Wednesday, March 31, 2010

Cinta Fotokopi


Assalamulaikum wrt.

Kelab Remaja JIM dan Wanita JIM Daerah Batu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk dan Surau al-Amin Setapak Indah akan mengadakan sebuah program untuk para Remaja iaitu :



Pengendali :
Mohd Hafiz Abd Hamid (Abang Bai)

Hari : Ahad

Tarikh : 4 April 2010

Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang

Tempat : Surau Al-Amin Setapak Indah

Sasarab : Remaja 13 hingga 17 tahun

Yuran : RM5 sahaja !!!

Jom...daftarkan nama anda/anak-anak anda segera kepada :

Tn. Syed Hamzah bin Syed Zainal 012-2053725
Pn. Julaili binti Abu Hassan 019-6437035
Cik Fiza Hasni binti Md Ehsan 017-8786582

CINTA FOTOKOPI

Cinta Ori Pada Ilahi...

Saturday, March 27, 2010

[K.A.M.I] versi E-Novel


Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, puji dan syukur selayaknya buat DIA, Tuhan sekalian alam... DIA yang selayaknya berada di dalam hati kita... DIA yang menitipkan buah fikiran untuk diri ini terus mencoretkan sesuatu untuk dikongsi dan dijadikan renungan bersama.

Setelah sekian lama hajat untuk melahirkan [K.A.M.I] dalam versi e-novel tercetus, akhirnya ana diberi kekuatan dan kesempatan untuk menulis kembali setelah sekian lama dihambat kesibukan tugas-tugas yang lebih aula. Syukran jazilan buat mereka-mereka yang menjadi 'tulang belakang', mereka yang menjadi 'pasukan sorak', mereka yang menjadi 'tukang kritik' dan mereka yang menjadi 'pembaca bisu' selama ini. Juga buat bonda tercinta yang turut berkongsi minat yang sama (baca novel) walaupun diri ini menulis di luar pengetahuannya ^__^ (segan kot nak bagi mak baca hehe)

Penghujung tahun lalu telah menjadi saksi ABK yang telah diubah suai muncul dalam Risalah Pemimpin 10 (terbitan JIMedia) dalam bentuk bercetak. Moga ia menjadi pemacu untuk ana terus menulis sesuatu yang pastinya bukan 'kosong' kerana ana tidak mahu dipersoalkan kelak seandainya menghidangkan bahan bacaan yang sekadar menjadikan pembaca alpa dan terlibat dengan perkara-perkara yang lagha (ana masih mendapat saham, masih akan dipertanggungjawabkan atas apa yang ditulis).

Apapun, doakan agar ana terus diberi ruang dan kesempatan untuk menulis dan menjadikan penulisan di bidang kreatif sebagai medium dakwah. Terimalah [K.A.M.I] ~ Di Bawah Langit Cinta Ilahi...




"Meskipun kita individu yang berbeda, meskipun kita adalah entiti yang berbeza, kita masih bernaung di bawah langit yang sama... kita masih berpegang kepada aqidah yang satu... Kita masih berTuhankan Allah yang Maha Esa... Sama-sama bermujahadah agar ada DIA di hati-hati kita... Sama-sama mengorak langkah untuk mencari cintaNYA... Sama-sama bernaung di bawah langit cinta Ilahi..."


Prolog

Hujan turun renyai-renyai tatkala dia keluar dari Perpustakaan Negara. Setelah hampir setengah jam, bas yang ditunggu akhirnya tiba. Dia pantas melabuhkan punggungnya di atas satu-satunya kerusi kosong yang tinggal. Beg galas dan buku-bukunya yang sedikit basah diletakkan di atas riba. Pandangannya dilontarkan ke luar tingkap bas. Cuaca yang buruk petang ini mengakibatkan perjalanannya untuk pulang ke rumah menjadi lebih panjang kerana trafik yang sesak. Sesekali terdengar bunyi guruh sahut-menyahut di luar sana.

Dia melepaskan satu keluhan berat. ‘Kalaulah tadi aku tak menggatal nak pergi perpustakaan, sekarang ni mesti aku tengah sedap bersantai kat rumah. Hujan-hujan macam ni, dapat kopi panas dengan ubi keledek goreng mesti sedap!’ Hati kecilnya berbisik.

Hujan di luar sana langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Bas masih bergerak perlahan. Barangkali kalau diadakan pertandingan di antara dia dan Cik Siput saat ini, pastinya Cik Siput yang akan menjadi juara. Rasa sejuk mula mencengkam. Dia menggosok kedua-dua belah tangannya. Tiba-tiba matanya terpandang rantai kunci hadiah dari sahabat baiknya.

Apabila kita sedang diuji, kita kena yakin bahawa ia adalah ketentuan dari Allah. Percaya bahawa ia adalah qada’ dan qadar Allah. Jangan pula kita cakap ‘kalaulah aku buat macam ni, tentu akan jadi macam ni’. Dan bila kita asyik sebut perkataan ‘kalau’ ini, ia seolah-olah kita menidakkan dan mempersoalkan takdir dan ketentuan Allah. Jadi, bagaimana dengan keimanan dan kepercayaan kita terhadap rukun iman yang keenam iaitu beriman kepada qada’ dan qadar Allah? Perkataan ‘kalau’ sebenarnya membuka pintu perbuatan syaitan. Syaitan tak pernah berputus asa untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Nabi Adam.” Kata-kata sahabat baiknya itu terngiang-ngiang di kotak ingatan. Bunyi guruh yang agak kuat mematikan lamunannya.

Astaghfirullahal ‘azim...” Dia beristighfar panjang memohon ampun atas kekhilafannya. Dia jadi malu sendiri. Baru diuji dengan ujian yang tak seberapa ini dia sudah mengeluh. Rasulullah dan para sahabat yang hebat diuji dalam perjuangan menyebarkan agama Islam tak pernah langsung mengeluh dan berputus asa.

Bas mula bergerak perlahan. Dia membuang pandang melihat wajah-wajah manusia yang bersesak-sesak di dalam bas. Manusia-manusia ini keluar seawal pagi menuju ke tempat kerja masing-masing. Mengejar cita-cita adalah misi utama. Pulang di waktu petang dalam keadaan letih dan lesu. Keesokkan harinya mereka bakal melalui rutin harian yang sama. Bukankah mereka ini tak ubah seperti sebuah robot?




Adakalanya robot-robot ini cuba menghiburkan diri dengan pelbagai hiburan. Robot-robot ini menyangkakan bahawa mereka sangat gembira dengan berhibur dan bekerja. Mereka sangka mereka sudah memenuhi tujuan hidup mereka. Adakah robot-robot ini lupa bahawa dia ada TUAN? Adakah robot-robot ini lupa kenapa mereka diciptakan? Adakah robot-robot ini lupa bahawa suatu hari nanti suis mereka akan dimatikan oleh TUANnya?

Astagfirullahal ‘azim... Astaghfirullahal ‘azim... Ya Allah, Kau jauhkanlah aku dari sifat-sifat yang sedemikian. Jauhkanlah aku dari sifat-sifat lalai dan leka. Bantulah aku ya Allah untuk terus bermujahadah... Rapuh-rapuh hatiku ini, Kau kuatkanlah ya Allah kerana sesungguhnya perjuangan ini terlalu akhbar!” Empangan air matanya pecah jua. Tangisannya berlagu kesayuan menginsafi kejahilan diri seiring dengan langit yang turut menangis membasahi bumi. Langit yang cuba menyucikan bumi dari debu-debu dosa dan noda manusia yang sudah semakin lupa dan alpa.



[Bersambung...]

Thursday, March 18, 2010

Selesai Sudah Minda Super!



Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaNya, bertarikh 14 Mac 2010 (Ahad) yang lalu, pihak KRJ Daerah Batu telah berjaya mengadakan program cuti sekolah untuk remaja iaitu Minda Super! Program ini dikendalikan oleh Akh Mohd Kamal Izham b. Wahab yang juga merupakan Pengarah KRJ Daerah Batu.

Alhamdulillah, pihak kami menerima penyertaan yang sangat menggalakkan dari remaja-remaja sekitar Kuala Lumpur. Seramai 31 orang remaja telah menyertai program ini. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan pada Allah atas bantuan dariNya. Walaupun jumlah penyertaan pada peringkat awal tidak begitu tinggi namun di saat akhir, jumlah peserta yang hadir ke program ini meningkat.


Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi selepas selesai sesi pendaftaran. Akh Kamal di awal slot telah memperkenalkan beberapa kaedah atau teknik untuk mengingat. Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, slot diteruskan lagi dengan teknik-teknik yang lebih menarik dari Akh Kamal. Para peserta diperkenalkan dengan beberapa teknik antaranya 'Phonetic Number' dan 'Auditory Techniques'. Para peserta juga diberi peluang untuk mengaplikasikan teknik-teknik yang telah diajar melalui beberapa latihan yang dibuat bersama-sama.



Para peserta begitu teruja sekali sepanjang program Minda Super ini terutamanya adik-adik lelaki sehinggakan sanggup duduk di atas lantai biarpun ada kerusi yang disediakan oleh pihak penganjur... ^__^


Program ini berakhir sekitar jam 4.00 petang. Pihak penganjur merasa amat bersyukur dan berterima kasih dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. InsyaAllah, program kedua untuk remaja sempena cuti sekolah iaitu Jom! Jamming Remaja Bersama Abang Bai akan dilaksanakan pada hari Jumaat, 19 Mac 2010 bertempat di pejabat JIM Daerah Batu jam 8.30 - 11.00 malam. Program ini adalah sebahagian dari usaha untuk memastikan para remaja di KL ini dapat memenuhi cuti sekolah mereka dengan aktiviti yang bermanfaat.


Sekian.

Fiza Hasni Md Ehsan (Kak Yong)
Pegawai TPSM Remaja KL,

Ahli JIM Daerah Batu.

Sunday, March 14, 2010

Program Cuti Sekolah Untuk Remaja!!!


:: Program 1 ::


Assalamulaikum wrt...

Kelab Remaja JIM Daerah Batu akan mengadakan sebuah program cuti sekolah berbentuk halaqah umum untuk para Remaja iaitu :

Jom! Jamming Remaja
Bersama Abang Bai



Pengendali :
Mohd Hafiz Abd Hamid (Abang Bai)

Hari : Jumaat

Tarikh : 19 Mac 2010

Masa : 8.30 - 11.00 malam

Tempat : Pejabat JIM Daerah Batu,
No. 48-M, Jalan SBC 3,
Taman Sri Batu Caves, Selangor
(Atas kedai Alat Ganti Kereta Valueble Enterprise, berhadapan Crescent News)

Yuran : RM3 sahaja !!!

Sasaran : Remaja berusia 13 - 17 tahun
(terhad kepada 40 orang sahaja)

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu kumpulan nasyid undangan,

CALIPH



Jom... daftarkan nama/anak-anak anda segera kepada :

Cik Fiza Hasni 013-3060673

* Peserta lelaki digalakkan untuk mengikuti Qiamullail selepas program ini. Yuran untuk mereka yang menyertai Qiamullail ialah RM5 (bayaran ini termasuk bayaran program Jom Jamming Remaja) *


============================================================

:: Program 2 ::


Assalamulaikum wrt.

Kelab Remaja JIM dengan kerjasama Masjid As-Syakirin akan mengadakan sebuah program cuti sekolah untuk para Remaja iaitu :

"OFFLINE WITH HEDONISM"



Objektif Utama :
Ingin berkongsi tentang implikasi & kesan Budaya Hedonism terhadap remaja di Malaysia.

Tarikh :
18 Mac 2010

Tempat :
Dewan Masjid As-Syakirin KLCC

Masa :
8.00 am ( Pendaftaran)
hingga
5.15 pm ( bersurai )

Sasaran :
Remaja 12 - 17 tahun


Pendekatan Program :
- Perkongsian,
- management Game
- Latihan Dalam Kumpulan
- Persembahan Kumpulan
- Xplorace@KLCC

Yuran :
RM 15 sahaja

Jom...daftarkan nama anda segera kepada :

Yasser : 019 2225170
Muslihah : 017 2665159

Ingat... Budaya Hedonism bukan Fitrah kita...!!!


Jom Penuhi Cuti Sekolah Anda...!!!




Kak Yong: jom adik-adik... kita pakat datang ramai-ramai !!!

Wednesday, March 10, 2010

Sana Sini Program Cuti Sekolah Untuk Remaja !!!


:: Program 1 ::


Assalamulaikum wrt...

Kelab Remaja JIM Daerah Batu akan mengadakan sebuah program cuti sekolah untuk para Remaja iaitu :

Minda Super !

- Teknik Pantas Mengingat -


Penceramah :
Mohd Kamal Izham Wahab

Hari : Ahad

Tarikh : 14 Mac 2010

Masa : 9.00 am - 4.00 pm

Tempat : Pejabat JIM Daerah Batu,
No. 48-M, Jalan SBC 3,
Taman Sri Batu Caves, Selangor


Yuran : RM 10 sahaja !!!

Jom... daftarkan nama/anak-anak anda segera kepada :

Cik Fiza Hasni 013-3060673


============================================================

:: Program 2 ::


Assalamulaikum wrt.

Kelab Remaja JIM dengan kerjasama Masjid As-Syakirin akan mengadakan sebuah program cuti sekolah untuk para Remaja iaitu :

" OFFLINE WITH HEDONISM "



Objektif Utama :
Ingin berkongsi tentang implikasi & kesan Budaya Hedonism terhadap remaja di Malaysia.

Tarikh :
18 Mac 2010

Tempat :
Dewan Masjid As-Syakirin KLCC

Masa :
8.00 am ( Pendaftaran)
hingga
5.15 pm ( bersurai )

Sasaran :
Remaja 12 - 15 tahun


Pendekatan Program :
- Perkongsian,
- management Game
- Latihan Dalam Kumpulan
- Persembahan Kumpulan
- Xplorace@KLCC

Yuran :
RM 15 sahaja

Jom...daftarkan nama anda segera kepada :

Yasser : 019 2225170
Muslihah : 017 2665159

Ingat... Budaya Hedonism bukan Fitrah kita...!!!


Jom Penuhi Cuti Sekolah Anda...!!!




Kak Yong: jom adik-adik... kita pakat datang ramai-ramai !!!

Sunday, March 7, 2010

5th IIC Convocation Ceremony


Ya Rabbibil musthofa...
Balligh maqosidana...

Bergemanya alunan selawat memenuhi ruang dewan, kaki turut mengatur langkah memasuki dewan keramat, Cultural Activity Center, International Islamic University Malaysia. Degup jantung berlari kencang. Semuanya bercampur baur menjadi satu. Ada gembira, sedih, terharu...

Majlis disempurnakan oleh YB Senator Mejar Jeneral (B)Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom. Tatkala melihat wajah-wajah pensyarah yang hadir, perasaanku sukar untuk digambarkan. Terlalu banyak mereka menabur budi dalam usaha untuk menyampaikan ilmu dan mendidikku semenjak aku menjejakkan kaki ke bumi IIC. Melihat pula paparan 'kisah' kami di bumi IIC, terasa sayu di hati mengenangkan ada di antara mereka yang tidak dapat turut serta dalam hari penuh makna ini.

Terima kasih, syukran jazilan buat insan teristimewa yang banyak berkorban di sebalik kejayaanku; Mak, Ayah, Atuk & Nenek. Gembiranya di hati kerana dapat membahagiakan kalian di hari bersejarah ini.

Buat sahabat-sahabat yang banyak memacu langkahku di saat diriku bersedih dan berputus asa, terima kasih! Biarpun jarak memisahkan kita, ikatan persahabatan ini tak pernah putus.

Buat adik-beradik seusrah yang turut bergraduat; Kak Ngah, Kak Chik, Uda, Alang, Anjang dan Sakeena, mabruk! Moga kejayaan ini memacu langkah kita ke tangga seterusnya dan membantu gerak kerja dakwah kita... ameennn...

Buat sahabat-sahabat di bumi IIC, sekalung tahniah buat kalian juga di atas kejayaan kita bersama...
[Nabil] [Haniff] [Azri] [Arif] [Azlan]
[Nani] [Rinie] [Shiela] [Zila] [Masyitah] [Dayah] [Yana]

Di kesempatan ini juga, diri ini ingin mengucapkan jutaan penghargaan buat insan-insan yang banyak berjasa, memberi didikan dan tunjuk ajar sepanjang diri ana kembali untuk merangkak, bertatih, berjalan dan berlari. Sesungguhnya budi kalian takkan mampu dibalas. Ucapan syukran jazilan yang tidak terhingga diucapkan teristimewa buat:

School of Social Science (SOSS)

Mdm. Asma' (Islamic Education & Parental Involvement)
Mdm. Syaidatun (Pre-School BI & BM Pra-Sekolah)
Mdm. Aidil (Pre-School Curriculum)
Miss Wani (Early Numeracy)
Miss Jazlinda (Fardhu Ain)
Miss Nabisah (Environmental Science & Art and Craft)
Mdm. Najihah (Learning in Young Children & Child Care)
Mdm. Hasniah (History and Philosophy)
Mdm. Fairuz (Special Needs)
Dr. Shadiya (Pre-School Arabic)
Mdm. Puteri (Managing a Pre-School)
Mdm. Arlina (Young Muslim Practical Life Exercise)
Mdm. Nadia (First Aid Course)
Sir Mat Noor (Islamic Early Childhood Edu.)
Sir Husamuddin (Understanding Child Behaviour)
Sir Fatah (Child Development & Literacy)
Mdm. Syuhaida Idha (Islamic Ethics)
Mr. K (Malaysian Studies)
Ustaz Fauzan (Intro. to Fiqh & Islamic Studies)
Ustaz Izwan
dan Miss Nabilah (Director Apprentice Batch 4)


Center for Languages (CEL)

Miss Natheerah (English Level 1 & Level 3)
Sir Hashim (English Level 2)
Mdm. Carol (English Level 4)
dan Ustaz Fahed (Arabic Language)


Student Affairs and Discipline Division (STADD)

Sir Fizan (DCEO)
Sir Hiswadi aka Mr. Campro (ex-Manager)
dan Ustaz Wan Ariff


Counseling Department

Mdm Zakiah aka Mrs Campro
dan Miss Ayu (Miss Kaunselor)


dan semua pensyarah-pensyarah

International Islamic College

yang mengenali diri ini...


International Islamic College, banyak menabur bakti buat diriku. CAC, IIUM pula melakar sejarah buat diriku. Alhamdulillah ya Allah atas nikmat dan kurnia yang Kau berikan... NikmatMu yang manakah yang aku dustakan?



The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers