Showing posts with label Tilmizah. Show all posts
Showing posts with label Tilmizah. Show all posts

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru!


(Istimewa buat insan-insan yang bergelar guru)


Guru Oh Guru...


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Oleh: Usman Awang.



Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat guru PERTAMAku iaitu Bondaku tercinta, Cikgu Asmah, Cikgu Lin dan Cikgu Rohaya yang mengasuhku di TBK KEMAS Air Hitam Batu 18 Muar, guru-guru yang sabar mendidikku di SK Air Hitam Batu 18 Muar, guru-guru yang tekun mengajarku di SMK Air Hitam Batu 15 Muar, guru-guru yang setia mengajarku di SMK Dato' Sulaiman Batu Pahat, para pensyarah di KMNS sesi 2003-2004, para pensyarah di Sekolah Pengajian Sains Sosial serta seluruh pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa yang mengenali diri ini, buat Miss Ayu dan Madam Idha yang sudi menjadi sahabat buat diri ini, juga buat semua insan yang bergelar guru yang secara langsung atau tidak mengasuh, mendidik, mengajar dan membentuk diriku untuk menjadi seperti hari ini. Ketahuilah, bahawa diri ini juga telah bergelar "CIKGU". Sekalung al-Fatihah buat guru-guruku yang telah pergi menghadap Ilahi... Allahyarham Cikgu Hj. Samsuri, Allahyarham Cikgu Hussin, Allahyarham Cikgu Hj. Muhammad Yusuf bin Hamdan...

Kalian adalah insan istimewa yang bertakhta di hati ini...

TERIMA KASIH

SYUKRAN JAZILAN

BARAKALLAH 'ALAYKUM


AD: pertama kali menyambut hari guru sebagai seorang guru...

Saturday, April 4, 2009

Syukran Jazilan...





Pejam celik, celik pejam... ana bakal meninggalkan bumi berjasa, International Islamic College (IIC) sedikit masa lagi. Begitu pantasnya masa itu berlari sedangkan terasa bagaikan baru semalam ana menjejakkan kaki untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar di bumi berjasa IIC.

Tanggal 13 Ogos 2006, menjadi detik penuh bermakna buat diri ana apabila ia menjadi detik ana kembali bergelar pelajar, meneruskan kembali kembara yang terhenti buat seketika suatu tika dulu (gara-gara masalah teknikal... kowt...). Dan yang pasti, di bumi berjasa IIC inilah ana temui kembali semangat yang tercicir di pertengahan jalan.

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan jutaan penghargaan buat insan-insan yang banyak berjasa, memberi didikan dan tunjuk ajar sepanjang ana kembali untuk merangkak, bertatih, berjalan dan berlari. Sesungguhnya budi kalian takkan mampu ana balas. Ucapan syukran jazilan yang tidak terhingga ana ucapkan teristimewa buat:

School of Social Science (SOSS)

Mdm. Asma' (Islamic Education & Parental Involvement), Mdm. Syaidatun (Pre-School BI & BM Pra-Sekolah), Mdm. Aidil (Pre-School Curriculum), Miss Wani (Early Numeracy), Miss Jazlinda (Fardhu Ain), Miss Nabisah (Environmental Science & Art and Craft), Mdm. Najihah (Learning in Young Children & Child Care), Mdm. Hasniah (History and Philosophy), Mdm. Fairuz (Special Needs), Dr. Shadiya (Pre-School Arabic), Mdm. Puteri (Managing a Pre-School), Mdm. Arlina (Young Muslim Practical Life Exercice), Mdm. Nadia (First Aid Course), Sir Mat Noor (Islamic Early Childhood Edu.), Sir Husamuddin (Understanding Child Behaviour), Sir Fatah (Child Development & Literacy), Mdm. Syuhaida Idha (Islamic Ethics), Mr. K (Malaysian Studies), Ustaz Fauzan (Intro. to Fiqh & Islamic Studies), Ustaz Izwan, dan Miss Nabilah (Director Apprentice Batch 4)


Center for Languages (CEL)

Miss Natheerah (English Level 1 & Level 3), Sir Hashim (English Level 2), Mdm. Carol (English Level 4), dan Ustaz Fahed (Arabic Language)


Student Affairs and Discipline Division (STADD)

Sir Fizan (DCEO), Sir Hiswadi aka Mr. Campro (ex-Manager), dan Ustaz Wan Ariff


Counseling Department

Mdm Zakiah aka Mrs Campro dan Miss Ayu (Miss Kaunselor)


dan semua pensyarah-pensyarah

International Islamic College

yang mengenali diri ini...



Dan teristimewa buat dua orang insan yang banyak memberi sokongan, semangat dan bukan sekadar seorang pensyarah, namun umpama sahabat dan kakak...

Mdm Idha - the one yang paling close dengan ana (di kalangan pensyarah) sampai cerita zaman 'Nujum Pak Belalang' ana pun dalam pengetahuannya. Kami jadi close gara-gara 'assignment' Ustaz Fauzan untuk Mdm. Idha untuk main 'hide and seek' dengan ana... =)

Miss Ayu - the one yang close dan merangkap Miss Kaunselor tak rasmi ana. Kami close sebab Mdm Idha. Pernah kami keluar makan bertiga (hehehe...). Banyak sangat bagi nasihat dan semangat pada ana. Sangat-sangat baik...

To both of you, thanks for all da time that both of you've allocate for me... Thanks also because lend me your ears, to hear all my problems... For me, both of you are not only a lecturer, but also a friend and a sister... Uhibbukum fillah abadan abada... Hope this ukhuwwah will abadan abada...


Syukran Jazilan


to all of you...




Sunday, February 1, 2009

PRK plus SRC...


Salam perjuangan buat semua yang bergelar pejuang. [senyum] Insyaallah untuk entry kali ini Kak Yong nak highlight tentang dua perkara yang sedang hangat diperkatakan di IPTA dan IPTS iaitu PRK [Pilihanraya Kampus] dan SRC [Students Representative Council].

Berdasarkan pengalaman Kak Yong selama dua tahun lebih menuntut di IIC, PRK atau lebih dikenali dengan General Election di IIC sedikit berbeza. Mungkin disebabkan jumlah pelajar yang lebih kecil berbanding IPTA lain. Secara jujurnya setelah dua kali menyaksikan PRK di IIC, Kak Yong tidak begitu ambil pusing tentang janji-janji manis yang ditabur waima pembentangan memorandum oleh calon-calon yang bertanding. Pasti ada hairan bagaimana Kak Yong hari ini bisa memegang jawatan dalam SRC hampir sepenggal, kan? Sejujurnya, jawatan yang Kak Yong galas hari ini bukan melalui PRK namun melalui majlis syura dan temuduga. Selesai PRK tahun lalu, Kak Yong ditawarkan oleh Timbalan Dekan School of Education [kini ditukar kepada School of Social Science] untuk dicalonkan sebagai ahli SRC gara-gara dua kerusi dari S.Ed kosong. Sebelum membuat sebarang keputusan, Kak Yong telah meminta pandangan dan nasihat dari Ust. Abu Muadz al-Fauzani, Ustazah Idha dan Mr. Kaunselor S.Ed. Setelah menimbang baik buruk dari keputusan yang bakal dibuat, akhirnya Kak Yong bersetuju.

Ujian pertama yang perlu Kak Yong hadapi adalah sesi temuduga oleh Pengurus Bahagian HEP, Mr. Campro. Kak Yong merupakan calon pertama dan debaran menunggu saat temuduga hanya Allah yang tahu. Naik ketar lutut dibuatnya. Pelbagai soalan diajukan oleh Mr. Campro termasuk yang berkaitan politik dan pengetahuan am. Ujian kedua adalah temuduga oleh Da Big Boss of STADD. Alhamdulillah lebih santai. Seminggu kemudian Kak Yong dimaklumkan tentang perlantikan Kak Yong sebagai salah seorang ahli SRC Kolej Islam Antarabangsa bagi sesi 2008/2009 dengan memegang portfolio Assistant Women Affairs Division.


Alhamdulillah, jawatan ini memberi peluang kepada Kak Yong untuk membawa program KBM di IIC biarpun cabaran dan dugaannya bukan sedikit. Seterusnya berlaku pertambahan kumpulan usrah di kalangan akhwat IIC hasil dari program KBM dan K-IIC telah ditubuhkan. Pengalaman bekerja bersama rakan-rakan lain dalam SRC merupakan pengalaman yang cukup berharga. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di kolej dengan kerjasama dari President Council. Antaranya Kempen Derma Darah, lawatan ke Tasputra PERKIM untuk pelajar-pelajar DICE yang mengambil subjek Special Needs, Survey Campaign, McLead di Kem Sri Raudhah, KBM, juga bertugas sepanjang sesi ta'aruf dan bai'ah di IIC.





Memegang portfolio Assistant Women Affairs Division mencetuskan idea untuk Kak Yong melahirkan buletin bulanan untuk pelajar-pelajar di IIC khususnya golongan akhwat.




Rentetan dari buletin “Searching 4 The True Love” yang dilahirkan setiap bulan, Kak Yong mengambil inisiatif mewujudkan “Halaqah Cinta” memandangkan ada segolongan akhwat yang setia mengikuti buletin Kak Yong setiap bulan. Alhamdulillah, ukhwah yang terjalin semakin erat berkat halaqah yang diadakan saban minggu dan sedikit demi sedikit kepercayaan dari adik-adik telah Kak Yong perolehi. Sukar untuk digambarkan perasaan di hati apabila adik-adik ini tidak sabar-sabar untuk bertemu dalam halaqah. Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat ini biarpun sedikit ujian dan cabaran dititipkan di awal pertemuan.



Sedar tak sedar, hampir sepenggal Kak Yong memegang jawatan ini dan alhamdulillah akademik dan proses tarbiyyah diri berjalan seiring. Benarlah janji DIA, jika kita membantu dalam urusan agama-NYA insyaAllah DIA akan membantu kita. Bulan hadapan, Kak Yong bakal melepaskan jawatan ini kepada adik-adik lain untuk mereka meneruskan perjuangan kami yang belum selesai di IIC. Dan semester ini juga merupakan semester terakhir Kak Yong berada di IIC kerana pada semester hadapan Kak Yong akan menjalani latihan industri dan bakal menamatkan pengajian pada awal Julai 2009. Moga lajnah yang baru nanti dapat memperkasakan seluruh warga IIC setanding dengan pertambahan pelajar-pelajar baru dalam jurusan Diploma Pengajian Islam dan Sains Kontemporari.

“Brighter Youth For Greater Ummah”

Sekalung penghargaan buat teman-teman seperjuangan dalam SRC terutamanya Alan, Mr. President, Keena dan Nabil yang banyak membantu diri ini. Buat naqibahku, Kak Teh Misah, keluarga KBM KL, adik-adik se'usrah' dan adik-adik se'halaqah', kehadiran kalian memberi kekuatan untuk diri ini terus berjuang. Uhibbukum fillah abadan abada... Ukhwah fillah takkan musnah...


Kak Yong: ada sendu yang bertandang tatkala mengenangkan saat perpisahan yang hampir tiba...

Sunday, November 16, 2008

Seronotnyer!!!



Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini diumumkan bahawa, tuan tanah @ tuan rumah @ tuan blog ini secara rasminya telah...

MERDEKA!!!

Ya, alhamdulillah tepat jam 10.30 pagi 16 November 2008 KY telah merdeka sebab dah habis menduduki peperiksaan akhir bagi Semester 1 sesi 2008/2009. Insyaallah, keputusan rasmi GPA akan diketahui pada tarikh 30 November 2008. Pada 1 Disember 2008 KY akan memulakan Semester 2 bagi sesi 2008/2009 yang juga merupakan semester terakhir KY di IIC sebab semester seterusnya KY akan menjalani latihan praktikal di tadika.
[tak sabar nak grad...hehehe]

Tapi dalam keseronokan tu, KY tetap tak dapat balik ke desa terchenta sebab KY kena bertugas untuk mengagihkan jubah konvokesyen. Pada 22 November 2008 akan berlangsungnya Konvokesyen IIC buat kali ke-4. Jadi pada 23 November baru KY akan balik ke kampung.


Dikesempatan ini KY ingin mengucapkan

MABRUK!!!

kepada semua yang bakal berkonvo pada 22 November depan
[sama hari dengan besday Ina, my ex-housemate]

terutamanya my ex-housemate, Ina dan Piah dan juga my ex-neighbour Dzilah...



Kak Yong: tak sabar nak tunggu Ina datang KL...nak gi jalan-jalan...rindu sangat kat dia...

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers