Thursday, March 18, 2010

Selesai Sudah Minda Super!



Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaNya, bertarikh 14 Mac 2010 (Ahad) yang lalu, pihak KRJ Daerah Batu telah berjaya mengadakan program cuti sekolah untuk remaja iaitu Minda Super! Program ini dikendalikan oleh Akh Mohd Kamal Izham b. Wahab yang juga merupakan Pengarah KRJ Daerah Batu.

Alhamdulillah, pihak kami menerima penyertaan yang sangat menggalakkan dari remaja-remaja sekitar Kuala Lumpur. Seramai 31 orang remaja telah menyertai program ini. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan pada Allah atas bantuan dariNya. Walaupun jumlah penyertaan pada peringkat awal tidak begitu tinggi namun di saat akhir, jumlah peserta yang hadir ke program ini meningkat.


Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi selepas selesai sesi pendaftaran. Akh Kamal di awal slot telah memperkenalkan beberapa kaedah atau teknik untuk mengingat. Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, slot diteruskan lagi dengan teknik-teknik yang lebih menarik dari Akh Kamal. Para peserta diperkenalkan dengan beberapa teknik antaranya 'Phonetic Number' dan 'Auditory Techniques'. Para peserta juga diberi peluang untuk mengaplikasikan teknik-teknik yang telah diajar melalui beberapa latihan yang dibuat bersama-sama.



Para peserta begitu teruja sekali sepanjang program Minda Super ini terutamanya adik-adik lelaki sehinggakan sanggup duduk di atas lantai biarpun ada kerusi yang disediakan oleh pihak penganjur... ^__^


Program ini berakhir sekitar jam 4.00 petang. Pihak penganjur merasa amat bersyukur dan berterima kasih dengan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. InsyaAllah, program kedua untuk remaja sempena cuti sekolah iaitu Jom! Jamming Remaja Bersama Abang Bai akan dilaksanakan pada hari Jumaat, 19 Mac 2010 bertempat di pejabat JIM Daerah Batu jam 8.30 - 11.00 malam. Program ini adalah sebahagian dari usaha untuk memastikan para remaja di KL ini dapat memenuhi cuti sekolah mereka dengan aktiviti yang bermanfaat.


Sekian.

Fiza Hasni Md Ehsan (Kak Yong)
Pegawai TPSM Remaja KL,

Ahli JIM Daerah Batu.

No comments:

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers