Wednesday, January 27, 2010

Di Bawah Langit Cinta [Preview]




"Milik siapakah dakwah ini sebenarnya?" Suara Fathil 'Ammar memecah keheningan malam. Unggun api di hadapannya dipandang lama. Sesekali matanya melirik wajah sahabat-sahabat yang duduk mengelilingi unggun api.

"Milik setiap dari kita..." Naqiuddin membalas perlahan namun penuh yakin.

“Ya, dakwah ini adalah milik setiap dari kita bahkan milik setiap orang Islam baik lelaki mahupun perempuan.” Tenang sekali kedengaran tutur bicara Fathil ‘Ammar. Sesekali tangannya mengubah kedudukan kayu api agar nyalaan api yang hampir malap tidak terus terpadam.

“Setiap orang Islam? Maksud abang?” Soal Ameer Fikri. Wajahnya berkerut seribu.

“Ya. Dakwah adalah milik kita sebagai umat Islam dan menjadi tanggungjawab kita umat Islam untuk menyampaikan dakwah. Cuba ingat kembali firman Allah dalam surah al-Imran ayat 110 yang bermaksud; kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji).”

“Dalam ayat 71 surah at-Taubah pula Allah berfirman; dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan.” Fathil ‘Ammar tersenyum nipis. Kulitnya yang cerah tampak lebih berwibawa dengan kumis nipis dan janggut pendek yang menghiasi wajahnya.

Amar makruf nahi mungkar…” Naqiuddin melontar bicara.

“Tepat sekali. Al-Qurtubi ketika mentafsirkan ayat 71 surah at-Taubah ini mengatakan bahawa menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan adalah kayu ukur yang membezakan antara orang beriman dengan orang munafik. Tugas ini tidak dikhususkan kepada para ulamak atau mereka yang digelar ‘orang agama’ sahaja.”

“Bagaimana pula dengan mereka yang memiliki pengetahuan agama yang sedikit? Adakah tanggungjawab dakwah masih terletak di bahu mereka?” Izzat bersuara setelah mendengar bicara Fathil ‘Ammar dan Naqiuddin.

Fathil ‘Ammar tersenyum memandang wajah kusut Izzat. “Izzat, Islam bukan agama yang membebankan. Biarpun jelas dakwah itu wajib ke atas setiap umat Islam, namun kewajipan ini bergantung kepada ilmu kita. Dakwah ikut kemampuan. Jika ilmu yang kita ada itu sedikit, sampaikanlah yang sedikit itu kepada orang lain. Perkara yang di luar pengetahuan ilmu kita, tidak perlulah kita sampaikan. Bukankah Rasulullah ada bersabda; sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat?”

Izzat mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti. Ada sinar kegembiraan di wajahnya.



[Bersambung...]

Thursday, January 21, 2010

Buatmu yang bergelar wanita...


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat yang sudi bertandang ke laman ini dan ucapan salam jua buatmu yang bergelar wanita. Moga kalian yang bernama wanita ini berada di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah. Bingkisan ini adalah peringatan untuk diri ini jua untuk kalian yang bergelar wanita lantaran kasih sayangku untukmu...

Buatmu yang bergelar wanita, ana mulakan bingkisan hati ini dengan ayat-ayat cinta Allah dari surah al-A'raf ayat 26;

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.”

Jika kita lihat perkembangan fesyen di kalangan muslimah hari ini terlalu pantas rasanya. Suatu masa dulu, kita di'hangat'kan dengan fenomena tudung ala-ala Wardina. Kemudian tudung ala-ala Bienda, tudung ala-ala Waheeda dan banyak lagi. Kemudian muncul pula pelbagai jenis jubah potongan moden yang tampak lebih menarik dengan pelbagai aksesori. Dan pemakaian jubah tidak lagi menjadi 'trademark' kepada mereka yang memakai tudung 'kelambu'. Dan setahun kebelakangan ini muncul pula fesyen T-Shirt labuh muslimah. Dan fesyen ini semakin digemari dan menjadi ikutan ramai. Lebih mudah, selesa dan kasual katanya!


Apakah dia aurat wanita? Jawapan yang paling mudah dan ringkas - seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Kemudiannya, tidak mengikut bentuk tubuh badan, tidak nipis dan jarang hingga menampakkan warna kulitnya, tidak menarik perhatian lelaki untuk memandang (sederhana warnanya). Namun adakah fesyen muslimah hari ini benar-benar menepati ciri-ciri yang dituntut oleh syariah? Atau menutup aurat itu sekadar menjadi adat dan budaya? Malang sungguh, definisi menutup aurat dalam dunia hari ini menjadikan tuntutan fesyen yang moden dan menarik menjadi kayu ukur yang lebih utama.

Benarkan apa yang ana perkatakan ini? Lihatlah di sekeliling kita! Wanita kita ada yang bertudung, tetapi menampakkan leher dan sebahagian cuping telinga (yang kononnya mahu memakai subang). Berjubah yang molek itu dicemari dengan jenis fabriknya yang nipis disamping hiasan labuci dan manik-manik yang menyilaukan mata, mengalahkan lampu jalan di malam hari (^_^). Ada yang sudah bertudung elok, tapi lengan yang putih melepak itu pula ditayang percuma. Ada yang sudah menutup semua dengan sempurna, sayangnya ketatlah pula seperti sarung nangka. Ada yang menutup bahagian atas, dah cantik dah tapi, kainnya pula terbelah. Bila berjalan, tersingkaplah apa yang sepatutnya disembunyikan. Bak kata ustaz ana sewaktu ana di sekolah rendah, itulah yang dinamakan kain HALAL HARAM. Bila berjalan lalu menampakkan aurat - HARAM, bila berhenti dan tertutup auratnya - HALAL (^__^)/"

Wahai yang bergelar wanita...
Pelik bukan? Jika mahu dikatakan tidak tahu perihal aurat wanita di dalam Islam, sudah terkandung silibus ini dalam matapelajaran Pendidikan Islam sejak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Jika alasannya tidak tahu, jelaslah kalian ini tidur sepanjang masa kelas Pendidikan Islam. Atau apakah gejala ini timbul kerana kekeliruanmu dalam tatacara berpakaian yang dianjurkan Islam? Ataupun kerana pengaruh fesyen terkini yang menyebabkan kalian tergiur sama mencubanya? Ataupun semua ini berlaku, sebab memang diri sendiri sudah tidak kisah dengan aturan Islam dalam menutup aurat menerusi berpakaian? nau’zubillah! Mohon dijauhkan sifat itu dari diri kita...

Wahai yang bergelar wanita...
Ingatlah peringatan dari yang Khalik, "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka..." (an-Nur: 31)


Islam tidak rigid dalam menentukan jenis pakaian. Bahkan Islam meraikan perubahan zaman, keperluan tempat dan keadaan. Namun, kita ada garis panduan... Kita ada neraca yang Allah berikan iaitu Al-Qur'an. Kadang-kadang ada yang bertanya boleh atau tidak memadankan t-shirt labuh bersama seluar? Bolehkah mengenakan fesyen tudung lycra yang sedang meletup sekarang ini? Tudung saya dah menutup dada tapi tidaklah spesies 'kelambu', boleh ke? Ada seorang ustazah yang mengatakan, pakaian yang sah apabila kita memakainya ketika solat, tidak semestinya boleh dipakai di luar waktu solat. Lihatlah pada neraca kita, Al-Qur'an yang jelas menerangkan tentang aurat wanita itu. Cuba fikirkan, dalami dan fahami. Andai pakaian itu menepati ciri-ciri yang dituntut, ya silakan anda memakainya.

Wahai yang bergelar wanita...
Pakaian wanita Islam itu bukan sekadar cukup menutup seluruh tubuh sahaja tetapi juga sempurna untuk melindunginya ketika duduk, membongkok dan melakukan pergerakan lain. Ingatlah, menutup aurat itu bukan sekadar menutup tetapi juga memeliharanya dari pandangan yang tidak wajar. Di dunia akhir zaman ini, memang sukar untuk memperoleh gelaran wanita solehah. Tetapi janganlah berputus asa andai merasakan diri masih jauh dari ciri-ciri wanita solehah yang menjadi penyejuk di mata, penawar di hati. Selagi kita masih bernyawa, selama itulah gelaran 'SOLEHAH' itu masih boleh diraih dan dicapai. Yang paling utama adalah berusaha sedaya upaya.


Wahai yang bergelar wanita...
Pastinya kita tidak mahu menjadi punca ramai lelaki yang masuk ke dalam neraka. Ayuh, kita bantu diri kita dan juga ar-rijal kita dengan memelihara aurat dengan sesempurna mungkin. Kita bantu mereka untuk 'menundukkan' pandangan mereka. Ayuh kita membantu sekalian saudara kita untuk menuju bahagia di akhirat sana! Biarlah orang memandang kita naif, tidak up-to-date, kolot dalam berfesyen tetapi kita kelihatan cantik di pandangan Allah. Biarlah Allah memandang diri kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangnya, bukan dengan pandangan kemurkaanNya. Nau'zubillah!!!

JOM JADI SOLEHAH WA MUSLEHAH!!!



Kak Yong: sangat sedih melihatkan di mana ada institusi yang jelas tertera nama 'ISLAM' tidak mampu menjadi bi'ah solehah dek dicemari oleh agama yang dibudayakan.

Syukran jazilan buat naqibahku; Aminah Ismail yang banyak mengajar diri ini untuk lebih banyak berfikir dan memuhasabah diri. Barakallahu 'alayk. Moga ikatan kasih sayang ini akan berkekalan hingga ke jannah!!! Ameennnn...

KBM Pertama 2010!!!

...alhamdulillah...
syukur kehadrat Ilahi..
dengan limpah kurniaNya..
selesai sudah penerbangan pesawat KRJ yang pertama bagi tahun 2010 ini (juga syukur ana berjaya juga meng'update' blog ana yang dah lama berdebu dan bersawang) yang berlepas dari lapangan terbang SM Teknik Setapak, Kuala Lumpur...


Alhamdulillah ~ Seramai 120 orang pelajar SMTSKL telah menjadi penumpang bertuah pesawat KRJ 160110 yang terdiri dari 76 orang adik-adik sayang dan 44 orang adik-adik kasih. Slot pagi 16 Jan 2010 dimulakan dengan 'KMKY' yang menampilkan gandingan mantap Abang Chef Wan, Abang Long dan Kak Nina. Gamat sungguh suasana ketika ini dengan aksi bersahaja Abang Chef Wan dan Abang Long. Adik-adik kasih dan sayang kelihatan begitu teruja!!! MyEm0.Com

[Gelagat Abang Chef Wan dan Abang Long yang bersahaja]


3S - [Salam] [Senyum] [Sapa]


Tugu Negara ke ni???


Selepas solat zohor, penerbangan diteruskan dengan slot 'INTEAM' bersama Kak Nina. Alhamdulillah, sekali lagi penghayatan yang sangat bagus dari adik-adik kasih dan sayang. Moga ikatan ukhuwah yang terbina antara kalian berkekalan selamanya. Moga segala salah faham yang selama ini membelenggu diri kalian akan terurai. Nikmat persahabatan yang Allah kurniakan ini, moga ianya terus disinari cahaya keberkatan dan dilimpahi kasih sayang yang berpanjangan. syukran jazilan pada adik-adik kasih dan sayang yang sudi tampil berkongsi dihadapan. Apa pun ada satu adegan yang membuatkan hati Kak Yong sangat-sangat tersentuh di mana seorang adik sayang menyapu air mata sahabatnya yang mengalir di pipi sambil memujuk sahabatnya itu…MyEm0.Com huhu…adik sayang tu… kalau adik kasih, Kak Yong tak hairan.

"Ya Allah, berikanlah kejayaan di dunia dan di akhirat buat sahabatku ini..."


BerTeman Sejati, berTitian Kejayaan dan berGemuruh


Seintim hubungan seerat ukhuwwah...


Di sebelah petang pula, usai solat Asar telah diisi dengan slot riadah yang dikendalikan oleh Kak Nina untuk adik-adik kasih. Bukan main seronok lagi adik-adik ini beriadah ;)

Riadah adik-adik sayang...

Selepas isya' seperti biasa, kami memulakan sesi MAM 1 dan MAM 2 yang dikendalikan oleh Pak Andak dan semua tenaga fasilitator. Alhamdulillah, moga sedikit tarbiyah ini memberi kesan dan impak positif kepada adik-adik kasih dan sayang SMTSKL dalam menempuh ranjau kehidupan. Moga keinsafan yang timbul diseiringkan dengan amalan-amalan yang akan berterusan. insyaAllah..


Hari terakhir pula (17 Jan 2010) diisi pula dengan slot Hijrah untuk adik-adik kasih dan saying yang dikendalikan oleh Abang Bai manakala Pak Long mengendalikan slot MKMS bersama ibu bapa. Dan slot pertemuan pastinya sangat menyayat hati lebih-lebih lagi dengan perkongsian dari adik-adik yang sudah kehilangan ibu bapa, juga adik-adik yang datang dari keluarga berpecah belah. Bagai disayat-sayat hati semua yang mendengar dan menyaksikan tidak kira yang berada di dalam mahupun di luar dewan. Termasuk juga yang melihat di balik tingkap juga yang sedang khusyuk mengendalikan laptop MyEm0.Com.

Majlis diakhiri dengan ucapan dari wakil pihak sekolah serta sesi bersalaman sebagai tanda perpisahan MyEm0.Com. Tahniah buat semua! :)

Pertemuan kita di suatu hari...


Jazakumullahu khairan kathira pada semua yang membantu dan mengendalikan KBM sulung bagi tahun 2010 kali ini MyEm0.Com. Alhamdulillah, permulaan yang baik bagi KBM KL di tahun ini. Moga Allah mengganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran~ ameen ya rabbal 'alamin MyEm0.Com

Barisan pengendali dan fasilitator bergaya dengan t-shirt baru... kulihat HIJAU!!!

Ini dia bakal YB Sentul!!!


barisan pengendali :
KMKY : [Chef Wan] [Abang Long][Kak Nina]
InTeam : [Kak Nina]
MAM 1 : [Pak Andak]
MAM 2 : [semua pengendali dan fasilitator]
Hijrah : [Abang Bai]
MKMS : [Pak Long]
Pertemuan : [Abang Bai]
Laptop : [Kak Yong]
Video : [Kak Zar]

fasilitator ikhwah:
[Abang Syafiq aka Abg Din] [ Abang Fathil] [Abang Amirul] [Abang Zolkhairee] [Abang Azim] [Abang Haikal] [Abang Hasbullah] [Abang Zaidul Khair] [Abang Aiman] [Abang Muain] [Abang Muadz] [Abang Zamree]

Fasilitator akhwat:
[Kak Aisyah] [ Kak Ana]


[Suka-suki Hati]


'Jejak Kasih' Chef Wan dan 'adik'nya


Pengantin baru dah turun berKBM!!!



Kak Yong: Moga terus... Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!!! dan tiba-tiba kY dapat nama baru lak, 'Kak MTV'... ape-ape je la...

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers