Monday, May 31, 2010

Wahai DUNIA, butakah kalian???




IHH: 16 org dilaporkan tlh terbunuh, &mnrt reporter aljazeera,penyerangan israel msh trs blangsung&jmlh korban dpt trs meningkat.

tadi pagi bendera putih sudah dikibarkan di Mavi Marmara, Israel tetap menembaki hingga ada korban tewas dan luka-luka

IHH meyakini bahwa saat ini penyerangan masih terus berlanjut, dan jumlah korban bertambah.

At least 20 killed in Israeli attack on Gaza aid convoy

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

JERUSALEM – The Israeli military says more than 10 pro-Palestinian activists have been killed after attacking naval commandos who were halting an aid flotilla heading toward the blockaded Gaza Strip.

The army says the soldiers were attacked with knives and clubs as they boarded the six vessels Monday.

It says the violence turned deadly after one of the activists grabbed a weapon from one of the commandos. The weapon discharged, though it wasn't clear whether the activist fired it or if it went off accidentally.


The army says dozens of people were wounded, both soldiers and activists.

Israeli Arab groups say a prominent activist is among the wounded.

Israeli police say they have heightened security around the country.

Dari Hilal Asyraf


Berdiam diri, atau melakukan sesuatu.

Inilah dia garisan antara kita. Yang membezakan orang-orang yang benar keimanannya atau yang palsu semata.

“Habis, apa yang boleh saya lakukan?” Mungkin itu yang anda tanyakan.

Macam-macam. Khas untuk konvoi, kita boleh solat hajat dan berdoa. Untuk perjuangan ini, kita boleh mula dengan ubah diri kita dan ajak manusia lain kembali kepada Allah.

Masalah Palestina bukan masalah kenegaraan. Masalah Palestina adalah masalah ummah. Perhatikan sejarah. Palestina hanya mampu aman apabila ummah berada dalam kondisinya yang terbaik. Zaman Saidina Umar dan zaman Salahuddin Al-Ayubi, kamu kajilah ummahnya bagaimana. Palestina hanya menderita, pada zaman ummah rosak dan berpecah belah. Selaklah sejarah, hari-hari Palestina ditawan semula dari tangan orang Islam dan bagaimana kondisi ummah ketika itu.

Ada yang berjuang mempertahankan Palestina dengan senjata. Mereka yang berada di dalam Palestina sendiri tidak henti-henti merawat jiwa-jiwa di sana. Ada pula yang berjuang seperti yang berada di atas Marmara Mavi, yang menyertai konvoi-konvoi keselamatan. Dan ada pula yang berjuang dari luar Palestina dengan merawat jiwa-jiwa ummah yang tercedera dengan jahiliyyah.

Tetapi berdiam diri, tidak termasuk salah satu daripadanya.

Sungguh, ini garisan antara kita.

Yang membezakan orang-orang yang duduk ketakutan, dengan orang-orang yang berdiri dengan yakin penuh keberanian.

“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nisa’ ayat 95-96.













Apakah yang anda rasakan bila membaca kesemua berita ini? Apakah yang anda rasakan tatkala melihat di kaca televisyen aksi komando Israel menyerang para sukarelawan di atas kapal? Sedih? Gembira? Atau anda buat tak tahu?

Apakah yang anda lakukan setelah membaca kesemua berita ini? Apakah yang anda lakukan setelah melihat tindakan dan kekejaman Zionis ini? Berdoa? Menyebarkan maklumat? Mendesak pihak-pihak tertentu untuk membuat kenyataan? Atau anda buat tak tahu dan tak endah? Atau anda masih lagi sibuk memikirkan hal remeh putus cinta atau hati kecewa???

Isu Palestin bukan isu kenegaraan tetapi isu umat Islam. Ya, kita mungkin tidak punya jiwa kental seperti saudara-saudara kita di Palestin yang terus berjuang menentang keganasan Zionis... Kita mungkin tidak secekal anak-anak kecil Palestin yang tidak pernah kenal erti penat melempar batu kepada tentera Zionis... Kita mungkin tidak punya jiwa besar untuk menjadi sukarelawan menghantar bantuan dengan Marmara Mavi walaupun tahu syahid mungkin menyambut mereka... Tetapi, bukankah kita ada senjata terhebat? DOA... Takkan DOA pun tidak mampu kita hulurkan buat mereka??? Takkan kita masih lagi mahu berdiam diri??? Takkan kita masih lagi mahu buat tak endah???

Wahai DUNIA... Butakah kalian??? Lihatlah apa yang Zionis laknatullah itu lakukan kepada sahabat-sahabat kami yang berada di atas Marmara Mavi... Mereka bukan tentera! Mereka tidak membawa senjata! Mereka hanya pejuang kemanusiaan yang masih punya hati dan budi untuk membantu saudara-saudara kami di Palestin! Mereka hanya membawa bantuan makanan, ubat-ubatan, bahan-bahan untuk membina bangunan... Mereka bukan pengganas seperti Zionis itu!!!

Wahai DUNIA ISLAM... apakah yang kalian lakukan untuk membantu Palestin??? Mengapa kalian berdiam diri??? Mengapa kalian membiarkan saudara-saudara seakidah kita terus-terusan dizalimi dan disakiti??? Tidakkah kalian merasa apa-apa? Atau mata kalian benar-benar buta??? Atau hati kalian sudah mati??? Mengapa ada di antara kalian yang sanggup menutup laluan untuk masuk ke Gaza? Mengapa??? Mengapa??? Tidakkah kalian malu kepada TURKI??? Negara yang kita katakan sebagai negara sekular dan sebagainya tetapi dialah yang membuka laluan untuk ke Gaza, dialah yang lantang bersuara... Dialah yang mula-mula turun berdemo di hadapan kedutaan Israel sehinggakan sekolah-sekolah agama dan Universiti-universiti Islam menutup premis mereka dan mengarahkan penuntut-penuntut turun berdemo dan MEMBATALKAN PEPERIKSAAN YANG SEDANG BERLANGSUNG! Di mana MESIR sebagai negara jiran? Di mana dia JORDAN? Dan di mana KITA???

Ayuh semua saudara seakidahku...
DOA adalah senjata kita sekarang ini. Ayuh kita menembak doa agar Allah membantu saudara-saudara kita, moga Allah menghantar 'tentera'-Nya, moga Allah menghancurkan Zionis laknatullah itu... Tapi andai berdoa pun kalian tidak mampu, malulah kalian...


Download:
FLVMP43GP


Untukmu jiwa-jiwa kami...
Untukmu darah kami...
Untukmu jiwa dan darah kami,
Wahai Al-Aqsa tercinta...

Kami akan berjuang,
Demi kebangkitan Islam,
Kami rela berkorban,
Demi Islam yang mulia...

Untukmu Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu Al-Aqsa yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestina-Mu
Ya Allah masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhada-Mu


"Al-Fatihah buat para syuhada yang gugur... Sesungguhnya diri ini begitu mencemburui kalian... Moga tenang dan damai kalian di sana... Jom turun beramai-ramai Jumaat ini untuk demo di hadapan kedutaan Amerika Syarikat... Let's show our solidarity!!!"

________________________________________________________
Sumber berita-berita terkini, sila lawati:


http://www.malaysiakini.com/news/133181

http://twitter.com/freegazaorg

http://twitter.com/sahabatalaqsha

http://english.aljazeera.net/news/middleeast/

http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053133047995359.html

http://www.livestream.com/insaniyardim

http://www.facebook.com/pages/LIFELINE-4-GAZA-Break-The-Siege/358514058399

http://www.presstv.ir/llnw/


http://palestinkini.info/
http://haluanpalestin.haluan.org.my
http://www.malaysiakini.com/news/133236

Thursday, May 27, 2010

[K.A.M.I] - Bab 3 Wahai Jiwa Yang Tenang!


“Abang, sekarang ni dah masuk tiga bulan saya kenal abang. Tapi saya tak tau pun abang kerja kat mana. Erm... dulu abang belajar kat mana ye?” Soal Din sambil tangannya menyapu-nyapu hujung seluar jeans yang dipakainya.

“Abang dulu belajar kat UTM Skudai. Abang ambik kejuruteraan mekanikal aeroangkasa.” Meeftah tersenyum nipis.

“Oooo...” Din memuncungkan mulutnya. Meeftah menggosok kepala Din mesra. Mereka tertawa kecil.

“Kenapa buat gaya macam tu?” Meeftah angkat kening sebelah. Dipandangnya raut wajah Din yang sedang membetulkan rambutnya.

“Hehe... habit kot! Wah, hebatlah abang. Mesti abang belajar buat kapal angkasa dengan roket kan? Eh, dah tu abang kerja kat mana?” Din memeluk tubuh sambil memandang Meeftah yang duduk di sebelahnya.

“Kat hospital.” Jawab Meeftah pendek.

“Hah? Hospital?” Soal Din dengan mulut ternganga.

“Ya. Abang kerja kat hospital. Kenapa? Pelik ke?” Meeftah angkat kening dua kali.

“Abang ambik aeroangkasa kan?” Soal Din dengan wajah berkerut.

“Eh, apa buat gaya macam tu. Hodohlah! Eh, nak tau tak kat hospital pun ada roket tau.” Meeftah tersengih melihat reaksi muka Din.

“Biar betul abang ni?” Din menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia membetulkan duduknya.

“Tak adalah. Abang main-main je. Walaupun abang ni ambik aeroangkasa, tapi asas kursus abang ni mekanikal. Dan salah satu subjek dalam kejuruteraan mekanikal yang abang belajar ialah termodinamik. Jadi syarikat tempat abang bekerja sekarang ni menyediakan khidmat servis dan maintainance untuk loji dandang di hospital tu. Loji dandang ni yang akan salurkan air panas ke seluruh hospital.”

“Jadi, kalau belajar aeroangkasa tak semestinya kerja di bahagian roket dan kapal terbanglah? Soal Din.

“Yup sebab aeroangkasa atau automotif ni cuma pengkhususan je. Asasnya sama cuma automotif aplikasinya pada kereta tapi aeroangkasa aplikasinya pada kapal terbang. Sebab tu ada graduan dari aeroangkasa bekerja di Motorola.”

“Manalah tau kot Motorola nak buat telefon yang boleh terbang. Tekan suis je keluarlah sayap. Takpun telefon bentuk roket. Takpun telefon yang bleh terapung macam dalam kapal angkasa yang tak ada graviti tu.” Din tertawa riang. Kedua-dua tangannya diangkat gaya kapal terbang sedang melayang. Meeftah menumbuk lembut bahu Din yang duduk di sebelah kanannya.

“Apa kes makan kerepek petang-petang ni?” Dia tertawa kecil.

“Ala, tak best la macam tu. Belajar penat-penat pasal roket, kapal terbang tapi kerja kat hospital.” Din mencebik bibir.

“Kalau nak kerja betul-betul dalam bidang aeroangkasa kat Malaysia ni agak susah sikit sebab peluangnya sangat terhad. Dan Din kena tau juga. Bidang mekanikal ni luas sebenarnya.” Meeftah menghadiahkan sebuah senyuman buat Din.

“Oh, ya! Asyik cakap pasal abang je. Din nak sambung bidang apa lepas ni? Keputusan UPU dah keluar kan?” Meeftah menoleh Din di sisinya. Riak wajah Din berubah menjadi keruh tiba-tiba. Kepalanya ditundukkan, rendah.

“Kenapa ni? Ada masalah ke? Ceritalah pada abang. Insyaallah abang cuba bantu.” Meeftah memaut lembut bahu Din. Dia dapat mendengar esakan kecil.

“Aa... Ayah... Sampai hari ni tak bercakap dengan Din. Pandang muka Din pun dia tak nak.” Ada sendu dalam suara itu.

“Tapi kenapa?” Soal Meeftah kehairanan.

“Din gagal dalam permohonan IPTA. Abang pun tau, keputusan Din bukannya baik sangat. Tapi ayah beria-ia suruh Din buat rayuan untuk masuk matrikulasi UIA. Din tau ayah nak sangat tengok anak dia masuk universiti. Din bukan nak bantah cakap ayah tapi Din tahu kemampuan Din. Din takkan berjaya kalau buat rayuan pun sebab bahasa Inggeris Din tak kredit. Din dapat tawaran dari KUIM. Din bercadang nak terima tawaran tu. Tapi belum sempat Din nak buka mulut bagitau, terangkan pada ayah, dia dah angkat kaki. Sekarang ni pun Din macam patung cendana je kat rumah tu. Ayah langsung tak tegur Din.” Din menyapu air mata di pipinya. Adakah aku lemah andai aku menangis? Berdoakah seorang lelaki seperti aku menangis?

“Nasib baik mak tak macam tu. Cuma mak pun tak boleh nak cakap apa. Ayah tu kalau dia kata hitam, hitamlah. Tak ada siapa boleh bantah. Abang, kenapa ye orang dewasa selalu fikir diorang je yang betul? Cakap diorang je betul? Kenapa tak pernah nak dengar apa yang anak-anak ni rasa? Kenapa tak pernah nak cuba faham jiwa anak-anak ni?” Dadanya seakan sesak dirasakan. Air matanya gugur lagi.

Meeftah sekadar membisu. Dia cuba menjadi pendengar yang baik dan pada masa yang sama otaknya ligat memikirkan jalan penyelesaian terbaik.

“Din tau, Din nakal sebelum ni. Din banyak buat ayah marah. Din akui kadang-kadang Din sengaja bangkitkan kemarahan ayah. Din sengaja bercampur dengan budak-budak nakal sebab Din geram sangat pada ayah. Ayah tak pernah nak cuba faham hati anak-anak. Cukuplah kakak terpaksa korbankan minat dia nak jadi pelukis gara-gara ayah tak suka. Ayah kata lukisan-lukisan tu tak boleh bagi kakak makan. Kakak dah turut kemahuan ayah, korbankan minat dia dengan masuk kolej kejururawatan seperti yang ayah mahukan.” Din menyapu mukanya dengan belakang telapak tangan.


“Din, inilah ujian namanya. Ujian itu apa bagi insan yang bergelar mukmin? Ujian itu tanda sayang Allah pada kita. Cuba fikir, Allah yang ciptakan Din. Jahil ke Allah dengan keupayaan Din? Pastinya tidak kan? Allah titipkan ujian ni sebab Allah tak nak tengok Din kekal kat tampuk lama tanpa sebarang kelebihan dalam beramal sehingga Din ketinggalan dek dunia. Pasti ada sesuatu yang Allah dah rancangkan buat Din. Sesungguhnya, kita ini manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta-Nya.” Meeftah menggosok lembut kepala Din.

“Penat Din, runsing Din... Semuanya dalam pengetahuan Allah. Begitu juga dengan sabar Din yang Allah sedang nilai. Dalam situasi Din sekarang ni, bagi abang Din ikut saja kemahuan ayah. Maksud abang, kalau dia suruh Din buat rayuan tu, Din buatlah walaupun pun Din dah dapat agak keputusannya. Dan dalam waktu yang sama adukanlah pada Allah. Dia itu Maha Mendengar. Istikharahlah Din. Kalau Din dah istikharah, teruskanlah dengan apa yang Allah hadiahkan buat Din. Belajar didik hati untuk jadikan keputusan Allah sebagai satu-satunya pembimbing.” Meeftah menggenggam erat tangan Din.

“Apa-apa pun, fikirlah masak-masak. Tenang hati, tenang jiwa. Insyaallah Din suka jawapan yang Allah bagi. Fa’asa an takrahu syai-an fahuwa khoirun lakum. Wa’sa an tuhibbu syai-an fahuwa syarrul lakum. Kadang-kadang apa yang kita tak suka itu baik untuk kita dan apa yang kita suka tu belum tentu lagi baik untuk kita.”

Izhas ta’inta fastai’nbillah... Jika kamu mahukan pertolongan, mintalah Allah menolongmu. Jangan lupa itu.” Meeftah menggosok lembut kepala Din.

“Kenapa abang suka gosok kepala saya?” Soal Din sambil tangannya menyeka air mata di pipi.

“Sebab Din nampak comel bila abang buat macam tu. Haha..!” Meeftah tertawa besar.

“Dah, kesat air mata tu. Tak macho la orang lelaki menangis.” Din tertawa mendengar kata-kata Meeftah. Sisa-sisa air mata dikesat. Wajah Meeftah dipandangnya lama. Tangannya menopang dagu.

“Kenapa pandang abang macam tu?” Soal Meeftah kehairanan. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

“Tengah fikir, abang ni jurutera ke ustaz?” Din tersengih sambil tangan kanannya diletakkan di dagu lagak orang sedang berfikir.

An ustaz in an engineer... Two in one…” Balas Meeftah selamba.

“Macam syampu dua dalam satu je…” Din mencebik. Meeftah tertawa melihat kelakuan Din. Dia lantas berdiri. Jam di pergelangan tangannya dikerling lantas dia memandang Din yang masih setia duduk di bangku kayu itu.

“Dah lewat ni. Jom abang hantar Din balik rumah. Kalau ayah ada kat rumah, bolehlah abang jumpa ayah.”

“Hah? Abang nak jumpa ayah? Nak buat apa?” Din kaget. Dia turut bagun berdiri di sisi Meeftah. Wajah Meeftah dipandangnya lama.

“Janganlah panik. Abang nak kenal dengan ayah je. Nanti bolehlah abang cuba terangkan keadaan Din pada ayah. Insyaallah, kalau niat kita baik Allah akan permudahkan. Jangan risau ye.” Meeftah tersenyum dan menepuk bahu Din.

“Tapi, ayah tu...” Kata-kata Din terhenti di situ.

“Abang yakin ayah Din tak pernah makan orang kan? Ayah Din makan nasi je, betul tak?” Meeftah angkat kening dua kali sambil memandang Din. Din tertawa melihat tingkah Meeftah yang dirasanya agak lucu.

“Dah, jom balik!” Meeftah menggamit Din untuk turut sama mengikutinya ke kereta. Mereka melangkah beriringan menuju ke tempat letak kereta di hujung taman. Petang itu agak ramai orang berkunjung ke taman ini. Kebanyakkannya datang bersama-sama keluarga. Meeftah sempat melihat gelagat anak-anak kecil berkejaran bersama ibu dan bapa mereka. Dia tersenyum melihat pemandangan itu.

“Kenapa bang? Teringin nak ada famili macam tu ke? Haha.. Apa tunggu lagi? Kahwinlah bang. Abang pun ada rupa, dah kerja, dah ada kereta. Kalau abang petik jari confirm beratur anak dara nak jadikan abang suami. Tinggal nak pilih je. Apa lagi abang nak?” Tiba-tiba Din mengusik.

“Amboi, ingat nak pilih isteri macam nak pilih barang kat kedai?” Meeftah tertawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Din turut tertawa. Mereka berdua tiba di depan kereta proton Persona hitam milik Meeftah. Kereta yang dibelinya hasil titik peluhnya bekerja hampir dua tahun sebagai jurutera mekanikal di sebuah syarikat swasta. Meeftah menekan punat alat penggera. Pintu di sebelah tempat pemandu dibukanya.

“Jom, masuk.” Pelawa Meeftah. Anak kunci diputar dengan cermat. Enjin kereta berderum perlahan. Din masuk mengambil tempat di sebelah Meeftah. Setelah memastikan tiada kenderaan lain di belakang, Meeftah mengundurkan keretanya dengan berhati-hati.

“Din, cuba ambil terjemahan al-Qur’an dalam kotak depan Din tu.” Meeftah bersuara tenang. Tumpuannya penuh kepada pemanduan. Din menurut permintaan Meeftah. Kotak di hadapannya di buka perlahan. Dia mencapai terjemahan Al-Qur’an yang terdapat di dalamnya.

“Cuba tengok surah al-Fajr ayat 27 dan 28. Baca terjemahan ayat-ayat tu.” Din menurut apa yang dipinta Meeftah. Tangannya lincah menyelak satu-persatu helaian terjemahan Al-Qur’an itu. Akhirnya dia menemui apa yang dicari.

Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya...” Perlahan Din membacakan terjemahan ayat 27 dan 28 dari surah al-Fajr. Usai sahaja, dia memandang Meeftah yang sedang tenang memandu di sebelahnya.

“Apa yang dimaksudkan dengan jiwa yang tenang?” Soal Meeftah tiba-tiba. Din diam membisu. Matanya menekur ke bawah.

“Jiwa yang tenang ialah jiwa yang sentiasa mengingati Allah dengan berzikir dan bertaqwa kepada Allah. Tadi abang ada kata fikir masak-masak, tenang jiwa, tenang hati, kan? Jadi sentiasalah mengingati Allah dengan berzikir menyebut-nyebut nama Allah. Tak rugi pun bila kita memperbanyakkan berzikir. Malah hati kita akan menjadi lebih tenang. Kita rujuk balik firman Allah dalam surah ar-Ra’d ayat 28 yang bermaksud, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Meeftah diam seketika.

“Cuba dengar lagu ni...” Meeftah menekan punat pemain CD. Perlahan-lahan kedengaran alunan lagu bergema.

Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah
TanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku tolongku ya Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

“Din, kesusahan yang ditimpakan ke atas kita selalu membuatkan kita rasa kita makin jauh dengan Allah. Tapi Maha Agung Kasih dan Cinta Allah. Sebenarnya kita tak pergi jauh malah terus kepada Allah dan akhirnya kita akan bertemu juga dengan Allah. Semoga Allah merahmati kita semua...” Meeftah bersuara penuh makna.

Din melemparkan pandangannya keluar tingkap. Hatinya diruntun sayu. Dia akur, dia pernah membuat kesilapan. Namun dia bersyukur kerana Allah pertemukan dia dengan Abang Meeftahuddin. Betul apa yang Abang Meeftah katakan. Manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta-Nya dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Subhanallah, Maha Suci Allah...!!!

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu...”
(Surah al-Fajr: ayat 27 – 30)




__________________________________
* Wali Band - Aku Cinta Allah

Thursday, May 20, 2010

Tawaran Hebat!!! Diskaun 50% Jom, jom jom!!! Berbaloi-baloi!!! Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini!!!


Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim...

KARISMA KL akan menganjurkan program KEINDAHAN BERSAMAMU (KBM) untuk penggerak, ahli KARISMA, anak-anak ahli JIM Kuala Lumpur (yang belajar di IPT) dan turut dibuka kepada fasilitator yang pernah berkhidmat untuk KBM KL

detailsnya;

Tarikh dan masa: 22 hingga 23 mei 2010 (sila rujuk tentatif di bawah)

Tempat: Sekolah Islam Al-Amin Gombak

Bayaran: Diskaun 50% (yuran asal RM40)

Pengendali utama : Pak Lang Mokri dan Hafiz Bai

Kepada sesiapa yang berminat, boleh berikan nama dan no telefon kepada ana, Kak Yong (017-8786582 / fhfansuri@yahoo.co.uk).

Dilampirkan juga tentatif program di bawah..

Moga bermanfaat, insyaAllah.

jazakumullahu khair al-jazaa'



Hari Pertama ( SABTU )

1.00 – 2.00 ptg : Pendaftaran

2.00 – 4.15 ptg : KMKY, JAWATANKU dan REBEN KEHIDUPAN

4.15 – 5.00 ptg : ISOMA

5.00 – 6.30 ptg : Nikmat Oh Nikmat

6.30 ptg – 9.00 mlm : ISOMA

9.00 mlm – 1.00 pg : MAM 1 dan MAM 2

1.00 – 1.30 pg : Minum Malam

1.30pg : Gelombang Theta



Hari Kedua ( AHAD )

5.30 – 6.30 pg : Bangun tidur dan solat subuh

6.30 – 7.30 pg : BADAN CERGAS OTAK CERDAS II

7.30 – 8.30 pg : Sarapan, Rehat & Persiapan Diri

8.30 – 10.00 pg : InTeam

10.30 – 12.30 tgh : Nur Kasih, Dakwah, Usrah, Perjuangan

12.30 – 2.00 ptg : LAFAZ TERSIMPAN dan penyerahan sijil

2.00 ptg - : Penutup (ucapan JIM IPT KL), Solat dan makan tengahari





--<--{@ KAK YONG @}-->--
Fiza Hasni binti Md Ehsan
017-8786582 / 013-3060673
Pegawai Operasi KBM KL
Pegawai TPSM Remaja KL
::http://titipan-si-anggerik.blogspot.com ::
::http://tatkala-pena-menulis.blogspot.com ::
::http://karisma-iic.blogspot.com ::
:: http://krj-motivasi.blogspot.com ::
:: http://remaja-kl.blogspot.com ::

"Berjalan, melihat, mentafsir sepanjang permusafiran Kasih Ilahi... Hidup biar bermakna..."

Wednesday, May 12, 2010

Sebuah Apresiasi




Hadiah dari KBM KL buat seluruh ahli keluarga KBM KL walau di mana jua berada... Jepun, Preston UK, Mesir, Yaman, Jordan, Madinah dan Malaysia... Nota dari hati, moga sampai ke setiap hati...

Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP


Balasan hadiah dari Abg LuQ aka Bang Chik yang kini berada di bumi Mesir untuk KBM KL. Tahniah ye sebab buat akak menangis... MyEm0.Com

Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP



Kek Strawberry Choc dari Secret Recipe special for KBM KL


TerSENIOR Vs terJUNIOR ngeng~


Antara yang berkesempatan untuk hadir...


beliau ini telah cuba untuk memboloskan beberapa jenis lauk yang ada haha


A very special and meaningful gift from Ummi... Love u Ummi!


Suprise dari adik-adikku... Toche-toche... Kek coklat ni sangat SEDAP!!!



So touching la dik... MyEm0.Com


~Sebuah Monolog Diri~


Tanggal 10 Mei 2010, genaplah sudah 2 tahun usia KBM KL. Namun, ingin kuimbas kembali pada tanggal 15 dan 16 Mac 2008 di mana saat inilah aku mengenali apa itu KBM. Walaupun saat itu aku bersendirian menjadi peserta, tapi saat dan detik itulah yang berjaya mengubah persepsi dan diri aku sendiri. Alhamdulillah thummalhamdulillah. Syukran jazilan buat mantan naqibahku, Kak Misah kerana telah mengenalkan aku dengan KBM, dengan izin Allah jua.

Dan seterusnya pada 19 dan 20 April 2008, seperti dalam perancangan Allah, aku menjadi salah seorang dari fasilitator dalam program KBM yang diadakan di SMK Cheras Jaya, Balakong. Satu pengalaman yang begitu berharga. Duduk sebentar, recharge iman!

Pertama kali menjadi fasilitator KBM


Tanggal 10 Mei 2008 seterusnya menyaksikan team KBM KL telah dimerdekakan untuk mengendalikan program-program KBM di sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Buat pertama kalinya team KBM KL telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan sepenuhnya KBM di SMK Meru, Klang. Aku cukup berbangga kerana aku juga menjadi sebahagian dalam peristiwa bersejarah ini.

KBM pertama selepas dimerdekakan!!!


Bermula detik itu, saban minggu aku dan adik-adik tanpa jemu membantu menjadi fasilitator. Biarpun dihambat kesibukan bergelar pelajar, apatah lagi aku yang saat itu memegang jawatan sebagai salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar IIC, aku dan adik-adik setia bersama KBM KL. Di awal-awal waktu, kami sama belajar merangkak, berdiri, bertatih dan melangkah. Bukan wang ringgit yang kami harapkan. Bukan pujian yang kami dambakan. Tidak sama sekali. Tetapi ada sesuatu dalam KBM itu sendiri yang mengikat hati-hati kami. Ribat ukhuwwah! Itulah yang mengikat hati kami. Di sini kami beroleh sebuah keluarga yang cukup besar. Kasih sayang yang dihulur tidak bersyarat. KBM juga yang mengajar kami tentang banyak perkara. Pentingnya berada dalam jama'ah, meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah, dan juga mengetuk pintu-pintu hati kami sendiri.

Saban hari, saban bulan dan kini sudah menjejak usia 2 tahun KBM KL. Pelbagai cerita telah diukir bersama. Mata ini menyaksikan pelbagai perubahan yang berlaku. Datang dan pergi silih berganti. Biarpun perpisahan itu perit untuk dilalui, namaun hati perlu belajar untuk redha menerima. Kerana perginya kalian untuk mencari redha Tuhan, menjadi pejuang ilmu. Namun, semuanya masih jelas terbayang. Saat kita sama-sama menjelajah ke segenap langit dan penjuru bumi... Saat kita sama-sama bersengkang mata... Saat kita sama-sama membahu satu sama lain... Saat kita sama-sama mendaki bukit tinggi di Agrotek... MyEm0.Com haha... Semua itu begitu indah untuk dikenang. Moga setiap titisan keringat yang gugur akan menjadi bekalan untuk kita bertemu Allah di perkampungan akhirat yang kekal abadi. Moga setiap usaha kecil kita ini dipandang dan tidak terlepas dari nilaianNya. Dan moga kita juga tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat RasulNya. Ameennn... MyEm0.Com

Tempoh 2 tahun ini bagaikan sekelip mata. Ada suka, duka, tawa dan air mata yang kita kongsi bersama MyEm0.Com.. Indahnya punya keluarga sebesar ini! Dan sesuatu yang tidak aku sangka dan jangka, di KBM ini juga aku bertemu kembali dengan saudara jauhku... Abang Bai dan Kak Sodd... dan ikatan silaturrahim itu semakin bertambah erat. Aku sudah punya abang dan kakak! Dengan hadirnya 'Izz, menjadi tempat aku menumpang kasih. Kalau suatu ketika dulu aku merasakan diriku bersendirian di bumi Kuala Lumpur tanpa keluarga dan sanak saudara, tetapi kini Allah kurniakan aku keluarga sebesar ini. Ribat ukhuwwah yang terjalin hanya kerana kita beriman kepada Allah, hanya kerana kita sama-sama mengharap redha Allah... Doaku, moga kita terus tsabat atas jalan dakwah ini yang tidak pernah menjanjikan permaidani merah untuk kita. Terima kasih, syukran jazilan atas segala-galanya, barakallahu 'alaykum. Moga terus MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA di pohonan tarbiyyah dan jalanan dakwah... Ameennn...

Thursday, May 6, 2010

SUKU: Sebuah Monolog Diri...




Alhamdulillah, kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan pemilik seluruh alam ini atas nikmat usia dan hayat yang dikurniakan. Syukur kerana hingga ke saat ini aku masih bisa bernafas. Syukur, kerana di waktu ini jantungku masih lagi berdegup. Syukur kerana tika ini, aku diberikan nikmat yang tidak terhingga dan tidak ternilai... TARBIYYAH.

Mengimbas kembali tanggal 6 Mei 1985 di waktu subuh hari. 25 tahun yang lalu seorang ibu berjuang antara hidup dan mati demi untuk melahirkan zuriatnya ke muka bumi ini tanpa suami di sisi menemani. Mengimbas lagi 9 bulan 10 hari sebelum detik keramat itu, dengan izin, rahmat dan kasih sayangNya, telah bersatu benih dari seorang ibu dan ayah yang merupakan JUARA di antara berjuta-juta sperma yang berjuang untuk menembusi dinding ovum. Dan dalam tempoh 9 bulan 10 hari itu, tidak terhitung dan terbalas jasa dan pengorbanan seorang ibu mengusung perut yang membesar dan kian membesar. Dalam keadaan yang tidak selesa itu seorang ibu tetap sabar dan tabah demi anak yang dikasihi dan dicintai.

Bergerak masa 10 bulan selepas kelahiran. Si ibu masih lagi diuji dengan anak yang tidak sihat. Tanpa suami di sisi saat itu, si ibu terpaksa nekad mengizinkan anaknya dibedah kerana masalah usus yang dihidapi si anak kecil berusia 10 bulan itu. Dan seorang ibu itu terpaksa 'berkampung' di hospital, melayani karenah jururawat yang cerewet dan tidak mesra. Namun semua itu dilalui dengan sabar.

Kini, anak itu sudah menikmati hidup selama SUKU abad. Tempoh 25 tahun berlalu terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang ditabur untuk si anak. Dan pastinya ada saban ketika air mata si ibu tumpah dan si ibu menjeruk hati kerana afal si anak. Ibu tetap seorang ibu. Begitu juga hati seorang ibu. Anak itulah racun, dan anak itulah penawar.

Dan sepanjang tempoh SUKU abad itu, si ayah tidak terkecuali berkorban sama. Berkorban wang ringgit dan tenaga usah dibicara. Berkorban hati dan perasaan itu yang tidak pernah dapat dibaca oleh si anak. Tega tidak melihat si anak membesar di depan mata. Dan bila si anak telah meningkat dewasa, bagai ada tembok yang terbina di antara si anak dan si ayah. Namun, masa dan waktu mengajar si anak bahawa kasih sayang si ayah tidak pernah berkurang buat si anak. Dalam diam dan bisu seorang ayah, melaut luas kasihnya buat si anak.

SUKU! Wahai diri, apakah yang kau lakukan dengan hayatmu di sepanjang reben kehidupanmu? Apa telah kau lakukan untuk ISLAM? Dalam tempoh suku abad itu, berapa banyak amal yang telah kau persembahkan kepada Tuhanmu? Dalam tempoh 25 tahun ini adakah kau pasti setiap amalanmu diterima Tuhan? Adakah cukup bekalanmu andai nikmat usia yang diberikan Allah buatmu cukup sekadar untuk tempoh 25 tahun ini? Adakah kau bersedia untuk bertemu dia di kampung akhirat? Adakah kau yakin kau akan berada di barisan mereka yang mendapat syafaat dari kekasih Allah?

Wahai diri, koreksilah kembali hatimu. Setelah suku abad ini kau lalui, apakah sebenarnya yang kau cari? Adakah harta kemewahan yang akan habis dibelanjakan? Atau pangkat dan jawatan yang akan hilang bila diberhentikan? Atau juga populariti yang akan hilang bila dilupakan? Amal soleh, redha dan cinta Ilahi itu, sudahkah kau kejar untuk dijadikan bekalan bertemu Tuhan?

Di bawah pohonan ini aku berteduh dari panas terik jahiliyyah...


Syukur padaMu Tuhan, dalam SUKU abad usia ini Kau anugerahkan nikmat tarbiyyah buat diri ini. Setelah jalanan berduri, gunung yang terPAKSA diharungi dan dituruni, Kau hadiahkan aku nikmat terindah ini. Di bawah pohonan tarbiyyah, aku mendidik dan memaksa diri untuk terus berjuang dalam perjuangan yang cukup akhbar ini, MUJAHADAH! Semoga Allah memberi ketetapan kepada hati ini untuk terus menelusuri jalan dakwah ini walaupun acapkali ada duri-duri yang merintangi perjalanan panjang ini, biarpun acapkali air mata, tenaga dan harta harus dipersembahkan.

Bila waktu telah terhenti, apakah yang tinggal?


Sedarlah wahai diri...
Dunia ini hanya sementara. Dunia ini hanya sebuah persinggahan untuk sebuah perjalanan yang panjang. Destinasi sebenar adalah akhirat yang kekal abadi.

Sedarlah wahai diri...
Hidup ini umpama meniti sebatang dahan yang rapuh. Hanya menanti masa untuk patah dan jatuh. Bila sampai masanya, bila masa itu akan terhenti, nasib kita tak ubah seperti pohon mati yang dipanggil menghadap Tuhannya. Tidak akan ada lagi peluang kedua untuk kita mengulang kembali waktu yang sudah terhenti.

Sedarlah wahai diri...
Bila waktu telah terhenti, teman sejati hanyalah amalan dan sepi. Cuba kau perhati dan fahami ayat cinta ini,
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (At-Taubah:111)

Ya Allah, moga aku tergolong di kalangan orang-orang yang 'menjual' kepadaMu PILIHAN yang memaksa aku untuk terus tunduk dan patuh kepada syariatMu. Dan aku yakin, andai aku berjaya 'menjual' PILIHAN itu, syurgalah yang akan menjadi galang gantinya.

Ya Allah ya Tuhanku...
Hidupkanlah aku dengan iman...
Matikanlah aku dengan iman...
Kumpulkanlah aku dengan iman...
Dan masukkanlah aku ke JannahMu dengan iman...


Sila PAUSE dulu lagu di blog ini sebelum menekan button PLAY


~Apresiasiku~


Buat emak dan ayah yang telah banyak berkorban, terima kasih yang tidak terhingga.
Buat atuk dan nenek yang banyak meyokong, moga Allah membalas pengorbanan kalian dengan sebaik-baik balasan!
Buat adik-adikku 4 HERO Malaya, terima kasih kerana faham dengan afal kakakmu. Marahku tanda sayang.
Buat keluarga besar KBM KL, terima kasih atas jalinan kasih sayang tidak bersyarat yang kalian hulurkan. Terima kasih Allah atas nikmat keluarga besar ini.
Buat mereka yang pernah dan menjadi naqibahku, jangan jemu untuk terus memimpin dan membetulkan langkahku di bawah pohonan tarbiyyah dan jalanan dakwah.
Buat adik-adik seusrah dan sehalaqah, akak sayangkan kalian lillahi taala. Moga tautan kasih ini akan berkekalan hingga ke syurga.
Buat adik-adik graduan MH-i yang nakal, akak sayangkan kalian seperti adik-adik akak sendiri. Marah akak juga tanda???

Juga buat mereka yang mengirimkan doa-doa tanda ingatan buat diri ini sempena ulangtahun kelahiran ke SUKU abad ini, diri ini terlalu menhargainya dan cukup terharu.


"Selamat Hari Lahir Kak Yong! Bersempena ulangtahun kelahiranmu, luangkanlah sedikit waktu mengenang masa dulu, yang jauh dikau tinggalkan... 25 tahun yang lalu... Di manakah dikau di saat itu? Perjalananmu sudah semakin singkat dan hampir sampai. Bukan bermakna dikau harus terus melangkah, namun seharusnya dikau menoleh ke belakangmu. Lihatlah pada silap dan dosa lalu... Ambil ia dan jadikan pedoman bagi meneruskan perjalanan. Kerlinglah kiri kananmu. Carilah apa saja yang bisa membantu memudahkan perjalananmu. Usah biar ia terlepas begitu sahaja menjadi masa silammu. Semoga dikau selamat tiba di akhirnya. Daku di sini mendoakan kebahagiaanmu di dunia dan di akhirat. Semoga peningkatan usiamu seiring dengan kematangan mindamudan ketaqwaan ke hadrat Tuhan yang satu. Kentalkan semangatmu meneruskan kehidupan duniawi. Tebalkan imanmu mengejar syurga nan abadi... I love You Kak Yong kerana Allah!"

"Semoga panjang umur, murah rezeki, diberi nikmat kesihatan yang baik supaya dapat terus-menerus beribadah kepadaNya. Teruskan perjuangan, jangan pernah penat, kerana Allah sudah menjanji kerehatan yang berpanjangan di syurga nan abadi di akhirat kelak! Ya Allah jagalah insan yang ku sayang ini, tetapkan nikmat iman dan islam dalam dirinya, jangan Engkau bolak-balikkan hatinya, lembutkan lidahnya memuji kebesaranMu dan lantangkan lidahnya dalam menegakkan agamaMu. Bersihkan hatinya dari segala kekotoron. Jauhkan dirinya dari hasad dengki manusia, fitnah manusia, sihir manusia, serta jauhkan dia dari bisikan syaitan jantan atau betina yang sentiasa membisikan kejahatan ke dalam dada manusia. Sesungguhnya Engkau mengetahui yang aku amat menyayangi dirinya seperti kakak kandungku sendiri. Titipkan perasaan kasih & sayang antara kami. Adik sayang akak! opss tertinggal lagi satu, erm semoga cepat dapat jodoh! haha..."

Terima kasih atas doa dan peringatan ini buat adik-adikku

MyEm0.Com.
Terharu nih!

Tuesday, May 4, 2010

Mendung Berarak...


Mencuba tak berkedip
Menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa
Berderailah airmata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah...
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa airmata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah...
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna ku adalah sahabatmu

Menelusuri bait-bait lirik lagu 'Menangislah Di Bahuku' dendangan kumpulan Firdaus pastinya membuatkan para pembaca dapat mengagak isi atau maksud yang ingin saya kongsikan dalam entri kali ini. Kesedihan. Ya, tepat sekali. Setiap insan dalam hidupnya pasti pernah melalui frasa kesedihan ini. Namun, bagaimana penerimaan kita terhadap kesedihan?

Air Mata Peneman Setia

Biarlah air mata yang mengalir kerana takut dan gerun mengenang balasan di akhirat terhadap dosa-dosa semalam...


Seringkali kita menangis apabila diuji. Terasa diri sudah tidak sanggup menanggung ujian dariNya sedangkan jika hendak dibandingkan ujian yang dititipkan buat kita, terlalu kecil nilainya berbanding ujian dan cabaran yang perlu dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat. Adakah kita pernah dilempar dengan batu? Adakah kita pernah dilempar dengan najis? Adakah kita pernah diseksa dibawah terik matahari seperti Bilal? Tidak! Tak pernah kan? Tetapi kenapa masih mengeluh dan bersedih dengan ujian Allah? Tidak salah menangis. Tidak salah air mata itu menjadi teman setia. Yang salah adalah bila kita merelakan diri hanyut dalam lautan air mata dan kesedihan tanpa berusaha langsung untuk bangkit!

Kita seringkali menangis apabila apa yang kita hajati tidak kesampaian. Kita seringkali menangis apabila merasa Allah tidak memperdulikan kita. Tetapi, pernahkah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa semalam? Pernahkah kita menangis kerana takutkan seksaan dan balasa Allah untuk hambaNya yang ingkar?

Benci Menunggu!

Penantian satu penyeksaan...!!!


Penantian. Ada sesiapa di antara kita yang suka menanti? Rata-rata dari kita sering mengungkapkan, 'penantian satu penyeksaan'. Dan ramai dari kita yang benci menunggu. Lebih menggeramkan hati, apabila yang ditunggu-tunggu langsung tidak muncul. Bukan setakat benci menunggu manusia, tetapi adakalanya tanpa kita sedar, kita benci menunggu doa-doa kita dimakbulkan Allah. Ada di antara kita yang sering mengeluh, 'bila Allah nak makbulkan doa aku?' malah ada yang marah-marah kerana doanya masih juga tidak dimakbulkan Allah. Tetapi pernahkah kita terfikir, adakah Allah juga suka menunggu kita?

Sebagai orang Islam, kita telah berikrar di hadapan Allah s.w.t. bahawa kita akan mematuhi Rukun Islam terutamanya solat 5 waktu. Kita tahu solat itu tiang agama, telah kita ikrarkannya kepada Allah s.w.t. sejak sekian lama. Tetapi, apabila kedengaran sahaja suara bilal melaungkan seruan azan, memanggil umat manusia untuk tunduk sujud menyembah-Nya, berapa ramai antara kita yang segera menunaikan solat tatkala mendengar seruan azan? Tahukah kita bahawa Allah s.w.t. menanti kita untuk menghadap-Nya? Lima minit... 20 minit... 40 minit... satu jam... dua jam... tiga jam, Allah menanti kita. Lebih malang lagi ada antara kita yang langsung tidak menunaikan solat! Lebur! Serupalah seperti sahabat yang tidak nampak batang hidung apabila berjanji! Jika kita punya rasa marah pada sahabat kita yang mungkir janji itu, sudah semestinya Allah, Tuhan yang menciptakan kita amat murka bila kita gagal menunaikan janji. Allah itu umpama tuan kita, sedangkan kita hanya seorang hamba. Cuba bayangkan apa perasaan seorang tuan jika hambanya tidak mengikut perintah? Marah bukan?

Layakkah kita untuk punya rasa marah kepada Allah lantaran lambat memakbulkan doa dan permintaan kita, sedangkan kita sendiri sering melambat-lambatkan janji kita untuk 'bertemu' dengannya???

Beraraklah Pergi Wahai Mendung!

Mendung di langit adakah tanda hujan akan turun???


Ayuh, andai ada rasa sedih di hati, andai ada air mata menemani, La Tahzan! Innallaha ma'na... Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan kita... Ayuh kita selusuri satu persatu ayat-ayat cinta di dalam surat cinta ke 55 iaitu Ar-Rahman. Bukankah terlalu banyak nikmat yang telah dititipkan oleh DIA buat kita? Sejak penciptaan manusia dari tanah kering hinggalah penciptaan kita dari setitis air mani, tidak terhitung banyaknya nikmat Allah kepada kita. Lalu, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Janganlah menjadi bangsa yang tidak pandai bersyukur.

Bangkitlah, hapuskanlah air matamu. Biarlah awan mendung itu berarak pergi. Bersangka baiklah kepada Allah. Allah itu mengikut sangkaan hambaNya. Jika kita bersangka baik kepada Allah, insyaallah kebaikanlah yang akan Allah berikan kepada kita. Oleh itu sentiasalah bersangka baik kepada Allah, diri sendiri dan orang lain kerana hati kita ini umpama magnet yang mampu menarik sesuatu yang ada di luar ni ke dalam diri kita. Apa yang hati kita rasakan, itulah yang akan kita terima sebagai pantulan. Sebab itulah kita kena sentiasa bersangka baik. Supaya setiap kebaikan tu dapat ditarik ke dalam diri kita.

Bersangka baiklah. Husnuzhan. Kita merancang, Allah merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Kau tempatku mengadu hati
Pemberi segala hidup
Dunia dan seisinya milikMu
mencintaiMu sejati

Ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
Lihat dilangit kesempurnaan hadirMu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar, Maha Besar
MemujaMu begitu indah
Selalu kau berikan semua
KebesaranMu Tuhan


Me: MemujaMu Allah begitu indah... MyEm0.Com

Monday, May 3, 2010

[K.A.M.I] - Bab 2 Cerita Tentang Hati



“Din, kau nak kerja tak?” Telinga Maryam menangkap perbualan dua orang lelaki di gerai burger berhampiran pondok bas tempat dia setia menanti Balqis yang sudah berjanji untuk menjemputnya. Yang seorang adalah abang penjual burger manakala yang seorang lagi budak lelaki dalam limgkungan umur 18 tahun. Jika tidak silap, dia dengar abang penjual burger itu memanggil budak itu dengan nama ‘Din’.

‘Din apa? Shamsuddin? Hairuddin? Bidin?’ Bisik Maryam. Ish, Maryam mula melalut. Matanya terus memerhatikan budak lelaki tersebut. Dengan sepasang baju T hitam dan seluar jeans lusuh, gaya rambut serta penampilan luar budak lelaki tersebut, dia kelihatan tak ubah seperti seorang budak nakal. Mata Maryam melirik ke arah rambut budak lelaki yang bernama Din itu. ‘Mak aih, rambut dah macam adik-beradik durian je! Entah berapa kilo krim rambut budak ni guna!’ Bisik hati kecil Maryam. Dia melepaskan satu keluhan. ‘Ini ke wajah-wajah pemimpin masa depan?’

“Kerja apa bang?” soal Din kembali tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya. Maryam kembali memasang telinga.

“Abang nak minta kau kerja kat kedai abang. Kerja jual burger. Kat gerai abang yang satu lagi.” Kata abang penjual burger itu sambil tangannya ligat membalikkan kepingan daging burger di atas dapur.

Din menggaru-garu kepalanya. “Erm...tak naklah bang. Saya ada banyak kerja lain nak buat.”

“Kau buat kerja apa sekarang?” Terhenti pergerakan abang penjual burger tersebut mendengarkan jawapan dari Din.

“Saya tolong-tolong orang je.” Din senyum kambing.

“Kau tolong apa?” Abang penjual burger itu meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala.

“Tolong jaga budak-budak kat rumah anak yatim.” Spontan Din menjawab. Tangannya memain-mainkan anak kunci motorsikal barangkali.

‘Rumah anak yatim? Biar betul? Tak mungkin!’ Maryam terlongo. Hatinya sukar untuk mempercayai apa yang didengarinya.

“Berapa upah kau dapat?” Soal abang penjual burger itu lagi.

“Tak ada pun. Saya suka-suka je nak tolong orang. Seronok apa...” Dengan riak selamba Din menjawab. Maryam nampak dari ekor matanya, pergerakan abang penjual burger itu terhenti sekali lagi mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut Din.

“Eh, kau ni biar betul Din? Kat dunia ni mana boleh buat kerja tak ada gaji?” Maryam memasang telinga. Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui jawapan yang bakal keluar dari mulut Din walaupun dia tahu tidak elok mencuri dengar perbualan orang lain..

“Eh, ada la. Tu Rasulullah, Allah bagi kerja suruh berdakwah mana ada dapat gaji?” Jawab Din sambil mengangkat kening dua kali. Maryam terkesima dan dia yakin abang penjual burger itu juga pastinya tersentak dengan jawapan Din.

“Itu Rasulullah. Kita ni siapa?” Abang penjual burger itu masih tidak mahu mengalah. Sudip di tangannya diletakkan ke tepi. Tangannya mencekak pinggang.

“Yang para sahabat susah payah back up Rasulullah tu kenapa? Diorang pun manusia macam kita juga. Mana gaji diorang? Diorang buat kerja ni untuk apa sebenarnya ek? Lagipun, banyak pahalanya kalau kita tolong anak yatim ni bang. Rasulullah pun anak yatim gak!” Maryam terkesima. Subhanallah! Sebentar tadi dia begitu mudah menghukum Din dengan hanya melihat penampilan luarannya. Dan sekarang ini, dia yakin Din bukan seperti yang dia sangkakan.

“Okeylah bang. Saya balik dulu ya. Dah janji dengan mak nak tolong dia bersihkan halaman rumah. Assalamualaikum.” Remaja itu pantas berlalu pergi meninggalkan abang penjual burger itu terpinga-pinga. Wajahnya sedikit merah. Malu barangkali dengan Din.

“Mar, tengok apa tu?” Suara Balqis mengembalikan Maryam ke alam sedar.

“Eh, Qis! Tak ada apalah. Baru sampai ke?” Maryam membetulkan duduknya. Buku-buku tebal yang sedari tadi diriba, dialihkan ke sisi sebelah kiri. Wajah redup Balqis dipandangnya. Sebuah senyuman dihadiahkan buat sahabatnya itu.

“Ni kenapa senyum-senyum ni? Ada apa-apa ke? Takkanlah ada Putera Raja jatuh dari langit nak menjemput Sang Bidadari hati?” Balqis tertawa kecil.

“Salah ke Mar nak hadiahkan senyuman buat sahabat Mar ni? Senyum tu kan sedekah!” Balas Maryam sambil mencuit hidung Balqis.

“Tau la senyum tu sedekah, tapi senyuman Mar tu nampak lain macam je. Oh ya, nampaknya kita terpaksa batalkan rancangan kita nak ke pusat sumber.” Riak di wajah Balqis tiba-tiba berubah.

“Eh, kenapa pula? Qis tak sihat ke?” Soal Maryam bimbang. Tangannya menjamah muka dan dahi Balqis.

“Eh, bukan! Qis sihat. Tapi Nana yang tak sihat. Kaki dia terseliuh.” Balqis pantas menangkap tangan Maryam dari terus-terusan menjamah muka dan dahinya.

“Jadi Qis bercadang nak pergi ziarah dia. Lain kali je kita pergi pusat sumber.”

“Errr... Aa... Ada kaitan dengan Mar ke?” Maryam bimbang serta-merta. Dia mula rasa tidak senang duduk.

“Eh, kenapa pula ni Mar? Apa kaitannya dengan Mar?” Balqis diserang tanda tanya.

“Errr... Hari tu Mar ada tersepak Nana...” Dengan keadaan serba salah Maryam berbicara.

“Mar sepak Nana???” Balqis kaget.

“Eh, Mar bukan sengaja! Nana pun satu! Mar dah kata dah Mar ni geli. Tapi dia buat juga. Dia cucuk-cucuk pinggang Mar. Apa lagi, keluarlah segala macam bunga-silat-tak-khatam. Tak pasal-pasal dia dapat jurus tendangan maut dari Mar. Berguling-guling dia. Lepas tu dia degil juga. Dia buat lagi...” Jelas Maryam panjang lebar.

“Hah, biar betul sampai berguling-guling?” Soal Balqis, kaget. ‘Boleh tahan juga aura keganasan Maryam ni! Haha!’ Bisik hati Balqis.

“Guling-guling tu, dia je yang terlebih efek kesan khas dan kesan bunyi. Kena tendang sikit je kot. Dia yang terlebih rajin pergi guling-guling satu bilik.” Ujar Maryam sambil mencebik.

Balqis tertawa kecil. “Macam-macam perangai Nana ni. Mar jangan risaulah. Kaki dia terseliuh sebab terjatuh dari pokok petang semalam. Bukan disebabkan Mar tersepak kaki dia tu.”

“Hah? Jatuh pokok?” Mata Maryam membulat. Dia kaget.

“Ha’ah dia jatuh pokok gara-gara nak ambik gambar kepompong untuk projek rama-rama dia tu. Itulah sebabnya kaki dia terseliuh. Lepas tu dalam perjalanan nak balik ke bilik dia dengan kaki terseliuh tu, entah macam mana ada orang tertolak dia. Dia terjatuh sekali lagi dan tak tau kat mana silapnya waktu dia ‘landing’ tu, jari telunjuk tangan kiri dia patah.” Jelas Balqis panjang lebar.

“Eeeee... budak ni!!! Suka-suka je tau nak bagi orang patahkan jari dia! Meh sini bagi Mar je yang patahkan jari dia. Barulah ukhwah sejati namanya!” Maryam mengetap bibir, geram. Balqis tertawa kecil mendengar rungutan Maryam. Melihat Balqis tertawa, Maryam kehairanan.

“Kenapa Qis ketawa ni? Apa yang tak kena?” Soal Maryam kehairanan melihat Balqis yang tidak henti-henti ketawa.

“Tak ada apa-apa. Eh, dah la jom gerak sekarang. Lambat pula nanti.” Balqis bangun dan meraih tangan Maryam. Maryam turut bangkit. Beg galas diletakkan ke bahu. Buku-buku tebal di sisinya tadi di bawa ke dalam pelukan. Dia mengekori langkah Balqis menuju ke tempat letak kereta. Kereta Kelisa berwarna silver itu merupakan hadiah dari ayah Balqis kepadanya.

Maryam dan Balqis melangkah masuk ke dalam kereta. Sebaik saja melabuhkan punggung, Balqis tertawa kecil. Maryam kehairanan. “Kenapa Qis?” Dahinya berkerut.

“Tak ada apa. Kelakar la pula bila Qis bayangkan macamana Mar tendang Nana, lepas tu dia buat pula efek kesan khas dan kesan bunyi. Rasanya kalau Qis ada kat situ, Qis yang berguling-guling gelak tengok gelagat korang berdua ni.” Balqis menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Qis!” Suara Maryam naik satu oktaf. Bibirnya memuncung. Geram dengan Balqis yang tidak habis-habis mahu mengusiknya.

“Ops, maaf! Okey, Qis tak gelak lagi. Tapi kenapa la kawan Qis yang comel ni keluarkan muncung itik tu? Dah boleh letak penyangkut baju tau!” Balqis tersenyum simpul.

“Qis...” Maryam memberi amaran.

“Teeetttt!!! Balqis, kamu dalam zon bahaya! Okey, okey... kita gerak sekarang.” Balqis menghidupkan enjin kereta Kelisanya. Setelah memberi isyarat ke kanan, dia memandu keluar keretanya dengan berhati-hati.

“Qis...”

“Yup!” Balqis masih tetap menumpukan perhatiannya kepada pemanduan.

“Tadi kan, Mar ada nampak seorang budak lelaki ni. Kalau tengok dari luarannya memang nampak gaya budak nakal. Tapi...” Bicara Maryam terhenti di situ.

“Tapi kenapa?” Soal Balqis.

“Tapi Mar rasa, Mar dah salah sangka pada dia. Dia taklah seburuk yang Mar fikirkan.”

“Maksud Mar?” Balqis memandang wajah Maryam sekilas.

“Tadi Mar ada terdengar perbualan dia dengan abang penjual burger tu. Abang tu tawarkan kerja kat dia. Tapi dia tolak. Dia kata dia tolong kat rumah anak yatim tanpa gaji. Bila abang tu pertikaikan, dia jawab Rasulullah dan para sahabat buat kerja dakwah pun tak dapat gaji. Mar tak sangka...” Maryam menyepi. Pandangannya dilempar ke luar kereta.

“Mar, sebab tu la kita ni kena bersangka baik dengan orang lain. Husnuzhan. Selemah-lemah ukhwah ialah dengan bersangka baik. Bersangka baik dengan Allah dan juga bersangka baik sesama manusia. Mar, pepatah Inggeris pun ada menyatakan, don’t judge the book by its cover.” Balqis menepuk perlahan lengan Maryam. Maryam tunduk membisu.

“Mar, pernah tak dengar ‘Allah itu mengikut sangkaan hambaNya’. Maksudnya kalau kita bersangka baik kepada Allah, insyaallah kebaikanlah yang akan Allah berikan pada kita. Sebab itulah kita kena sentiasa bersangka baik kepada Allah, diri sendiri dan orang lain. Tapi ia tak bermaksud kita tak perlu berwaspada dan berhati-hati. Hati kita ni tak ubah macam magnet.” Balqis meletakkan tangan kanannya di dada.

“Hati kita ni mampu nak tarik sesuatu yang ada kat luar ni ke dalam diri kita. Apa yang hati kita rasakan, itulah yang akan kita terima sebagai pantulan. Sebab itulah kita kena sentiasa bersangka baik. Supaya setiap kebaikan tu dapat ditarik ke dalam diri kita.” Penuh teratur Balqis menuturkan kata-kata itu.

“Qis, macamana ye kita bersihkan hati kita? Macamana nak lembutkan hati yang keras? Apa ubat bagi hati yang mati?” Maryam memandang lembut wajah tenang Balqis yang sedang memandu. Ada air jernih yang bergenang di kelopak matanya. Balqis memandang wajah Maryam sekilas.

“Mar, hati kita ni hak milik Allah, ciptaan Allah. Dan hati ni sifatnya berbolak-balik. Jadi, mintalah pada Allah, Tuhan yang mencipta, Tuhan yang memegang dan Tuhan yang berkuasa membolak-balikkan hati kita. Minta agar Allah tetapkan hati kita. Mintalah bersungguh-sungguh pada dia. Para Muttaqin ada menyebutkan, bila hatimu keras bukalah al-Quran, baca dan tadabburlah isinya kerana al-Quran itu penawar hati. Jika masih keras juga, dirikanlah solat kerana solat itu zikir penyucian hati. Dan kalau masih keras juga ingatlah mati kerana ia membasuh jiwa yang gelisah dan hati yang resah. Tetapi kalau hati itu masih keras juga, berdoa dan bermohonlah kepada Allah agar dikurniakan hati yang baru kerana hakikatnya pada saat itu kamu sudah tidak memiliki hati.”

Maryam tunduk membisu, lama. Dia melemparkan lagi pandangannya ke luar tingkap. Balqis meneruskan pemanduannya dengan berhati-hati. Apabila menghampiri rumah banglo berbumbung biru, Balqis memperlahankan keretanya. Apabila keretanya betul-betul berada di hadapan banglo berbumbung biru itu, dia memberhentikan keretanya. Enjin Kelisa dimatikan.

“Jom, kita dah sampai. Ni la rumah Nana.” Senyum Balqis melebar. Dia membuka pintu kereta. Tatkala kakinya melangkah keluar tiba-tiba dia mengaduh kesakitan.

“Eh, Qis! Kenapa?” Maryam bertanya, bimbang.

“Err... T..Tak ada apa. Terpijak duri sikit. Qis tak apa-apa. Mar janganlah risau.” Balqis tertunduk-tunduk memeriksa tapak kakinya. Maryam berlari anak mendapatkan Balqis. Dia tunduk sama untuk melihat kaki Balqis.

“Alhamdulillah, nasib baik tak apa-apa.” Maryam bersuara perlahan. Wajah Balqis yang tersenyum dipandangnya.

“Sayang juga Mar pada Qis ye?” Soal Balqis sambil mengulum senyuman.

“Eh, mestilah! Qis kan sahabat Mar. Mestilah Mar sayang.” Jawab Maryam sambil mencuit hidung Balqis.

“Bila terkena musibah macam ni, Qis teringat kat satu hadis yang berkaitan duri.

“Hadis berkaitan duri?” Soal Maryam kehairanan.

“Ha’ah. Saidina Umar pernah bertanya kepada seorang sahabat tentang taqwa. Sahabat ni menjawab, taqwa ni umpama melalui jalan yang penuh duri. Kita akan bersungguh-sungguh serta berhati-hati melaluinya supaya tak tercucuk duri.” Balqis tersenyum memandang Maryam.

“Maksudnya?” Soal Maryam. Dia mengangkat kening sebelah.

“Maksudnya, taqwa tu umpama kita melakukan sesuatu dalam keadaan seperti kita berjalan di atas jalan yang penuh duri. Kita buat dalam keadaan berhati-hati, dan bersungguh-sungguh. Kalau silap langkah, kita akan tertusuk duri dan merasa sakit.” Balqis tersenyum senang.

“Qis, Mar ada satu lagi soalan nak tanya Qis. Kenapa ye kita kena hidup dalam jamaah? Kenapa kita tak boleh hidup seorang diri?”

“Mar, sebatang lidi lagi mudah nak dipatahkan berbanding seberkas lidi. Anak kambing yang terkeluar dari kumpulannya akan mudah ditangkap dan dimakan oleh serigala berbanding anak kambing yang berada di dalam kumpulannya. Macam tu la juga dengan diri kita. Bila kita hidup seorang diri, kita akan mudah untuk dipengaruhi oleh hawa nafsu dan anasir-anasir luar yang negatif. Selain hidup dalam jamaah, penting juga bagi kita untuk memilih sahabat.” Balqis berhenti sejenak. Dipandangnya wajah Maryam.

“Pernah dengar tak, perumpamaan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi?” Maryam menggelengkan kepalanya.

“Bila kita berkawan dengan penjual minyak wangi, mendapat bau harumnya. Tapi kalau kita berkawan dengan tukang besi pula boleh menyebabkan rumah atau baju kita terbakar.” Balqis angkat kening dua kali.

“Terima kasih ye Qis, banyak sangat ilmu yang Mar dapat hari ni. Beruntung sangat Mar dapat sahabat macam Qis.” Maryam mengenggam erat tangan Balqis.

“Eh, Qis pun beruntung juga tau dapat sahabat macam Mar. Dah la comel, pandai pulak buat kek coklat yang sedap tu.” Balqis tersengih lebar menunjukkan baris giginya yang putih bersih.

“Eh, kita ni asyik la bersembang kat sini. Apa khabarlah agaknya Nana tu. Jomlah kita masuk. Lain kali kita sambung cerita tentang hati ni ya?” Maryam menghulurkan tangannya kepada Balqis. Balqis menyambut mesra tangan Maryam. Setelah mengunci pintu kereta Kelisanya, mereka beriringan melangkah masuk ke perkarangan rumah Nana.

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers