Tuesday, May 26, 2009

Fahim Oh Fahim...

"Teacher jahat! Taknak kawan teacher!" Tatkala ayat ini kedengaran, pastinya ia hadir dari bibir mugil si khalifah cilik Amsyar Fahim. Ayat itu seringkali keluar tatkala ana sakan mengusiknya. Amsyar Fahim, anak kecil berusia 4 tahun namun prestasinya mengalahkan ramai khalifah yang berusia 5 tahun. Walaupun baru berusia 4 tahun, Fahim mampu mengenal ABC, nombor 1 hingga 10, dan membaca. Kenakalan dan aksinya juga seringkali menghiburkan hati ana.

Aksi pertama Fahim yang sempat ana rakamkan sewaktu sambutan HARI IBU yang lepas di Dzul Iman Kindergarten sewaktu sesi bercerita oleh Teacher Dhila. Ketika sedang bercerita tentang kisah Tanggang, tiba-tiba Fahim berdiri dan mengajuk perlakuan Teacher Dhila dan adakalanya dia mengiakan apa yang diceritakan oleh Teacher Dhila.


Aksi kedua pula ana rakamkan pagi tadi sewaktu sesi 'A Day With A Dentist'. Angah Fizul aka Dr. Hafizul Amin (tak bertauliah lagi ni) dijemput khas mengendalikan sesi ini. Sewaktu Angah bertanya, "Gigi siapa cantik?" Fahim mengangkat tangan dan berdiri. Dan Angah pun menjadikan Fahim model cara-cara menggosok gigi dengan betul... ^_^



Aksi ketiga pula sewaktu CLP (Continue Learning Process) petang tadi. Sewaktu sedang menunggu giliran untuk membaca e-Xra, Fahim tiba-tiba menyanyi lagu 'Ibu' yang telah ditukar menjadi 'Mama'. Sekejap ada gaya macam penyanyi, sekejap gaya macam bersajak pula.



Aksi keempat pula sewaktu Fahim sedang membaca e-Xra.



Amsyar bermaksud yang cergas dan Fahim bermaksud yang faham. Jadi AMSYAR FAHIM bermaksud yang cergas dan yang faham. Patutlah Fahim ni tak reti duduk diam dan terlalu cerdik.



AD: Moga membesar menjadi seorang khalifah yang hebat!

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru!


(Istimewa buat insan-insan yang bergelar guru)


Guru Oh Guru...


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Oleh: Usman Awang.



Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat guru PERTAMAku iaitu Bondaku tercinta, Cikgu Asmah, Cikgu Lin dan Cikgu Rohaya yang mengasuhku di TBK KEMAS Air Hitam Batu 18 Muar, guru-guru yang sabar mendidikku di SK Air Hitam Batu 18 Muar, guru-guru yang tekun mengajarku di SMK Air Hitam Batu 15 Muar, guru-guru yang setia mengajarku di SMK Dato' Sulaiman Batu Pahat, para pensyarah di KMNS sesi 2003-2004, para pensyarah di Sekolah Pengajian Sains Sosial serta seluruh pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa yang mengenali diri ini, buat Miss Ayu dan Madam Idha yang sudi menjadi sahabat buat diri ini, juga buat semua insan yang bergelar guru yang secara langsung atau tidak mengasuh, mendidik, mengajar dan membentuk diriku untuk menjadi seperti hari ini. Ketahuilah, bahawa diri ini juga telah bergelar "CIKGU". Sekalung al-Fatihah buat guru-guruku yang telah pergi menghadap Ilahi... Allahyarham Cikgu Hj. Samsuri, Allahyarham Cikgu Hussin, Allahyarham Cikgu Hj. Muhammad Yusuf bin Hamdan...

Kalian adalah insan istimewa yang bertakhta di hati ini...

TERIMA KASIH

SYUKRAN JAZILAN

BARAKALLAH 'ALAYKUM


AD: pertama kali menyambut hari guru sebagai seorang guru...

Perancang Terbaik

Salam perjuangan buat semua sahabat-sahabat yang berziarah ke teratak ini. Moga hari-hari yang dilalui antum bertambah baik dari yang sebelumnya dan antum sendiri kian menyerlah jauh dari yang biasa!

Sahabat-sahabat yang dihormati...
Sedarkah kita bahawa setiap saat dalam kehidupan kita ini adalah ujian? Ujian dan kehidupan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia, dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian...
Ana ingin membawakan satu kisah dari beberapa kisah dalam buku "U-TURN Ke Jalan Lurus" tulisan Ustaz Zul Ramli M.Razali, terbitan Galeri Ilmu.

Kisah ini mengenai seorang pemecah batu yang menghabiskan waktu siangnya memecah batu-batu pejal di sebuah bukit. Seluruh tubuhnya bermandi keringat disulami omelan dan dengusan kecil. Di bawah terik sang mentari, dia melihat kepada sang mentari sambil tangannya memegang penukul besi. Dia berkata kepada dirinya sendiri, "Alangkah baiknya kalau aku diciptakan sebagai matahari yang besar, hebat, tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa yang aku suka." Dia terus memandang sang mentari dengan penuh kagum.

Sedang dia asyik berfikir tiba-tiba suasana mejadi redup. Dia mendongak dan melihat ada gumpalan awan besar sedang menutupi matahari. "Wah, awan lebih hebat rupanya! Ia boleh mengatasi terik cahaya matahari." Dia mula berfikir betapa malang nasib dirinya dan betapa bertuahnya awan. Matanya leka mengekori awan yang berarak megah. Tiba-tiba awan tersebut terserak dan pecah bila membelah bukit tinggi. "Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi! Ia boleh memecahkan gumpalan awan." Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersergam. "Malangnya nasib diriku dan alangkah baik andai aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari." omelnya sendiri.

Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini. Mukanya bercahaya dan matanya berkaca-kaca. Rupa-rupanya bukit yang tersergam gagah ini tewas kepada seorang pemecah batu. "Dan pemecah batu itu ialah aku!" Dan penuh bertenaga, dia melaungkan, "Aku sebenarnya yang lebih hebat daripada bukit, lebih gagah daripada awan, lebih kuat daripada matahari. Aku hanya perlu besyukur atas apa yang telah dicipakan Allah untukku." Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan rasa syukur.



Sahabat-sahabat yang dimuliakan...
Mungkin dalam melalui kehidupan seharian, kita sering mempersoalkan mengapa kita diletakkan dalam situasi yang merumitkan. Jika kita seorang ketua di tempat kerja, tatkala diuji dengan karenah orang bawahan yang membuatkan hati membara mungkin pernah terlintas persoalan, "Mengapa aku kena berhadapan dengan orang-orang macam ni? Buat sakit kepala dan hati je!" Namun, jika kita perhatikan rahsia di sebalik perancangan Allah itu begitu indah! Sebenarnya Allah sedang melatih kita untuk menjadi seorang pemimpin yang bijak mengawal segalanya termasuk emosi dan psikologi. Ini juga latihan Allah untuk menjadikan kita seorang da'ie yang hebat. Bukankah tugas sebagai da'ie itu jauh lebih mencabar dari menjadi seorang ketua di tempat kerja? Inilah latihan dan persediaan awal yang diberikan Allah untuk kita sebelum kita menghadapi situasi yang lebih berat dan besar. Dan inilah juga peluang dan kesempatan untuk kita menjalankan tugas sebagai seorang da'ie dan mengaplikasikan segala teori dalam dakwah fardiah. Betapa bijaknya Dia bukan?



Sedarkah kita bahawa dalam diberikan ujian, Allah juga sedang melatih hati kita untuk mejadi lebih sabar dan kuat. Sebagai ketua atau pemimpin bahkan setiap orang pastinya tidak dapat memuaskan setiap hati orang lain. Apatah lagi sebagai orang yang berada di atas, kita tidak dapat lari dari kritikan, kejian malah umpatan. Pujuklah hati agar bersabar. Berlapang dadalah dan ambil setiap kritikan dan teguran itu sebagai satu perkara yang positif. Janganlah cepat melatah. Ambillah resam pokok yang berbuah lebat. Biarpun dibaling dengan batu, namun tetap dibalas dengan buah. Nah, Allah sedang memberi peluang seluas-luasnya untuk kita merebut pahala sabar! Apa lagi yang kita tunggu? Rebutlah!!!

Rahsia di sebalik perancangan Allah ini juga sama bagi mereka yang sering mengeluh tatkala diri berada dalam sebuah keluarga yang punya konflik berat, ataupun bagi mereka yang berada dalam sebuah keluarga yang tiada tarbiyyah atau tiada kefahaman Islam yang baik. Usah mengeluh dan berdukacita. Ingatlah, Allah adalah sebaik-baik perancang. Fahamilah dengan hati rahsia di sebalik setiap perancanganNya, kelak hati akan merasa bahagia..



"Bersabarlah dengan sebaik-baik kesabaran..."
[al-Ma'arij:5]



Hati ialah tempat letaknya kefahaman. Andai akal memahami tetapi kefahaman itu tidak meresap ke dalam hati, pastinya ia tidak akan terlahir melalui tingkah. Bukankah hati itu raja di kerajaan diri? Fikir-fikirkanlah...

AD: Indahnya hidup andai hati memahami setiap rahsia di sebalik perancangan Allah... Dialah sebaik-baik perancang...

Sunday, May 10, 2009

Syabab Musafir Kasih...



SYABAB MUSAFIR KASIH karya Fatimah Syarha Mohd Nordin kali ini benar-benar menyentuh sekeping fuad ini.

Syabab, si anak yatim berusia 7 tahun yang dipinggir, dihina dan dicerca lantaran kemiskinan hidup dan afal abang-abang dan kakaknya. Hidupnya gersang dengan kasih sayang. Si ibu terpaksa bekerja siang dan malam mencari sesuap rezeki. Syabab sering dibuli dan ditindas oleh abang-abang dan kakaknya yang tidak mengenal erti simpati kepada seorang ibu dan adik yang merupakan darah daging sendiri. Namun, semua itu mengajar Syabab berdikari, bertarung untuk terus hidup. Namun kasih sayang Allah itu melangit luas. Dititipkan insan berhati suci, Nur Mumtazah untuk Syabab menumpang kasih, perhatian dan didikan. Pesan Nur Mumtazah sebelum meninggalkan kampung halaman ke bumi Syria,
"Syabab, ingat satu pesan Kak Zah. Ingat Allah sentiasa sayang. Biar manusia tak pedulikan Syabab, Allah tetap sayangkan Syabab."

Benar, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Andai merasa dipinggir manusia, usah khuatir, dekatkanlah diri pada DIA kerana selangkah kita mendekatkan diri padaNYA, seribu langkah DIA datang kepada kita.
Syabab mencampakkan puntung rokok sejauh mungkin.
"Kenapa buang? Kat sini takda siapa nampak kita?" ujar Imtiyaz.
"Allah nampak. Nanti kalau Allah bagitau Kak Zah tentu Kak Zah tak nak balik," Syabab bersuara perlahan.

Indahnya andai setiap dari kita ditanamkan kepercayaan aqidah seperti ini sedari kecil. Percaya bahawa Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar. Percaya bahawa setiap perbuatan manusia itu dalam ruang lingkup pengetahuan Allah.
Syabab mengajukan soalan sekali lagi tentang qunut.
"Maaf, saya sebenarnya tidak suka menyibukkan diri dengan perkara cabang buat masa ni kecuali ditanya atau terpaksa." ujar Ustaz Mursyid.
"Kenapa?" Syabab kehairanan.
"Anak-anak muda kita perlu dibimbing ke jalan yang betul. Gejala sosial dan keruntuhan akhlak makin kritikal. Menjadi tugas kita semua untuk menggembling tenaga ke arah usaha yang murni ini. Itu keutamaan kita. Bukannya berpecah pada perkara cabang. Ia merugikan..."

Beruntungnya andai masyarakat kita punya ramai 'Ustaz Mursyid'. Sedih melihatkan fenomena hari ini di mana segelintir golongan ilmuan agama kita bertegang leher, berseteru gara-gara membahaskan perselisihan dalam hal fiqah, perselisihan dalam hal-hal furu' (cabang). Sedih tatkala menyaksikan perselisihan itu mengakibatkan perpecahan, hilangnya keindahan budi bahasa dan kelembutan orang Melayu Islam. Terkilan kerana golongan terhormat ini sanggup saling mencerca, menghentam antara satu sama lain, memberi label-label tertentu dan yang lebih menyedihkan lagi sehingga sanggup memburuk-burukkan ulama' silam. Mereka lupa pada pemuda-pemudi ummah yang 'sakit' dan yang perlu disantuni. Mengapa tidak berlapang dada, hormat menghormati antara satu sama lain. Andai ada kesilapan di salah satu pihak, tegurlah bil hikmah. Mengapa taasub itu membutakan mata hati? Bukankah kita berpegang pada kalimah tauhid yang sama? Ketahuilah bahawa musuh-musuh Islam bertepuk tangan menyaksikan kita berpecah. Ingin sekali ana melihat ramai insan menjadi seperti Ustaz Mursyid yang sabar dan tidak mengenal erti putus asa dalam melebarkan sayap dakwah di kalangan syabab yang menjadi harapan ummah.
"Saya pergi ke Daurah pengajian bahasa. Saya juga pendengar kuliah universiti-universiti berlainan dari pagi sampai petang. Malam, ikuti pengajian di jami'-jami dengan masyaikh. Saya solat jemaah di masjid berkenaan." Bahasa Syabab lebih lancar daripada sebelumnya menjawab pertanyaan Syeikh Sobir, gurunya yang sangat dihormati.

Hebatnya kesungguhan Syabab dalam mencari ilmu. Biarpun terpaksa bersusah payah, berjalan kaki, meredah debu padang pasir, dimarahi guru namun lantaran minat dan kesedaran, Syabab sangat berdisiplin dalam mendalami ilmu.

Secara keseluruhan, novel ini punya roh dakwah yang tersendiri. Watak Syabab, Ustaz Mursyid dan Nur Mumtazah benar-benar memberi tarbiyyah buat ana, insan yang sering lupa. Watak-watak ini telah membisikkan kepada ana agar bangkit memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada kebaikan. Syukran jazilan kepada Kak Fatimah Syarha atas 'hadiah' yang cukup indah ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat emak kerana memberi kebebasan sepenuhnya kepada ana untuk memilih buku ini sebagai hadiah di hari ulangtahun kelahiran. Terima kasih, mak! Selamat Hari Ibu!!! Moga dengan tarbiyyah ini, dan usrah yang baru di bandar anggerik bisa memperbaiki diri ana dan memberi kekuatan untuk ana pula mentarbiyyah si khalifah-khalifah kecil.

Ya Allah, izinkan si anggerik desa ini memekarkan dakwah ilallah di bandar anggerik ini... Titipkanlah padaku kekuatan dan kesabaran yang jitu... Titipkanlah jua teguran-teguranMU tatkala diri ini mulai tergelincir, kerana yang bernama insan itu sering terlupa...

AD: Indahnya aturan dan ketetapan Allah... Anggerik Desa kini bermusafir di Bandar Anggerik... moga permusafiran ini menjadikan diri ini Si Musafir Kasih Ilahi...

Saturday, May 9, 2009

Manusia vs Robot

Bismillahirrahmanirrahim...
(Untuk renungan kita bersama)

Kita adalah manusia bukannya robot...
Kita adalah makhluk yang punya perasaan bukannya seperti robot yang kaku...
Tapi mungkin kita tidak sedar ada diantara kita yang menjadi seperti robot, tidak tahu tujuan ia diciptakan. Hari-hari yang dilalui dengan perkara yang sama, adakalanya cuba menghiburkan diri dengan pelbagai hiburan yang kebanyakannya menjurus ke arah lagha dan dosa semata...

Mereka merasakan mereka bahagia dengan cara itu, berhibur dan bekerja. Dan mereka merasakan mereka telah memenuhi tujuan hidup mereka. Adakah ROBOT itu lupa yang dia ada TUAN sehingga mereka lupa pada saudara-saudara mereka yang ditindas... sehingga agama dihinakan... sehingga membiarkan diri menjadi robot-robot yang tidak berguna untuk TUANnya... Lupakah robot bahawa satu hari nanti robot pastinya akan dicabut nyawa oleh TUANnya sedangkan dia lupa amanah yang dipertanggungjawabkan dan tugasnya sebagai khalifah? Sahabat-sahabat, adakah kita ini manusia atau ROBOT? Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah...




AD: ya Allah, indahnya kalamMu... indahnya nikmat IMAN... indahnya ISLAM itu... ya Allah, matikanlah aku dalam IMAN dan ISLAM... ya Allah, terima kasih atas setiap teguran dan teguran yang diberikan... aku tahu, itulah tanda kasihnya ENGKAU padaku...

Friday, May 8, 2009

Ragam Si Khalifah...

Bismillahirrahmanirrahim...



Kali ini ana ingin kongsikan beberapa aktiviti dan ragam si khalifah kecil sewaktu sesi pembelajaran.




Ini merupakan sesi "Story Telling". Ana bercerita tentang kisah "Sepuluh Anak Ayam". Lihatlah aksi dan ragam mereka yang begitu bersemangat dan tak boleh duduk diam...



Ini pula aksi yang sempat ana curi-curi rakam... Sewaktu ana sedang menyemak bacaan Qiraati seorang khalifah, Loqman atau lebih suka dipanggil 'Abang' ralit bersama teman-temannya bermain permainan apa ntah... Macam-macam Abang Loqman ni...


Ini pula Ustazah Aisyah dan young khalifah sakan menyanyi lagu WONDERPETS yang dah diubah lirik...

Semoga terhibur dengan aksi-aksi mereka ini...

AD: Teacher lain kat kindy dah naik pening tengok ana... Mana taknya, dah tak boleh beza yang mana teacher, yang mana anak murid... (^_^)

Thursday, May 7, 2009

2 dan 4: Monolog Diri...




Angka 2 dan 4,
akhirnya menjelma jua...
Angka 2 dan 4 membuatkan diri terpanggil untuk melihat kembali ke dalam diri...
HASNI...
Nama kedua yang membawa maksud kebaikanku...
Namun sejauh mana sepanjang usia yang telah berlalu diri menghayati erti nama itu?
Banyak mana 'kebaikan' dalam diri itu?
Astaghfirullahal'azim...
Alangkah ruginya diri kerana gagal menghayati maksud di sebalik nama sendiri,
sedangkan angka 2 dan 4 itu telah menjelma...

Angka 2 dan 4...
Selama ini bagaimana tanggungjawab sebagai anak,
kakak, cucu, sahabat, umat Rasulullah dan hamba Allah S.W.T. itu ditunaikan?
Bagaimana pula tanggungjawab sebagai saudara seIslam?
Apa yang telah diri ini lakukan untuk membantu saudara-saudara seIslam yang ditindas oleh kafir laknatullah?
Astaghfirullahal'azim...
Bangkitlah wahai diri dari sebuah lena yang panjang!!!
BANGKITLAH!!!
Aturkanlah langkahmu, lakukanlah sesuatu!

Syukran jazilan buat emak yang sanggup mengandungkan diri ini selama 9 bulan 10 hari...
Terima kasih buat emak yang sanggup bertarung nyawa melahirkan diri ini ke dunia...
Thank you so much buat emak dan ayah yang bersusah payah membesar dan mendidik diri ini...
Maafkan anak ini andai selama ini menjadi 'beban' buat emak dan ayah...
Maafkan anak ini andai belum berkesempatan membalas jasa emak dan ayah...

Syukran jazilan buat sahabat-sahabat yang tidak putus-putus meniupkan semangat tatkala diri ini dilambung ombak ujian...
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang menerima setiap kekurangan dan kelemahan diri ini...
Thank you so much buat sahabat-sahabat yang setia berada di sisi biar apa jua keadaan yang berlaku...

Ucapan terima kasih buat semua atas ingatan dan doa kalian sempena kedatangan angka 2 dan 4 ini...

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Happy Birthday Comments


*Ukhti Nurull*
*Ukhti Zar*
*Dhila*
*Emak*
*Mira*
*Su*
*Adik Ika*
*Nurul*
*Razia*
*Ukhti Nas*
*Kak Ngah*
*Andak Syu*
*Zira*
*Alang Atie*
*Aqilah*
*Isma*
*Aida*
*Ayu*
*Sakeena*
*Inche Bestfriend*
*Sahabat*
*Masyitah*
*Aisyah*



Terima kasih yang tidak terhingga atas doa-doa dari kalian...


Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan menyebut asma'MU ya Allah, segala puji hanya milikMU, Tuhan yang Maha Agung, Tuhan yang Maha Berkuasa, Tuhan yang Maha Pengasih, Tuhan yang Maha Penyayang... Selawat dan salam buat kekasih-MU Nabi Muhammad S.A.W. serta seluruh kaum keluarganya.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim...
Sesungguhnya terlalu banyak nikmat dan kurnia yang telah Kau berikan kepadaku... Tak terhitung rasanya segala nikmat-nikmatMU itu ya Allah... Nikmat mata untuk aku melihat... Nikmat telinga untuk aku mendengar... Nikmat mulut untuk aku berkata-kata... Nikmat hidung untuk aku bernafas... Nikmat tangan dan kaki untuk aku bergerak... Nikmat akal untuk aku berfikir.... Nikmat hidup untuk aku tunduk dan sujud hanya kepadaMU...

Ya Allah, hambaMu ini memanjatkan jutaan kesyukuran di atas segala nikmat usia yang Kau berikan, terima kasih yang teramat di atas nikmat iman dan Islam yang sungguh indah, terima kasih di atas nikmat ukhwah yang Kau kurniakan, terima kasih atas segala ujianMU yang menjadikan aku lebih kuat…

Ya Allah, tetapkanlah imanku, tetapkanlah hidayah ini buatku, tetapkanlah aku untuk terus berjuang di jalanMU ya Allah. Sesungguhnya aku adalah hambaMU yang tersangat lemah. Hanya kepadaMU tempat aku memohon pertolongan.

Ya Allah, kurniakanlah hidayahMU kepada ibu ayahku, kaum keluargaku, sahabat-sahabatku serta seluruh kaum muslimin dan muslimat. Berikanlah keselamatan, kesihatan yang baik serta permudahkanlah urusan mereka dalam memperjuangkan agamaMU.

Ya Allah Ya Rabbul Izzati...Sudilah pandang diri ini... Terangilah jalan hidupku ini... Ampunilah segala dosa-dosaku... Ampunilah segala kekhilafanku selama ini... Ampunilah kelalaianku selama ini ya Allah... Ya Rabbana... Dengarlah doaku ya Rabbana... Dengarlah rayuan dan rintihan dari hambaMU yang dhaif ini... Jangan sekali-kali Kau biarkan aku jauh dariMU... Jangan sekali-kali Kau biarkan aku terkapai-kapai dalam perjalanan panjang memburu cintaMU... Jangan sekali-kali Kau biarkan aku terus terleka dan terlalai dengan nikmat-nikmat yang Kau kurniakan ini... Ya Allah... Tuhan yang menciptakan hati ini... Tuhan yang memiliki hati ini... Tuhan yang berkuasa membolak-balikkan hati ini... Perkenankanlah doa dan rayuanku ini ya Allah... Perkenankanlah ya Allah... Ameen ya rabbal 'alamin...



AD: Thanks to Ukhti Zar for da BIG APPLE... Gemuk la makan malam-malam...



Monday, May 4, 2009

Are you still remember?



Bismillahirrahmanirrahim...
Malam ini, entah mengapa terlalu banyak persoalan yang berlegar di ruang fikiran. Ya, kini ana sedang menanti satu detik. Detik usia yang bakal meningkat setahun lagi. Namun, sepanjang usia yang telah berlalu siapa sebenarnya diri ini? Apa yang telah ana lakukan? Lebih-lebih lagi tatkala menyaksikan klip video ini... Ayuh sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan? Siapakah kita? Jawapannya ada pada diri kita sendiri...





AD: once again, thanks to n-bakri26 for this video...

Sunday, May 3, 2009

My Khalifah!




Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, sedar tak sedar genap sebulan ana telah menjalani latihan industri di Dzul Iman Kindergarten. Tiga minggu pertama, ana diamanahkan untuk menjadi assistant teacher di kelas 6 Obedient. Walaupun banyak cabarannya, alhamdulillah ana berjaya melaluinya dengan tenang dan sabar. Dan bermula pada 27hb April yang lalu, ana diberi tanggungjawab untuk mengendalikan sepenuhnya kelas khalifah yang berumur 5 tahun tapi masih di peringkat 'beginner'.

Seminggu telah berlalu ana bersama-sama mereka. Walaupun hanya sepuluh orang khalifah yang diletakkan di bawah perhatian ana, tapi cabarannya cukup besar. Ana diberi kebebasan sepenuhnya untuk menggunakan apa jua method dalam proses pengajaran. Namun di sebalik kebebasan yang diberikan, di sini ana harus membuktikan kredibiliti ana sebagai pelajar diploma Pendidikan Islam Pendidikan Awal Kanak-kanak dan ana juga turut membawa nama Kolej Islam Antarabangsa. Moga Allah sentiasa mempermudahkan urusan ana.

Bercerita tentang sepuluh orang khalifah ini, macam-macam ragam mereka yang kadangkala membuatkan ana pening kepala dan bingung! Namun dengan pesanan dari Kak Lin, ana cuba mempraktikkan amalan berdoa dan pergantungan sepenuhnya pada Allah kerana DIA yang menciptakan setiap dari kita. Alhamdulillah, seminggu yang berlalu menyaksikan kami gembira bersama-sama. Dan yang paling nampak memberikan kesan kepada mereka adalah ketika sesi bercerita. Hampir setiap kali ana bercerita kepada mereka, ana perhatikan Hazeeq, Luqman dan Audad pastinya gelak besar bila intonasi suara ana berubah mengikut watak. Entah apa yang melucukan, ana pun tak tahu.

Akmal dan Erfan yang pendiam, Amir yang tidak betah duduk diam, Amru yang tidak berkeyakinan, Audad dan Hazeeq yang nakal, Luqman yang petah berkata-kata, Imran yang mudah menangis, serta Arinah dan Ain yang banyak bertanya... teacher sayangkan kalian. Moga kita sama-sama terus bergembira dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Young Khalifah, always choose to be GOOD!!!

Saturday, May 2, 2009

Is This Our Life?


Untuk renungan bersama...



Fikir-fikirkanlah... (-_-')

AD: Syukran jazilan buat n-Bakri26 yang banyak berkongsi bahan-bahan tarbiyyah.

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers