Wednesday, July 25, 2012

P.E.N.A.T.

Bismillahirrahmanirrahim ~

Assalamualaikum w.b.t ~

-Sekadar gambar hiasan-


Syukur!
Masih mampu bernafas dalam ‘ruh’ Ramadhan
Dan diri terus ber’jihad’
Jihad untuk menjadikan Ramadhan kali ini jauh lebih baik

Namun entah mengapa
Tiba-tiba terasa P.E.N.A.T. yang teramat
Air jernih bergenang di kelopak mata
Dan laju membasahi pipi tatkala dahi mencecah sejadah
Ada rasa berat yang menghimpit jiwa
Tangan segera mencapai telefon
Nombor sahabat kudail pantas
Ada bunyi yang berlagu
Namun panggilan tidak berjawab
Kucuba lagi berulang kali
‘Please…jawablah…”
Air mata mengalir lagi
‘I need your shoulder…’

Allah…
Mushaf berwarna merah jambu kutarik keluar dari tas tangan
Satu persatu ayatNya meniti di bibir
Allah… berikanlah aku ketenangan…
Kelopak mata kupejam erat
Nafas kutarik sedalam-dalamnya sebelum dilepaskan keluar

Telefon kucapai kembali
Aplikasi Google Talk kuaktifkan
‘Dia’ sedang online
Salam kuberi dan dibalas beberapa saat kemudian


+ Tengah buat apa?
Hehe.. tengah buat kerja sekolah. Kakak kat mana?
+ Rumah
Sihat?
+ Entah
Kenapa ni kakak?
+ Penat
Pagi tadi sahur apa?
+ Sup Ayam, sayur campur, tempe
Tempe??? Alaaaa sedapnye!! Hurm… Akak penat lagi ye?
+ Penat perasaan, penat otak, penat badan
Banyak kerja ye? Dah hampir siap ke?
+ Yup banyak kerja. Tak siap pun lagi
Bismillah… Kejap lagi doa kat Allah ye. Bagitau Allah, dah penat buat kerja ni dan penat segalanya… Tapi bagilah sedikit kekuatan kudratMu untuk aku habiskan urusan ini… Dan dari Hanum, sikit je lagi tu. Untuk menghasilkan yang paling terbaik, perlukan pembayaran penat dan lelah. Moga Allah dan penduduk langit rahmati kakak… Kesian kakak… Kalau Hanum dekat, bolehlah urut-urut sikit… Buang ‘Raja Angin’ dalam badan tu =)
+ Ameenn..
Senyumlah sikit… Kan kakak lawa dengan senyuman kakak tu…



Tahukah dirimu, 
dengan kata-katamu itu
 mampu membuat aku tersenyum 
biar ada air jernih bergenang di kelopak mata.
Terima kasih ya Allah atas ‘penawar’ yang Kau titipkan 
lewat sahabatku ini…





“To Kakak…
Dah, usah menangis
Payung-payung kenangan kita kan ada
Untuk menemani rindu antara kita
Mungkin ada lubang sedikit
Terpaksa kau basah sekejap
Tetapi jangan risau
Ia takkan lama
Sebentar lagi ia akan tertutup
Dengan kebersamaan kita
Insyaallah…”

--------------------------------------------------------------------------
Allah, kuatkan aku dalam menuntun langkah menuju kepadaMu...
Ameenn..



[SHE] 
Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah
di hati lebih perit!!!
-Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS- 

Tuesday, May 22, 2012

Kita Yang Terlupa

Bismillahirrahmanirrahim ~

Assalamualaikum w.b.t. ~

Syukur bila mana kita dikurniakan sahabat-sahabat yang menghulur salam ukhwah atas dasar lillahi Ta'ala. Kasih sayangnya tidak bersyarat. Bantuannya tidak minta dibalas. Saat kita tergelincir, pantas tangannya menarik kita semula. Silap kita tidak dikeji, tapi dinasihati dengan cinta. Sakit kita, gelisah kita, sedih kita, semuanya dikongsi bersama biarpun khalayak melihat betapa kuatnya kita.

Tapi adakalanya bila kita dikurniakan sahabat seperti ini, rasa risau sering bertamu. Pelbagai persoalan mengasak minda. Adakah keadaan akan tetap sama sampai bila-bila? Adakah mereka akan sentiasa ada bila mana aku memerlukan mereka? 

Mengapa ini yang terjadi?

Jawapannya cukup mudah. 

Kerana kita takut kita ditinggalkan. Kita takut berseorangan. Kita takut kita tiada tempat mengadu. Kita takut hilang kasih sayang.

Tahukah bahawa kita sebenarnya terlupa? Kita terlupa bahawa kita tidak pernah sendiri. Kita terlupa bahawa mereka adalah makhluk yang diciptakan. Kita terlupa bahawa kita ada DIA. DIA yang tidak pernah meninggalkan kita. DIA yang tidak pernah putus mengasihi kita. DIA yang tidak jemu-jemu menunggu kita mengadu padaNya. Dan kita juga terlupa bila mana DIA mengambil sesuatu dari kita, DIA akan menggantikannya dengan yang lebih baik lagi.

Semuanya kerana kita terlupa.

Kerana kita terlupa, kita sering gundah gulana. Kerana terlupa, kita sering berendam air mata. Kerana terlupa, kita sering mencari cinta dusta.

Sedarlah bahawa DIA yang menciptakan kita. Mana mungkin DIA akan meninggalkan kita sendiri. Mana mungkin DIA berhenti mencintai kita sedangkan si pendosa mendapat ampunanNya.

Astaghfirullahal'azim... Ampunkan diriku yang terlupa ya Allah...

  
-------------------------------------------------------------------------
Kusedari kadang kulupa mungkin ini nafasku yang terakhir,
Ampuni kurangnya syukurku,
Maafkan kuragu kasihMu,
Nanti suatu hari saat duniaku usai berakhir,
Di akhir hayat kumohon KAU redha padaku...

[Tuntunku Kepada-Mu by Maher Zain]



[SHE]
Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah
di hati lebih perit!!!
-Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS-

Wednesday, May 16, 2012

S.A.Y.U.

Bismillahirrahmanirrahim ~

Assalamualaikum w.b.t. ~


Kekadang kita terasa sayu,
disebabkan banyak faktor.
Ujian, kepayahan atau cabaran boleh membuat kita berasa sayu. 
Ada ketika kita rasa sayu tanpa sebab-sebab yang jelas.
Kesayuan itu akan menyebabkan kita terasa untuk mengadu
kepada Allah S.W.T.
Bila kita mengadu pada Allah S.W.T,
maka kita akan pandai untuk memohon kepadaNya pelbagai perkara. 
Kita akan pandai merayu kepadaNya.

Menurut ilmu yang diajar oleh Ibnu Athaillah,
selepas beliau menguasai ilmu Islam dan pengalaman sebagai hambaNya,
beliau ada mengunggkapkan:

مَتَى أَطْلَقَ لِسَانَكَ بِالطَّلَبِ، فَاعْلَمْ أَنَّهُ يُرِيْدُ أَنْ يُعْطِيَكَ

"Ketika Allah Meringankan lidahmu utuk memohon dan meminta kepadaNya,
maka ketahuilah bahawa Dia ingin mengurniakan kepadamu"

Berhati-hatilah kalau ada ketika dalam hidup ini,
kita tidak pandai meminta dan merayu kepada Allah S.W.T...

Dalam perjuangan dan perjalanan hidup ini; 
ketika berdakwah,
ketika melaksanakan tarbiah,
ketika beraktivisma bermesyuarat dan bersyura,
ketika berkerjaya,
belajar,
berniaga...
jangan sampai kita kering dan putus idea untuk memohon kepadaNya.

Kalau hati kita keras
dan tidak boleh mencipta permohonan kepada Allah S.W.T,
atau tidak khusyu' ketika memohon dariNya;
itu tanda Allah S.W.T tidak mahu "mengurniakan" kepada kita....

[Prof. Madya Ust. Hasanuddin Mohd Yunus] 

---------------------------------------------------------------------------
Astaghfirullahal'azim...
Moga lidah ini akan sentiasa 'basah' meminta
dan merayu padaNya...
Ameenn...  
 

[SHE]
Orang kata nak buang tatu di kulit itu perit,
tapi hakikatnya nak buang tatu jahiliyyah
di hati lebih perit!!!
-Mujahadah itu PAHIT kerana syurga itu MANIS-

Monday, May 7, 2012

Angka 2 Dan 7

Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamualaikum buat yang membaca... 
Lama tak 'kemas' ruangan ni. 
Lama. 
Minda seolah-olah terhenti seketika. 
Apa yang ada, gagal diterjemahkan dalam bentuk tulisan. 
Masalah kronik barangkali. 

Alhamdulillah, semalam tanggal 6 Mei 2012. 
Dan ia juga menandakan umurku sudah bertambah setahun lagi menjadi 27 tahun. 
Alhamdulillah, syukur atas nikmat usia yang dikurniakan. 
Dan kali ini tanggal 6 Mei itu sekali lagi kusambut tanpa keluarga (ada program di Putrajaya). 
Subuh yang hening itu, entah kenapa sayu yang amat terasa di hati hinggakan tangan yang kutadah tatkala berdoa, basah dengan air mata. 
Sukar ditafsir apa yang ada di hati. 

DUA PULUH TUJUH! 
Pelbagai cerita, kisah, peristiwa, tragedi (agaks tragis perkataan ini) yang telah dilalui sepanjang 27 tahun itu. 
Ada ketawa, ada senyuman, ada air mata, ada ke'blur'an, ada kesakitan... 
Pelbagai! 
Macam rojak! 
Rasa PENAT itu mahu kuusir jauh-jauh! 
Kerana apa? 
Kerana KEHIDUPAN adalah ujian. 
Dan ujian itu pastinya memenatkan. 
Hanya perlu sentiasa ingatkan diri bahawa kerehatan yang abadi telah dijanjikan oleh DIA di negeri yang abadi. 

DUA PULUH TUJUH! 
Sebenarnya rasa tidak percaya bahawa itu umurku saat ini. 
Terasa kadang-kadang sifat keanak-anakkan itu tersangatlah tinggi...hoho... 
Namun, sampai bila nak jadi 'kanak-kanak' kan? 
But it's okay kalau sesekali nak jadi 'kanak-kanak' sebab itu salah satu cara untuk mengubat gundah dan resah di hati. 

DUA PULUH TUJUH! 
Perkara yang paling utama kulakukan adalah, mengucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Emak yang telah bersusah payah dan bersabung nyawa untuk melahirkanku pada 6 Mei 1985. 
Emak, 
TERIMA KASIH! 
Dan mohon maaf andai selama 27 tahun usia kakak ini, banyak tingkah dan lisan kakak yang mengguris hatimu. 
Maaf kalau kedegilan kakak meresahkanmu. 
Sometimes, I need to fight for my life hoho... 

DUA PULUH TUJUH! 
Terima kasih kuucapkan kepada semua yang mengucapkan ucapan selamat sempena ulangtahun kelahiranku. 
Dan buat mereka yang di kejauhan, maaf andai air mataku menitis tatkala mendapat ucapan darimu... Ianya begitu mengusik hatiku. 
Betapa kalian sentiasa menguatkan diriku!
Betapa kalian begitu menghargaiku! 
Kalian adalah hadiah terindah dari Allah buatku! 
Adik-adik sahabat [K.A.M.I], moga Allah terus kukuhkan kasih sayang kita hingga ke syurga. 
Moga Allah tambah-tambahkan cinta di hati kita. 

Terima kasih Ecah atas ingatan dan kasih sayang ini!
Senyumku bersama air mata tatkala membaca e-kad lewat whatsapp ini. 

DUA PULUH TUJUH! 
Sahabat, saya sayang kalian kerana Allah! 
Terima kasih yang tak terhingga kerana membuatkan hidupku begitu bermakna! 
Terima kasih atas sokongan, doa, semangat dan segala-galanya! 
Moga Allah yang membalas kebaikan-kebaikan kalian. 
Andai tiada ruang untuk kita bertemu di dunia, moga DIA pertemukan kita di syurga. 
Ameenn... 
Kalian adalah adik, sahabat, kekasih yang sangat kucinta~ 


*just a short entry* 

-SHE- 
Muar, Johor

Monday, April 2, 2012

..KOSONG..

*Tenggelam dalam ramai*

Bismilahirrahmanirrahim...


Lama rasanya tidak meninggalkan sesuatu di laman ini. KOSONG! Hurm... Adakah ia satu keluhan? *tak baik tau mengeluh!* Namun ia tiada kaitan dengan lagu Kosong oleh Najwa Latif si-cinta-mukabuku tu.

Sesi menghitung hari bermula lagi. Dan bila tiba ke saat itu, digit terakhir bakal bertambah lagi. Pantasnya masa berlalu. Namun bagaimana dengan masa yang telah berlalu dan ditinggalkan? Adakah kuisi dengan sebaiknya? Astaghfirullahal'azim...

Terasa KOSONG di benak fikiran. Kadangkala rasa tenggelam dalam ramai. Allah! Berikan aku kekuatan! Allah! Bantu aku melakar hidupku agar ia selari dengan kehendakMu!

Dimana kekuatan? Cari!
Dimana kesabaran? Bina!
Dimana senyuman? Jemput!

Hidup ini tidak cukup dengan mengatakan saya Khalifah. Kerana ia tidak lengkap sebagai Khalifah sahaja, tetapi ia perlu disertai dengan khalifah.

Rindu! Rindu teramat padaNya. Rindu ingin menitiskan air mata mengadu padaNya!

*petikan dari buku Batu Bata Kehidupan oleh Hilal Asyraf*
Kenapa manusia jarang menggantungkan harapannya kepada Allah? Kerana dia rasa Allah itu jauh! Dia tidak 'nampak' Allah. Itu yang membuatkan dia kurang yakin. Seakan-akan Allah itu sangat jauh dan mungkin lambat sampai untuk membantunya.
Allah! Rasa macam kena tampar! Astaghfirullah... Husnuzhan... DIA lebih tau apa yang terbaik buat kita. Apa jua ujian, itu adalah tarbiyyah, mendidik diri untuk terus tabah dan kuat!


SHE : Baiknya DIA kerana mengizinkan hambaNya yang sering khilaf ini terus bernafas di atas bumi. Baiknya DIA kerana nikmat hidup di hari yang baru sebagai peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan bertaubat atas dosa dan kesilapan lalu...



Cari semangat yang hilang with Ecah.

Tika PENAT dan LELAH itu bertandang,
SYUKUR!!!
Allah pinjamkan 'dia' untuk buat aku tertawa...
Untuk buat aku mengalirkan air mata tanpa punca...
Untuk buat aku berkongsi cerita...
Walau jarak antara kami tak terjangkau dek mata...
Dia, yang kucinta kerana DIA - Aisahtull Jamiza Abd Jamil

Thursday, January 19, 2012

[TINTA] Warkah Terbuka Buat Adikku




Warkah Terbuka Buat Adikku...


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... Moga Allah melindungi dirimu sentiasa Adikku walau di mana jua Adik berada... Moga Allah terus tautkan hati-hati kita... Moga Allah terus kukuhkan ukhwah antara kita sehingga ke syurga...

Adik,

Ingat lagi tak, waktu Kakak teramat sangat merindukan kalian sehingga tak terbendung air mata, Adik ada pesan, "Kak, jangan bazirkan air mata Kakak yang mahal tu untuk kami yang tak ada apa-apa ni kak. Biarlah air mata tu kerana Allah Taala." Waktu tu, Kakak cuba untuk kuatkan hati, hapuskan air mata yang tersisa, dan cuba mengukir senyum. Tatkala mata dipejam, Kakak berharap sangat kalian muncul dalam mimpi.

Adik,

Dulu waktu Allah menguji Kakak, alhamdulillah Kakak dapat laluinya sebab kalian seringkali ada di sisi walaupun tidak selalu kita dapat bersua, memberi semangat, mengusap air mata yang gugur, memeluk bahu, mendoakan, memujuk... Tapi kini, kalian jauh. Sangat jauh dari pandangan mata. Kakak terasa kehilangan yang teramat. Tapi seorang Adik berkata, "Kakak, mungkin Allah ambil mereka tapi Allah gantikan dengan kami." Allah! Luruh hati ini dik!

Adik,

Ingat tak hari tu Kakak ada hantar pesanan pada whatsapp, "I'm trying to be strong without all of you beside me coz I'm still remember your words, don't let my tears falling down because of human..." Dan Adik membalas dengan kata-kata ini, "Me to sis! I try to be strong without a strongest person beside me...but I still try to be strong with you in my heart...always...insyaallah..." Lepas tu, Allah izinkan kita berbicara di ruangan chat FB.

Kakak : Doakan kakak ye...

Adik : Kakak ada apa-apa ke nak share?

Kakak : Tak tau macamana nak share. Mungkin belum masanya. Cuma Kakak minta adik-adik tolong doakan kakak ye.

Adik : Okey, takpe. Take your time.

Kakak : Tolong doakan Allah beri Kakak kekuatan jiwa untuk hadapi ujian demi ujian...

Adik : Yup, insyaallah Kakak. Selalu doakan Kakak.

Kakak : Terima kasih. Hadiah yang sangat indah! Kakak sayang adik.

Adik : Sayang Kakak juga! Kakak, jangan biar tears mengalir tau! Jangan! Jangan! Biar perkataan sayang tu keluar dengan senyuman tau!

Kakak : Insyaallah. I'm strong enough kan?

Adik : Sangat!

Nak tau tak dik kenapa Kakak minta Adik doakan agar Allah beri kakak kekuatan jiwa bukan doakan agar Allah permudahkan ujian yang Kakak hadapi? Hari tu Kakak ada baca satu 'Little Book' tentang ujian Allah. Biasanya kita manusia ni selalu minta agar dipermudahkan jalan bila diuji tapi jarang sangat kita minta agar diperkuatkan jiwa dan ditabahkan hati demi menghadapi dugaan dan cabaran, sedangkan setiap masalah dan ujian itu sudah diukur Allah bersesuaian dengan kemampuan kita. John F. Kennedy pun ada kata "Do not pray for easy lives but pray to be stronger". Dan kekuatan jiwalah yang Kakak perlukan sekarang ini sebab Allah dah ukur tahap kemampuan Kakak.

Adik,

Kakak ada baca satu buku baru-baru ni. Tiba-tiba mata Kakak terhenti pada sepotong terjemahan ayat 12 surah al-Hujurat, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (dan), kerana sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain..." Allah telah mengumpulkan tiga perbuatan buruk dalam ayat yang sama. Allah melarang prasangka kerana sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan tiba-tiba kakak teringat satu kata-kata dari buku yang pernah kakak baca sebelum ini, "Bersangka baiklah terhadap Allah kerana Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya."

Bila manusia diuji, kita selalu tertanya-tanya kenapa Allah menguji kita seberat itu? Kenapa kita yang diuji? Dan kadang-kadang kita mengadu kepada manusia lain tentang ketidak adilan Allah! Adik, wajarkah untuk kita mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan atas diri kita, walaupun hal itu menyakitkan kita? Apakah kita akan terus menyalahkanNya atas kesusahan dan penderitaan kita? Ya Allah, betapa daifnya diri Kakak kalau Kakak bersangka buruk kepada Allah padahal Dialah Ar-Rahman dan Ar-Rahim! Semuanya bermula dengan prasangka dik! Bila kita berani berprasangka terhadap Allah, lalu setelah itu kita akan mencari-cari kesalahanNya pula dan akhirnya kita mem'fitnah' Allah! Na'udzubillah dik! Ujian itu adalah 'pemberian' Allah. Jika kita memperlekehkan 'pemberian' itu, umpama kita memperlekehkan si Pemberi (Allah).

Adik,

Akhirnya Kakak sedar, di sebalik pelbagai perkara yang tidak menyenangkan yang Kakak terpaksa lalui itu, ada reka cipta indah yang tidak mampu dilihat dengan mata dan pengetahuan Kakak yang serba terbatas. Manusia hanya melihat sebahagian dari perbuatanNya dari sudut yang tidak menyenangkan sedangkan jika manusia itu bersabar dan berusaha melihatnya dari sudut yang tepat, tentu manusia akan memiliki sifat yang berbeza. Pandangan mata hanya mampu melihat 'sisi buruk' dari reka cipta yang ada pada kehidupan ini sementara mata hati yang bersih mampu melihat 'sisi baik' reka cipta pada kehidupan ini. Dan ketika manusia mampu melihat 'sisi baik' itu, mereka tidak akan mengeluh lagi bahkan akan merasa kagum pada reka cipta yang indah itu!

Adik,

Dari sudut lain, ya Allah uji Kakak dengan pelbagai ujian yang tak putus-putus. Tapi dari sudut yang lain, Allah telah hadiahkan Kakak KALIAN sebagai SAHABAT dan penguat semangat di sepanjang jalan ujian ini. Doa! Ye, doa yang Kakak harapkan dari Adik kerana hadiah yang terbaik buat sahabat ialah DOA! Sahabat itu tak perlu ada di depan mata, asal ia kekal di dalam jiwa dan iringan DOA yang tak pernah putus. Alhamdulillah ALLAH telah susun kita untuk saling mengingatkan, saling mendoakan, saling menguatkan biar sejauh mana pun jarak memisahkan...

Adik,

Kakak akan ingat ayat ini, La Tai-asuu! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir! (Yusuf : 87) Ayat ini benar-benar mengetuk minda dan hati ini!

Adik, sekian dulu warkah dari Kakak buatmu Adik. Insyaallah Kakak akan berusaha untuk jadi MATAHARI! Sesusah mana pun ujian yang Allah beri, 'matahari' akan terus bersinar tanpa henti... sehingga Allah mentakdirkan ia 'mati'. Stay strong! Never give up!Moga Allah merahmatimu ya Naura'

Waasalam...

KAKAK
-Bumi Allah-

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers