam 2.30 petang.



OPICK: KONSERT AMAL



Dan seterusnya pada 22 November 2009, selepas menunaikan solat Isyak, Zarina, Anjang dan ana bergerak ke Bangsar menuju ke Dewan Serbaguna TNB bagi menyaksikan persembahan Konsert Amal Opick. Biarpun badan amat letih tanpa rehat yang cukup, kami gagahkan diri juga. Lebih kurang jam 9.10 malam, kami tiba di Dewan Serbaguna TNB. Alang Atie sedia menanti kami di dalam dewan dan membawa kami terus ke tempat duduk di hadapan pentas utama. Biarpun hati dihujani dengan pelbagai persoalan, ana turuti jua. Tatkala melihat label yang dilekatkan di kerusi-kerusi di hadapan kami, ada VVIP, VIP, hati ana tertanya-tanya lagi, 'Yang ana duduk ni kerusi apa?' Rupa-rupanya kerusi 'Eksekutif'. Syukran jazilan Alang!!! Dan kerana itulah ana dapat merakam dan 'snap' gambar-gambar dengan kualiti yang agak baik dengan menggunakan Blackie lagi. Lebih dari 10 buah lagi disampaikan oleh Opick antaranya Astaghfirullah, Maha Melihat, Takdir, Semesta Bertasbih, Di Bawah LangitMu, Alhamdulillah dan majlis turut diceriakan dengan persembahan dari Ustaz Abu, kumpulan InTeam dan kumpulan Kasturi.



Sepanjang konsert itu, ana benar-benar terhibur malah begitu terpesona dengan bait-bait indah lirik lagu-lagu dari Opick. Sesungguhnya bait-bait itu mengajak semua merenung diri (muhasabah), juga mencari cinta Allah dengan memerhatikannya melalui persekitaran, bumi dan alam ciptaan Allah... Tersangat indah... Sedikit perkongsian dari ana untuk sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir ke Konsert Amal Opick yang lalu...



Kak Yong: sangat terkesan tatkala bait-bait indah lagu-lagu dendangan Opick menyapa gegendang telinga. Dan yang pastinya ana sudah addicted dan itu juga penyebab mengapa blog ini dihujani lagu-lagu dari Opick... (yang pastinya RAPUH tersangatlah best!)


Saturday, October 10, 2009

Dzul Iman oh Dzul Iman...

Alhamdulillah, setelah melalui sehari yang agak sibuk ana berkesempatan juga untuk 'menyapu sawang dan debu' yang dah memenuhi 'rumah' tersayang ini. Sedar tak sedar, bulan ini masuk bulan ketiga ana bertugas di Dzul Iman cawangan Seksyen 7, Shah Alam dan insyaallah jika masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara segar di bumi Allah pada 20 Oktober ini, maka genaplah tiga bulan ana menabur khidmat bakti di Dzul Iman. Rasanya masih banyak lagi yang perlu ana pelajari di Dzul Iman dalam usaha untuk mendidik anak-anak kecil khalifah Allah. Syukran jazilan yang tidak terhingga buat my big bos; Kak Lin juga da principal; Mummy atas semua tunjuk ajar, nasihat serta perkongsian ilmu dan pengalaman. Syukran kathiran buat barisan lembaga pengarah; Kak Bada, Kak Nani, Kak Haza dan Kak Chik yang banyak bagi peluang dan ruang buat diri ini mengembangkan bakat yang terpendam (^__^)


AIDILFITRI 1430H @ DZUL IMAN

Pada 1 Oktober 2009 yang lalu, alhamdulillah telah berlangsungnya majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dzul Iman Seksyen 7, tempat ana bertugas. Semua khalifah kecil comel dan ceria berbaju raya yang indah berwarna-warni...lebih kurang macam dalam lirik lagu raya... "warna-warni di Aidilfitri...warna-warni di Aidilfitri..." Mereka juga turut membawa 'pot luck' yang beraneka macam. Ada biskut, kek, spagetti juga kerepek. Di pihak Dzul iman, kami menyediakan sate beserta ketupat dan kuah kacang.


Khalifah kecil comel dan ceria berbaju raya beraneka warna


Sate, ketupat, bawang, timun dan kuah kacang


Majlis pada hari itu dimulakan dengan persembahan dari semua khalifah mengikut kelas. Persembahan pertama dimulakan dengan nyanyian lagu 'Balik Kampung' dari khalifah yang berumur 4 tahun. Terhibur rasa hati melihat telatah dan gelagat Amsyar Fahim, Amni dan rakan-rakannya yang lain. Persembahan kedua merupakan persembahan dari khalifah yang ana didik sendiri yang berusia 5 tahun dengan nyayian lagu 'Selamat Hari Raya'. Alhamdulillah dalam tempoh dua hari ana berjaya melatih khalifah-khalifah ini. Agak mencabar juga untuk mereka menghafal lirik lagu tersebut. Persembahan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu 'Suasana Hari Raya' dari khalifah 6 tahun hasil tunjuk ajar Teacher Akila dan Teacher Zarina. Persembahan mereka sangat-sangat menarik minat dan perhatian khalifah-khalifah yang menonton.


Inilah dia persembahan dari anak-anak kesayanganku

Setelah selesai semua persembahan, tibalah masanya untuk menjamu selera, dan menerima duit raya dari Teacher Lin (my big bos) tapi hanya untuk khalifah sahaja...bukan untuk guru-guru (^__^)/"


"Thank you Teacher Lin!"


Dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar di mana ana sendiri yang beraksi sebagai jurukamera (one of my task di Dzul Iman for any events).


FAMILY DAY @ PANTAI BAGAN LALANG

Hari ini 10 Oktober 2009, buat pertama kalinya ana telah turut serta dalam program sambutan Hari Keluarga Dzul Iman 2009 yang bertempat di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Kami dari Dzul Iman Seksyen 7, Shah Alam seramai 11 orang seawal jam 8 pagi telah bertolak ke destinasi dengan keadaan hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan. Alhamdulillah setibanya kami di Bagan Lalang, hujan yang turun renyai-renyai mulai berhenti.


Kak Yong was here...


Sewaktu kami tiba, staff-staff dari Tronoh, Seksyen 13, MBSA, USJ dan Putra Height telah tiba lebih awal. Kak Bada, Kak Chik dan Kak Haza juga sudah tiba. Sempat kami bersalaman dan beramah mesra sementara menanti staff-staff lain dari TM Dynamic Kids dan Putrajaya tiba. Setelah semua selamat tiba, majlis dimulai dengan bacaan doa dan sedikit taklimat dari pengerusi majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan dan beberapa pengumuman penting dari Kak Bada.


Usai ucapan dari Kak Bada, program diteruskan dengan beberapa pertandingan untuk para bapa, ibu @ staff dan kanak-kanak. Pertandingan untuk kategori kanak-kanak ialah tiup belon sampai pecah dan lumba makan kacang bersama ayah. Ana dan teman-teman dari Dzul Iman Seksyen 7 telah menyertai pertandingan 'Mencari Barang', 'Membina Istana Pasir' dan 'Menganyam Ketupat'. Setiap kumpulan terdiri dari 5 orang ahli. Ana, Anjang, Syafiqah, Dhila dan Ain memilih nama PENYU TERBANG sebagai nama kumpulan. Untuk pertandingan mencari barang, kami dikehendaki mencari duit syiling 5 sen, handpone jenama LG, kamera jenama PANASONIC, kasut berwarna merah, dan pampers kanak-kanak. Alhamdulilah, kami berjaya mencari kesemua barang melainkan kamera PANASONIC...kalau jenama Olympus senang je, sebab jenama kamera ana ialah Olympus. Tebal muka juga ana dan teman-teman sepasukan yang lain mengikut langkah Anjang yang bertanya pada orang-orang di sekeliling kami kalau-kalau mereka memiliki kamera berjenama PANASONIC. Namun usaha kami itu gagal.

Pertandingan seterusnya adalah membina istana pasir. Kami diberi masa selama lebih kurang 45 minit untuk menyiapkan istana pasir tersebut. Sepanjang proses membina istana pasir tu, sempat ana berkejaran dengan Anjang yang susah sungguh nak serius. Setiap masa mengusik orang dan bergelak ketawa. Akhirnya, siap juga istana kami yang dinamakan ISTANA PASIR PENYU TERBANG!!! Penyu pasir tu hasil kreativiti Anjang dan Syafiqa.


Kak Yong with Istana Pasir Penyu Terbang!


Selesai pertandingan membina istana pasir, ana dan Ain turut serta dalam pertandingan menganyam ketupat. Dan tanpa disangka-sangka, ana orang pertama yang berjaya menganyam ketupat paling pantas... (^__^)/"


Aksi juara menganyam ketupat!!! (^__^)/"


Selesai semua pertandingan, tibalah saatnya sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan dan sesi bertukar-tukar hadiah. Majlis selesai pada jam 1.30 petang tetapi kami berehat sebentar di chalet yang disediakan untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Zuhur. Lebih kurang jam 3.00 petang, kami bertolak pulang ke Shah Alam.

Sunday, August 16, 2009

Kisah Sebulan...

Bismillahirrahmanirrahim... Rasanya hampir sebulan ana bermusafir di Bandar Anggerik dengan memegang status sebagai guru kepada 15 orang anak-anak yang keletahnya bisa mendatangkan sejuta rasa di jiwa. Bermula 20 Julai yang lalu secara rasminya ana bergelar GURU di Dzul Iman Islamic Kindergarten. Dalam tempoh hampir sebulan juga pelbagai perkara berlaku dan dilakukan.

Berbicara tentang anak-anak seramai 15 orang itu pastinya mengundang damai di jiwa. Sebulan lebih ana meninggalkan mereka tamam latihan industri banyak merubah mereka. Dan setelah 'bercuti' selama sebulan lebih juga membuatkan ana sedikit kekok tatkala bersama mereka. Segala-galanya bagaikan up and down 360 degree... Kadang-kadang terasa nak 'telan' seorang demi seorang dari mereka namun kesabaran menjadi benteng utama. Berkat tunjuk ajar dan nasihat Big Boss serta bantuan Teknik Khalifah, anak-anak seramai 15 orang ini lebih mudah mendengar kata. Tidak terlalu sukar lagi untuk mengurus mereka. Dan pastinya hubungan kami lebih mesra. Amsyar Fahim? Rindu rasanya nak mendengar kata-kata "Teacher jahat! Tak nak kawan teacher!" dari bibirnya. Dia sangat manja kini dengan ana. Bahagianya rasa itu. Bahagianya punya anak-anak untuk mewarnai hidup ana kini... (^__^)/"

Alhamdulillah, syukur ana panjatkan ke hadrat Ilahi kerana pencarian ana dipermudahkan di Bandar Anggerik. Halaqah cinta itu begitu mengasyikkan. Tidak sabar rasa di hati untuk menanti liqa' yang akan datang. Belajar semua... Belajar semula... Indahnya rasa ini... Saban minggu alhamdulillah kaki ini tidak terlepas dari mengikuti program-program yang dianjurkan KARISMA, JIM dan team KBM KL. Dan sepanjang kaki melangkah menuju ke destinasi tujuan, pastinya pengangkutan awam menjadi pilihan termasuk sepasang kaki pinjaman Allah yang sangat berjasa ini. Alhamdulillah atas kurniaan sepasang kaki sebagai bekal kembara di dunia sementara ini. Berjalan, melihat dan mentafsir. Dan sepanjang jalan permusafiran itu terlalu banyak ragam manusia yang ana dapat saksikan. Sepasang mata, jendela melihat kebesaranNya telah menyaksikan rosaknya anak bangsa angkara mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Sepasang mata ini telah menyaksikan darah merah mengalir ke bumi, kezaliman mereka yang diberi sedikit kuasa, serta rosaknya akhlaq dan pemikiran anak bangsa sendiri. Tidakkah kita sedar siapa yang bersorak girang melihat ini semua terjadi? Mengapa tidak diguna akal kurniaan Allah ini?



Di kesempatan ini juga, jutaan kemaafan ana pohon dari sahabat-sahabat serta teman-teman atas tingkah ana sepanjang tempoh sebulan setelah tamam ana menjalani latihan industri. Asif kathiran atas KEBISUAN ana sepanjang tempoh itu. Maaf jua atas panggilan-panggilan telefon serta kunjungan-kunjungan SMS yang tidak ana beri perhatian. Entah mengapa, KEBISUAN itu yang ana pilih. Entah mengapa alat yang bernama HANDPHONE itu tidak langsung ana pedulikan. Penyakit baru barangkali... (-__-') Afwan andai KEBISUAN itu merungsingkan antum. Maaf andai KEHILANGAN ana membuatkan ada hati yang tertanya-tanya.

Insyaallah, untuk makluman semua selepas ini laman ini hanya akan memaparkan aktiviti ana di sana sini manakala untuk penulisan ana yang lebih serius namun dalam bentuk yang lebih santai boleh diikuti di Musafir Kasih Ilahi. Mohon maaf sekali lagi andai ada hati yang terusik selama ini. Barakallahu alaikum...

... Berjalan, melihat dan mentafsir sepanjang jalanan permusafiran Kasih Ilahi agar hidup lebih bermakna ...



** Insyaallah dalam entry yang akan datang ana akan kongsikan berkenaan Teknik Khalifah dan program Daurah Penguasaan Bahan **

Tuesday, May 26, 2009

Fahim Oh Fahim...

"Teacher jahat! Taknak kawan teacher!" Tatkala ayat ini kedengaran, pastinya ia hadir dari bibir mugil si khalifah cilik Amsyar Fahim. Ayat itu seringkali keluar tatkala ana sakan mengusiknya. Amsyar Fahim, anak kecil berusia 4 tahun namun prestasinya mengalahkan ramai khalifah yang berusia 5 tahun. Walaupun baru berusia 4 tahun, Fahim mampu mengenal ABC, nombor 1 hingga 10, dan membaca. Kenakalan dan aksinya juga seringkali menghiburkan hati ana.

Aksi pertama Fahim yang sempat ana rakamkan sewaktu sambutan HARI IBU yang lepas di Dzul Iman Kindergarten sewaktu sesi bercerita oleh Teacher Dhila. Ketika sedang bercerita tentang kisah Tanggang, tiba-tiba Fahim berdiri dan mengajuk perlakuan Teacher Dhila dan adakalanya dia mengiakan apa yang diceritakan oleh Teacher Dhila.


Aksi kedua pula ana rakamkan pagi tadi sewaktu sesi 'A Day With A Dentist'. Angah Fizul aka Dr. Hafizul Amin (tak bertauliah lagi ni) dijemput khas mengendalikan sesi ini. Sewaktu Angah bertanya, "Gigi siapa cantik?" Fahim mengangkat tangan dan berdiri. Dan Angah pun menjadikan Fahim model cara-cara menggosok gigi dengan betul... ^_^



Aksi ketiga pula sewaktu CLP (Continue Learning Process) petang tadi. Sewaktu sedang menunggu giliran untuk membaca e-Xra, Fahim tiba-tiba menyanyi lagu 'Ibu' yang telah ditukar menjadi 'Mama'. Sekejap ada gaya macam penyanyi, sekejap gaya macam bersajak pula.



Aksi keempat pula sewaktu Fahim sedang membaca e-Xra.



Amsyar bermaksud yang cergas dan Fahim bermaksud yang faham. Jadi AMSYAR FAHIM bermaksud yang cergas dan yang faham. Patutlah Fahim ni tak reti duduk diam dan terlalu cerdik.



AD: Moga membesar menjadi seorang khalifah yang hebat!

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru!


(Istimewa buat insan-insan yang bergelar guru)


Guru Oh Guru...


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Oleh: Usman Awang.



Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat guru PERTAMAku iaitu Bondaku tercinta, Cikgu Asmah, Cikgu Lin dan Cikgu Rohaya yang mengasuhku di TBK KEMAS Air Hitam Batu 18 Muar, guru-guru yang sabar mendidikku di SK Air Hitam Batu 18 Muar, guru-guru yang tekun mengajarku di SMK Air Hitam Batu 15 Muar, guru-guru yang setia mengajarku di SMK Dato' Sulaiman Batu Pahat, para pensyarah di KMNS sesi 2003-2004, para pensyarah di Sekolah Pengajian Sains Sosial serta seluruh pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa yang mengenali diri ini, buat Miss Ayu dan Madam Idha yang sudi menjadi sahabat buat diri ini, juga buat semua insan yang bergelar guru yang secara langsung atau tidak mengasuh, mendidik, mengajar dan membentuk diriku untuk menjadi seperti hari ini. Ketahuilah, bahawa diri ini juga telah bergelar "CIKGU". Sekalung al-Fatihah buat guru-guruku yang telah pergi menghadap Ilahi... Allahyarham Cikgu Hj. Samsuri, Allahyarham Cikgu Hussin, Allahyarham Cikgu Hj. Muhammad Yusuf bin Hamdan...

Kalian adalah insan istimewa yang bertakhta di hati ini...

TERIMA KASIH

SYUKRAN JAZILAN

BARAKALLAH 'ALAYKUM


AD: pertama kali menyambut hari guru sebagai seorang guru...

Sunday, May 3, 2009

My Khalifah!




Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, sedar tak sedar genap sebulan ana telah menjalani latihan industri di Dzul Iman Kindergarten. Tiga minggu pertama, ana diamanahkan untuk menjadi assistant teacher di kelas 6 Obedient. Walaupun banyak cabarannya, alhamdulillah ana berjaya melaluinya dengan tenang dan sabar. Dan bermula pada 27hb April yang lalu, ana diberi tanggungjawab untuk mengendalikan sepenuhnya kelas khalifah yang berumur 5 tahun tapi masih di peringkat 'beginner'.

Seminggu telah berlalu ana bersama-sama mereka. Walaupun hanya sepuluh orang khalifah yang diletakkan di bawah perhatian ana, tapi cabarannya cukup besar. Ana diberi kebebasan sepenuhnya untuk menggunakan apa jua method dalam proses pengajaran. Namun di sebalik kebebasan yang diberikan, di sini ana harus membuktikan kredibiliti ana sebagai pelajar diploma Pendidikan Islam Pendidikan Awal Kanak-kanak dan ana juga turut membawa nama Kolej Islam Antarabangsa. Moga Allah sentiasa mempermudahkan urusan ana.

Bercerita tentang sepuluh orang khalifah ini, macam-macam ragam mereka yang kadangkala membuatkan ana pening kepala dan bingung! Namun dengan pesanan dari Kak Lin, ana cuba mempraktikkan amalan berdoa dan pergantungan sepenuhnya pada Allah kerana DIA yang menciptakan setiap dari kita. Alhamdulillah, seminggu yang berlalu menyaksikan kami gembira bersama-sama. Dan yang paling nampak memberikan kesan kepada mereka adalah ketika sesi bercerita. Hampir setiap kali ana bercerita kepada mereka, ana perhatikan Hazeeq, Luqman dan Audad pastinya gelak besar bila intonasi suara ana berubah mengikut watak. Entah apa yang melucukan, ana pun tak tahu.

Akmal dan Erfan yang pendiam, Amir yang tidak betah duduk diam, Amru yang tidak berkeyakinan, Audad dan Hazeeq yang nakal, Luqman yang petah berkata-kata, Imran yang mudah menangis, serta Arinah dan Ain yang banyak bertanya... teacher sayangkan kalian. Moga kita sama-sama terus bergembira dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Young Khalifah, always choose to be GOOD!!!

Thursday, April 23, 2009

Young Khalifah


Alhamdulillah, kini hampir genap tiga minggu ana menjalani latihan industri. Dalam entry kali ini, ana ingin berkongsi tentang “Young Khalifah”. Untuk makluman semua, Dzul Iman Kindergarten mengaplikasikan method atau teknik ‘Khalifah’. Dan disebabkan itulah kami para pendidik di Dzul Iman Kindergarten menggelarkan anak-anak cilik di Dzul Iman sebagai Young Khalifah.

Ana diamanahkan untuk mengajar kelas 6 Obedient selain mengendalikan CLP bersama pendidik yang lain di sebelah petang. Sewaktu awal-awal mengajar, memang ana agak 'pening' especially dengan telatah khalifah yang lelaki... 5 kali bagi arahan yang sama pun susah mereka nak ikut (tak semua). Tapi alhamdulillah, semakin hari ana semakin mengenali mereka dan alhamdulillah, Allah berikan ana ilham untuk menangani 'the young khalifah' ini... (Choose to be good!) Ada la beberapa young khalifah yang dapat 'special' treatment. Dalam ramai-ramai Young Khalifah ini, ana ingin berkongsi kisah tentang beberapa Young Khalifah di Dzul Iman.

Wan Asni Raqin – nama yang hampir-hampir sama dengan ana; Hasni – Asni. Tapi dalam kelas dipanggil ‘ustaz’ oleh kawan-kawan dan termasuk ana sekali. Nak tau kenapa? Sebab bila ana tanya, bila masuk standard 1 nak sekolah kat mana? Dia jawab, sekolah agama. Bila ana tanya dah besar nanti nak jadi apa? Dia jawab, nak jadi ustaz, nak jadi imam. Huhuhu...terkedu ana dibuatnya. Tabik spring la ana kat dia ni. Memang betul-betul ‘permata’ yang harus digilap dengan baik.

Yusuf Rifqi - ana suka usik dia dengan menyanyi lagu Nabi Yusuf (dendangan kumpulan Aura). Mesti dia jeling-jeling ana... malulah tu... Masa mula-mula kenal, tersangat la senyap, tapi bila dah rapat manja la sangat. Sampai tidur pun nak kena dodoi...

Iman Khairunnas - bila dia nakal dan tak dengar cakap, ana akan panggil dia 'iman sebaik-baik manusia...' Lepas tu mesti dia diam tapi boleh tahan gak angin dia ni, kuat merajuk.

Noor Arify - yang ni muka ada iras-iras Man Laptop team KBM KL... betul tak?

Amni Hifzah - sangatlah manja... cute sangat, dan baru berumur 4 tahun. Tapi dia ni dah boleh hafal beberapa hadith pendek dan surah yaasin (walaupun tak berapa betul sebutannya)

Amsyar Fahim - suka cakap kat ana, "Teacher jahat, tak nak kawan teacher..." sebab ana suka sangat-sangat usik dia. Umur dia pun baru 4 tahun.

'Bahan Kajian' - haa, yang ni tak boleh reveal nama dia. Private and confidential. Tapi dia ni sangat-sangat ber'angin'. Hari-hari tak sah kalau tak mengamuk. Tapi ana dah kenal pasti macamana nak 'handle' dia. Waktu dia tengah 'panas' tu, ignore je. Bila dah 'sejuk' baru santuni.

Apa pun, ana sangat-sangat gembira di sini. Bukan setakat environment, method dan young khalifah ni, tapi juga dari pihak atasan. Setiap bulan ada GERAK (Gathering of Empowered Respons-able Khalifah), ala-ala kursus untuk semua staff cawangan-cawangan Dzul Iman Kindergarten area KL dan Selangor. Pengisiannya sangat bagus dan turut diselitkan pengisian rohani. Dan yang menariknya, di Dzul Iman juga ada usrah mingguan untuk semua kakitangan.Syukran jazilan buat Ukhti Zarina dan Dhila yang banyak memberi tunjuk ajar. Tak lupa juga my big boss, Kak Lin. Terima kasih atas setiap nasihat dan perkongsian ilmu.

Ana masih ingat pesanan dari Kak Lin, untuk menjadi seorang guru tadika yang baik, kita perlu bersikap seperti anak-anak kecil terutamanya dalam mendekati mereka. Dalam khalifah method, jangan lupa untuk sentiasa mengingatkan anak-anak ini siapa mereka (khalifah of Allah) dan hubungkan semua perkara dengan Allah. Sebagai contoh, apabila seorang anak kecil menulis dengan cantik, katakan kepada mereka "Eh, cantiknya tulisan! Mesti Allah sayang Fahim kan sebab Fahim tulis dengan cantik. Allah suka benda-benda yang cantik. Fahim boleh tulis dengan cantik sebab Fahim ada tangan. Siapa yang bagi Fahim tangan ni? Allah kan? Jadi Fahim kenalah ucap terima kasih pada Allah. Macamana nak ucap terima kasih? Fahim kena solat... doa banyak-banyak..." Selain tu kalau menghadapi anak yang terlalu 'nakal', sentiasalah berdoa pada Allah agar diberikan kesabaran yang tinggi dan mohon DIA permudahkan segala urusan kita. Dan ada banyak lagi mutiara-mutiara ilmu yang dikongsikan Kak Lin. Insyaallah, dalam entry yang akan datang, ana akan kongsikan pengisian dalam GERAK yang lepas berkenaan "FIKIR & PILIH".


Some of the activities in Dzul Iman Kindergarten...







6 years old...









4 and 5 years old...







Thursday, April 16, 2009

Bila Dah Bosan...


Alhamdulillah, minggu ni dah hampir seminggu ana menjalani latihan industri di Dzul Iman. Dalam tempoh tu, sempatlah ana men'conteng' tatkala hati tengah kebusanan... (macam takda kerja je, padahal melambak...)

Inilah antara kerja yang tak berupa kerja yang ana buat bila dah terlalu bosan dan mood nak men'conteng' tu datang...


Potret 'Izz yang dilukis lepas jenguk dia Sabtu lepas...


Usik-usik KBM... Asif Abang Bai, jadi watak utama lak...


Kartun Abang Bai, Kak Sodd dan 'Izz...


Ni tader tajuk... Sajer je conteng-conteng...


Mari menconteng... Lukis kartun anak-anak murid...




Puppet Show Instant... Hehehe... dah tak ada kerja malam-malam...



Itulah kerja 'part-time' ana sepanjang dua minggu di Dzul Iman... [Sengih melebar...]

AD: Rasa macam nak pinjam je 'Izz bawak balik Shah Alam... huhuhu...


Thursday, April 9, 2009

Dunia Baru!!!


Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, hari ini masuk hari ketiga ana bergelar "Teacher Hasni". Ketetapan DIA meletakkan ana di Dzul Iman merupakan satu hadiah yang tidak ternilai. Biarpun ana pernah bergelar cikgu tadika sebelum ini (di Kuantan), namun pengalaman yang masih setahun jagung di Dzul Iman amatlah berharga.

Berada di Dzul Iman sebenarnya banyak membantu ana memperbaiki diri secara tidak langsung. Bila melihat anak-anak di Dzul Iman, terselit rasa cemburu di lubuk atma. Kenapa? Kerana mereka adalah PERMATA yang berkilau indah. Bayangkan, seawal usia empat tahun, mereka sudah hafaz bacaan dalam solat, surah-surah dalam Juz Amma, dan hadith Rasulullah S.A.W. hasil didikan di Dzul Iman. Adakalanya tercabar rasa di hati melihat 'kilauan' mereka itu hinggakan ana berkobar-kobar ingin meningkatkan diri ana dari segi hafazan dan ibadah.

Dzul Iman juga sedikit demi sedikit mula membentuk peribadi ana. Ana banyak belajar tentang erti kesabaran. Dalam usaha untuk mendidik anak-anak ini, adakalanya tersentuh rasa hati apabila melihat telatah mereka. Biarpun dalam kenakalan mereka, masih ada nilai-nilai baik dalam diri. Bila berbuat salah, mereka akan segera meminta maaf terutamanya dari guru-guru. Macam-macam keletah mereka yang mencuit hati... Antaranya, ada seorang anak murid ana, baru berusia 4 tahun. Semalam, dia ada melakukan kesalahan dengan ana. Bila ana kata tak nak kawan dia, pantas dia menghulurkan tangan...


Murid: Teacher, salam....
Teacher Hasni: Kenapa?
Murid: Mintak maaf, janji tak buat lagi... (dengan muka sayu dan kepala tertunduk)



Ana pun ter'touching' seketika.

Apa pun, ana yakin dan pasti Dzul Iman bakal mencorakkan ana untuk menjadi insan yang lebih baik dan "Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!"


AD: Kredit to my boss, Kak Lin dan Ukhti Zar atas semua tunjuk ajar... Insyaallah, andai ada kesempatan, akan ana kongsikan lagi pengalaman di Dzul Iman.

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers