Tuesday, March 31, 2009

Karya Terbaru!!!




Terbaru dari F.H.Fansuri...

KEMBARA CINTA




“LANGIT YANG TUJUH, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memujinya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. Surah al-Isra’ ayat yang ke empat puluh empat.” Akh Adam tunduk merenung Tafsir Pimpinan ar-Rahman di tangannya. Agak lama dia diam.

“Ikhwah wa akhwat sekalian, insyaallah jika kita selusuri dan kita amati terjemahan dari ayat tadi, Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita bahawa semua makhluk ciptaan-Nya bertasbih memuji-muji kebesaran Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ini bermakna, semua makhluk tidak kira kecil atau besar, cantik atau hodoh, masing-masing memuji Allah. Ikan-ikan di lautan, burung-burung yang berkicau, air yang mengalir, embun yang menitis dan ombak di tepian pantai, masing-masing berzikir memuji kebesaran Allah! Subhanallah, Maha Suci Allah…” tutur Akh Adam dengan suara yang lembut seperti selalu.

Akh Adam bersuara semula, “Dan kita lihat, matahari yang terbit di awal pagi dan terbenam tatkala malam bertamu, bulan yang bersinar terang di malam hari, ini menunjukkan ketaatan makhluk-makhluk ini kepada perintah Allah. Dan pernahkah kita mendengar ayam mengembek? Kambing menguak? Ikan berkicauan? Tidak pernah kan? Itulah tanda ketaatan mereka kepada Allah. Sedangkan makhluk-makluk yang tidak berakal ini mampu taat kepada Allah, memuji-muji kebesaran Allah, mengapa tidak kita manusia yang dikurniakan akal? Ayuh sama-sama kita renungkan ikwah wa akhwat sekalian…”

Kata-kata Akh Adam bagaikan pedang yang menusuk-nusuk tangkai hatiku. Astaghfirullahal ‘azim… Makhluk-makhluk ini semuanya memuji Allah, taat pada Allah… Tak pernah sekalipun mereka ingkar pada arahan Allah! Tapi aku? Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku selama ini… Ampunilah kelalaian dan kedurhakaanku selama ini…

“Syauqah Wardah…” Aku tersentak.

[Bersambung]

Ikuti rentetan kisah hidup Syauqah Wardah, seorang gadis yang mengalami jatuh bangun dalam hidup yang penuh suka, duka, tawa dan air mata. Sepanjang kembara kehidupannya hadir insan-insan yang meniup semangat untuk dia terus bangkit dari kegagalan silam. Dalam sebuah kembara yang begitu panjang, dia mencari dirinya dan mencari erti cinta. Dalam kembara yang panjang, dia menemui dirinya. Dalam kembara yang panjang dia belejar untuk menjadi lebih dewasa. Mampukah dia bangkit kembali dari kegagalan silam? Adakah cinta mampu merubah segala-galanya? Apakah pengakhiran kisah Syauqah Wardah? Ikutinya dalam KEMBARA CINTA... [HERE]


Tuesday, March 24, 2009

Sedetik Iftitah Dunia Baru...

Tanggal 13 Mac 2009, selangkah kaki ana menghampiri gerbang dunia baru. Hari bermula dengan hujan yang turun agak lebat. Mengenangkan ana sudah berjanji dengan beberapa orang dan hari itu sahaja ana punya masa, ana kuatkan juga langkah kaki dalam hujan menuju ke perhentian bas. Tidak lama menanti, tibalah bas Rapid KL yang akan membawa ana ke Titiwangsa.


Dalam bas Rapid KL, U4


Jam 8.30 pagi ana tiba di Stesen Titiwangsa. Ana menaiki monorail pula menuju ke KL Sentral. Ana sudah berjanji dengan sahabat ana, Ukhti Nurull untuk berjumpa di sana berhampiran kaunter tiket komuter. Sepanjang perjalanan dalam monorail, hujan masih turun. Ana menghabiskan masa dengan membaca tanpa menghiraukan orang di sekeliling.


Tiket monorail ke KL Sentral... RM2.50


Dalam monorail...sejuk...


Tiba di Stesen KL Sentral


Setibanya di KL Sentral, ana menuju ke tempat yang dijanjikan. Tiba-tiba handphone ana berbunyi tanda ada mesej masuk. Owh, dari sahabat ana... Dia masih dalam perjalanan. Hampir jam 10 pagi Ukhti Nurull tiba dan kami membeli tiket komuter ke Shah Alam. Berdebar rasanya hati kerana inilah kali pertama ana menaiki komuter...hahaha... Alhamdulillah, perjalanan kami agak lancar. Hujan juga mulai reda.


Tiket komuter... RM2.50


Pintu masuk...


Dalam komuter...


Tiba di Shah Alam...


Lebih kurang jam 11 pagi kami tiba di Shah Alam. Sementara menanti Ukhti Zarina, ana berbual-bual dengan Ukhti Nurull berkenaan perancangan selepas habis belajar. Jam 11.30 pagi, Ukhti Zarina tiba dan membawa kami ke Dzul Iman Kindergarten Seksyen 7.


Alhamdulillah, niat ana untuk bertemu Kak Lin dipermudahkannya. Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk menghantar resume, dan beberapa dokumen berkaitan latihan industri yang bakal ana jalani bermula 6 April hingga 29 Mei 2009 di Dzul Iman Kindergarten.



Biodata form...


Ana bersyukur sangat berpeluang menjalani praktikal di Dzul Iman Kindergarten dan bersyukur sangat kerana berpeluang bertemu Kak Lin. Banyak perkara yang dikongsikan Kak Lin sepanjang tempoh pertemuan kami. Berkobar-kobar semangat ana untuk menjalani praktikal dan insyaallah merealisasikan rancangan ana setelah tamat pengajian nanti. Apa pun, moga segala urusan ana dipermudahkanNYA dan pastinya pengalaman menjalani praktikal amatlah berharga.

Syukran jazilan kepada Ukhti Nurull yang sanggup menemani ana ke Shah Alam, buat Ukhti Zarina yang banyak sangat membantu dalam urusan penempatan praktikal ana, buat Kak Lin atas kesediaan menerima diri ini dan perkongsian ilmu yang sangat berharga. Moga Allah membalas jasa-jasa kalian... Barakallahu 'alaykum...

Monday, March 23, 2009

KBM: Setahun Berlalu...





Tanggal 15 Mac 2008, terlakar sejarah peribadi dalam hidup ana di mana ia merupakan titik permulaan ana mengenali KBM ~ Keindahan Bersama Mu. Terasa pantasnya masa itu berlari kerana kini genaplah setahun ana mengenali KBM dan insyaallah pada 19 April 2009 ini genaplah setahun ana menjadi sebahagian dari family team KBM KL.

Setahun yang berlalu terasa begitu singkat, namun terlalu banyak kenangan yang dikongsi bersama family team KBM KL. Dan nama "KAK YONG" itu sendiri lahir dari program KBM. Sesungguhnya terlalu indah saat-saat bersama kalian wahai keluarga KBM KL... Di sini ana beroleh kasih ayah dari Pak Long, Pak Ngah, Pak Andak dan Pak Kay. Di sini ana beroleh kasih emak dari Ummi Ida, Mak Long dan Mak Andak. Di sini ana beroleh kasih adik-beradik dari Abang Bai, Kak Sodd, Kak Nina, Mia, Kak Ngah, Anjang, Angah, Fahri, Yasser, Zar, Nurull dan ramai lagi... Sesungguhnya ukhwah ini begitu indah untuk dirasai, ukhwah ini begitu indah untuk dikenangi...

Yang pastinya DIA yang mengatur setiap pertemuan ini dan DIA juga yang mengatur setiap perpisahan. Sebagai manusia ana hanya mampu merancang namun DIA yang bisa merealisasikannya. Andai perpisahan yang berlaku selepas ini, pastinya kalian takkan mungkin ana lupakan.

Syukran jazilan buat semua atas tunjuk ajar yang diberikan. Syukran jazilan buat Abang Bai dan Pak Kay yang tak pernah putus-putus beri keyakinan untuk ana mengendalikan slot walaupun adakalanya ana sendiri tidak yakin dengan kebolehan diri. Syukran jazilan juga atas kepercayaan yang diberikan selama ini. Nilainya terlalu besar buat ana.

Di kesempatan ini, ana ingin memohon jutaan kemaafan andai selama ukhwah ini terjalin, ada hati yang terguris dengan lisan dan afal ana. Terlalu banyak kekurangan diri ini kerana diri ini hanya insan kerdil, insan yang banyak kekurangan. Insyaallah, andai ada jodoh pertemuan selepas ini, kita pasti akan bersama lagi. Namun andai perpisahan yang DIA tetapkan, moga diri ini tetap dalam ingatan.

Syukran jazilan atas segala-galanya... Uhibbukum fillah abadan abada...


Gambar dari Adik Ika yang nakal...

Friday, March 20, 2009

Doaku... [1]



Hurm...saje je letak tajuk entry ana kali ni dengan tajuk lagu dalam blog ana ni "DOAKU..." dari Hadad Alwi dan Fadli kumpulan Padi. Lagu ni ada sense of value buat ana personally. Okey, untuk entry kali ini ana ingin bercerita tentang DOA.

Mungkin adakalanya kita tertanya-tanya, adakah Allah mendengar doa-doa kita? Jawapan pertama bagi persoalan ini adalah, Allah itu dekat dengan kita. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka beroleh kebenaran." Nah, kita dapat lihat sendiri, Allah sendiri telah menyatakan bahawa Dia sangat dekat dengan hamba-hambaNya dan Dia akan mengabulkan doa hamba-hambaNya.

Kedua, Allah selalu mendengar doa kita kerana Allah itu Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Malah Dia tahu bisikan hati kita. Bukankah telah jelas dan nyata bahawa Dia itu sangat dekat dengan kita malah lebih dekat dari urat leher kita. Namun, cuba kita lihat kembali di hujung ayat 186 surah al-Baqarah yang berbunyi, "Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka beroleh kebenaran." Amalan baik akan mendekatkan kita kepada Allah, sedangkan amalan buruk akan menjauhkan kita daripada Allah. Cuba kita lihat satu analogi. Ada dua orang yang tinggal berjiran di dua buah rumah sebelah-menyebelah. Daripada segi jarak dan kedudukan rumah, mereka sebenarnya sangat dekat. Malangnya, mereka tidak pernah bertemu walaupun di pintu pagar. Mereka juga tidak cuba bertanya khabar dan tidak cuba berkenalan. Oleh sebab itu, hubungan mereka menjadi sangat jauh. Semakin mereka tidak peduli antara satu sama lain, hubungan mereka semakin jauh. Begitu juga kita dengan Allah. Dia sangat dekat dengan kita, tapi apabila kita malas mengerjakan solat, tidak berpuasa, suka membuang masa, kita akan menjadi jauh daripada Allah.

Konklusinya, Allah itu Maha Mendengar dan Allah itu sangat dekat pada kita biarpun Allah itu bersemayam di atas Arasy kerana sesungguhnya Allah berbeza dari setiap makhluknya. Oleh itu, tidak hairanlah jika Allah memberitahu kita bahawa Dia bersemayam di atas Arasy tetapi Dia juga memberitahu kita bahawa Dia sangat dekat dengan hamba-hambaNya malah lebih dekat dari urat leher. Oleh itu janganlah khuatir kerana Allah itu mendengar setiap dari doa-doa kita... Maka, BERDOALAH...


Wednesday, March 18, 2009

Kena TAG lagi...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...salam kasih buat adik Ika khususnya yang tanpa rasa bersalah telah menge-TAG ana... huhuhu... Walaupun agak sibuk lately dengan urusan praktikal, alhamdulillah dapat juga ana luangkan sedikit masa untuk menjawab soalan TAG dari adik-busyuk-IKA ni...

1.Anda rasa anda hot?
HOT tu tak la tapi adik busyuk ni dok panggil ana ni AKAK GARANG! huhuhu...

2.Upload gambar kegemaran anda.



3.Kenapa anda suka gambar ini?

Sebab gambar ni ana yang lukis waktu KBM Al-Amin tahun lepas...saja-saja isi masa lapang, melukis la... KBM ni paling istimewa buat ana sebab first time kenal Una a.k.a Adik Kechik dan first time bawa Sakeena gi KBM...

4.Bila kali terakhir makan pizza?

2 minggu lepas kat KLCC tapi bukan Pizza Hut, sahabat ana Ukhti Nurull yang belanja... Fahri a.k.a Luqman pun ada sekali...

5.Lagu terakhir yang anda dengar?

We Will Not Go Down by Micheal Heart - best sangat-sangat lagu nih!

6.Apa yang anda sedang buat selain daripada selesaikan tag ini?

YM dengan Zarina... tengah cerita pasal praktikal semester depan... hehehe

7.Selain dari nama sendiri,anda suka dipanggil dengan panggilan apa?

Macam-macam nama orang panggil ana, kat Sarawak - Peaz, kat kampung - Za, kat hostel - Kak Pija, adik-adik KBM - Kak Yong, dalam family Kakak... sebab ana anak sulung plus perempuan tunggal katakan... tapi paling suka orang panggil ana HASNI, sebab nama ni je yang ada makna... setakat ni, cuma Miss Idha, Ustaz Mahmud, Abang Wan, Kak Ita dan Abang Nan je panggil ana dengan nama ni...

8.Tag lagi 6 orang dengan hati terbuka tanpa rasa kekesalan sila lakukan kalau tak nak kena denda mandatori.

* Aie AsQalan - Mr President!!!
* Sakeena - My lil' sis
* Kak Ngah - My lil' sis
* Zarina - hehehe
* Angah USIM - My lil' bro
* Luqman - Si Fahri

9.Siapa no.1-kepada anda?

Adik junior yang kisah dia sebelum masuk IIC lebih kurang sama macam ana... dan dia ambik course yang sama dengan ana kat IIC nih - Islamic Early Childhood Education...

10.Orang no.3 - Ada hubungan dengan sesiapa?

hehe... SECRET... nak tau, tanya dia sendiri...

11.Kata sesuatu berkenaan dengan orang no.5

Adik yang BAIK... hehehe

12.Bagaimana pula dengan orang no.4?

Syukran jazilan banyak tolong akak masa assignment business plan hari tu dan tempat untuk akak praktikal...

13.Siapakah orang no.2?

Anak usrah pertama... sekarang dah further study kat UCLAN, Preston, UK...sayang sangat-sangat kat dia...

14.Bagi pesanan anda pada orang no.6?
Luqman... belajar rajin-rajin yer... SPM tahun nih!

Alhamdulillah, selesai akhirnya... Kepada yang telah ana TAG, harap maaf ye...SENGAJA... =)

Monday, March 16, 2009

Langkah Iftitah...


Pena ini menari kembali setelah beberapa ketika ia menyepi. Entah mengapa, fuad ini terasa lesu hinggakan pena umpama kekeringan tinta. Duhai fuad, bangkitlah kembali... Tinggalkan segala cerita semalam... Mulakan langkah iftitah kepada sesuatu yang lebih akbar!

Detik iftitah itu kian menghampir... Detik yang sangat dinanti-nanti selama ini... Entah mengapa, biarpun fuad begitu teruja, namun debaran itu tetap ada. Wahai Tuhan yang mencipta seketul daging yang bernama hati ini... Wahai Tuhan yang memiliki hati ini... Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati ini... Hilangkanlah segala resah dan gelisah dalam hati ini... Titipkanlah ketenangan di dalam hati ini... Allahumma ya Allah... Bantulah hambaMu yang dhaif lagi hina ini ya Muhaimin... Permudahkanlah segala urusan hambaMu ini...

Diri hanya bisa merencana, namun DIA yang merealisasikannya. Tanpa izin dariNya, manakan bisa segala yang direncana menjadi nyata? Detik iftitah untuk melangkah ke dunia yang baru kian menghampir... Adakah diri mampu melaluinya dengan sebaik mungkin? Ya, debaran kian hebat melanda fuad... Moga diri terus kuat untuk melayari kolek kecil kehidupan ini yang bila-bila masa sahaja bisa terumbang ambing dilambung ombak ujian...

Ya Muhaimin...
Pandanglah diriku ini... Pandanglah diriku ini dengan pandang rahmatMu... Pandanglah diri ini dengan pandangan kasih sayangMu... Titipkanlah nur hidayahMu di dalam hati ini... Hidup suburkanlah hati ini dengan nikmat iman dan IslamMu... Jangan sekali-kali Kau biarkan aku jauh dariMu... Jangan sekali-kali Kau biarkan aku terkapai-kapai dalam perjalanan panjang mencari cintaMu...

Ya Rabbul Izzati...
Pinjamkanlah aku sedikit kekuatan untuk aku menghadapi duniaMu yang penuh ujian... Titipkanlah aku kesabaran dalam menghadapi apa jua keadaan... Hanya padaMu kuletakkan sepenuh pergantungan ya Allah...

Wednesday, March 4, 2009

Satu Iftitah...






Bismillahirrahmanirrahim...

Salam ukhwah buat semua yang setia menziarah blog ana. Untuk makluman, blog ini dalam proses 're-branding'. Jika sebelum ini blog ana dikenali sebagai CATATAN SEORANG DA'IE, kini ia telah bertukar wajah menjadi TITIPAN SI ANGGERIK - Searching for Halawatul Iman and Mardhatillah. Dan ana sendiri kini menggunakan nama AD - Anggerik Desa, satu nama yang telah lama tidak ana gunakan. Harapan ana, dengan lahirnya TITIPAN SI ANGGERIK akan menjadi langkah iftitah buat sesuatu yang lebih akbar dalam hidup ana.

"Bukan intan permata, dan bukan paras rupa yang menjadi asbab DIA memandang kita...
IMAN dan TAQWAlah yang menjadi ukuran penilaian-NYA...
Biarlah diri tidak dipandang insan, asalkan DIA tetap memandang dengan pandangan rahmat dan kasih sayang-NYA..."



Anggerik Desa: Syukran jazilan buat seorang hamba Allah yang tidak putus-putus menitipkan 'khazanah berharga' ini buat ana. Moga Allah membalas segala jasa yang ditabur... barakallah 'alaik...





Entry akan datang: [Bersabarlah dengan sebaik-baik kesabaran...]

Sunday, March 1, 2009

Lonjakan Bestari - Satu Perkongsian...




Alhamdulillah, semalam (28 Februari 2009) Kak Yong berpeluang membantu Ummi Ida menjayakan program ‘Lonjakan Bestari’ bertempat di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Batu 10 atau lebih dikenali sebagai SAMTEN. Program ini telah dianjurkan oleh Badan Kaunseling SAMTEN dan buat julung-julung kalinya KRJ Motivasi telah dijemput untuk menjayakan program motivasi selain KBM. Program ini telah disertai oleh sekitar 80 orang pelajar putera dan puteri tingkatan 3 dan tingkatan 5 SAMTEN.





Selain Kak Yong dan Ummi Ida, kami turut dibantu oleh dua orang anak usrah Kak Yong iaitu Ina dan Sofiyya. Program dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan sesi ta’aruf dan Ice Breaking yang dikendalikan oleh Ummi Ida. Seterusnya, slot pertama; 'Remaja Sayangi Diri' pula menyusul. Dalam slot ini, para peserta ditekankan dengan aspek mengenali diri, apa itu REMAJA, tanggungjawab mereka sebagai khalifah dan hamba Allah, dan para peserta turut didedahkan dengan penyakit sosial yang melanda golongan remaja hari ini. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat di awal kebangkitan Islam serta tokoh-tokoh ilmuan Islam terkenal seperti Ibn Sina, Khawarizmi dan sebagainya. Slot pertama tamat pada jam 11.20 pagi.




Setelah program berhenti rehat, program diteruskan dengan sedikit permainan kepekaan oleh Ummi Ida dan disambung dengan slot kedua iaitu ‘Menuju Kejayaan’. Dalam slot ini, para peserta didedahkan dengan punca-punca halangan minda, dan faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang iaitu IQ (intelek), EQ (emosi) dan SQ (spiritual). Dipertengahan slot, para peserta dihiburkan dengan permainan kepekaan yang dikendalikan oleh Kak Yong. Slot diteruskan dengan sesi para peserta menulis target mereka dalam peperiksaan PMR dan SPM. Program diakhiri dengan sesi bersalaman di antara wakil KRJ Motivasi dengan guru-guru dan para peserta.



Di sini, suka Kak Yong untuk berkongsi sedikit dari pengisian sepanjang program ‘Lonjakan Bestari’ bersama adik-adik kasih dan sayang alumni KBM juga buat pengunjung blog ini. Terdapat beberapa punca halangan minda iaitu;

1. Terlalu banyak kata-kata negatif dalam diri seperti ‘susahlah’, ‘mustahil’, ‘tak mungkin’ dan lain-lain lagi.
2. Lebih suka mengenang kegagalan yang lalu (tindakan ini boleh menyekat kejayaan)
3. Muda menerima pendapat orang lain tentang kebolehan diri sendiri
4. Terlalu sayangkan ‘bantal busuk’ (kebiasaan yang membuatkan kita selesa dan bermalas-malasan)
5. Perasaan TAKUT GAGAL lebih besar daripada KEINGINAN untuk
BERJAYA



Setelah selesai program, Kak Yong telah dikunjungi beberapa orang peserta lelaki antaranya Adik Amirul. Kak Yong sempat memberikan kata-kata semangat kepada adik-adik ini untuk mereka memacu semangat untuk melakukan perubahan dalam hidup mereka.

“Kuatkan azam, lakukan perubahan. Abaikan kata-kata negatif orang lain kepada diri kita kerana NILAINYA TERLALU KECIL! Pekakkan telinga dengan kata-kata yang boleh mematahkan semangat kita. Anggap setiap kata-kata negatif itu sebagai pembakar semangat kita. Andai kita pernah menemui kegagalan, jangan putus asa. Kegagalan bukan satu penamat, tapi kegagalan adalah iftitah kepada kejayaan yang lebih AKBAR!!! Allah takkan ubah nasib kita kalau kita tak ubahnya sendiri. Dan orang lain pun takkan boleh ubah diri kita, tapi KITAlah yang mesti mengubah diri kita. Biarkan kalau semua orang pandang rendah pada kita, kerana kita yang kenal diri kita, Allah yang lebih kenal dengan diri kita. Mintalah pada DIA sebab DIA senantiasa menanti-nanti doa dari hamba-hambaNYA. Ingat, belajar tetap nombor SATU, tapi tugas yang lain BUKAN NOMBOR DUA! Tugas lain ini adalah tugas sebagai anak, sahabat, pelajar, da’ie dan sebagainya. Semuanya kena berjalan seiringan. INGAT, Allah yang mencipta hati kita, Allah yang memiliki hati kita dan Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati kita, jadi jangan jemu-jemu untuk minta pada DIA! Insyaallah, Kak Yong yakin adik-adik semua boleh berjaya. Akak doakan kejayaan kalian dunia dan akhirat... ameen...”

Kak Yong: akhirnya KY meninggalkan ‘tapak kaki’ di lokasi telemovie See U Di IPT... =)

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers