Friday, November 22, 2019

Daurah Intensif 2 dan Rehlah Alumni KBM IIC


Alhamdulillah, pada 18 dan 19 Julai 2008 seramai 15 orang akhwat dan 4 orang ikhwah dari IIC telah mengikuti Daurah Intensif 2 yang berlangsung di pelbagai tempat. Pada 18 Julai 2008, tepat jam 9 malam, 15 orang akhwat IIC bersama Kak Teh (naqibah kami) telah berkunjung ke kediaman tokoh JIM iaitu Ibu Yus dan Ummi Roses yang merupakan orang kuat rumah Raudhatus Sakinah. Banyak perkara telah dikongsikan oleh Ummi dan Ibu bermula dari titik permulaan perjuangan mereka dalam menegakkan syiar Islam termasuk pembabitan mereka dalam JIM (Raudhatus Sakinah). Pada 19 Julai 2008 pula kami berdaurah di Pejabat JIM pusat di Taman Melawati. Pengisian di sebelah pagi bertajuk "AKHLAQ: Perhubungan Silang Jantina" telah disampaikan oleh Ustazah Zaidatulakma. Seterusnya di sebelah petang Ustaz Alizi Alias, pensyarah di Jabatan Psikologi UIAM telah menyampaikan 2 tajuk pengisian iaitu "ISLAM: Ad-Din yang syumul" dan "Ibadah dalam Islam". Usai solat Asar, kami diberikan penerangan tentang KARISMA - Kelab Rakan Mahasiswa Islah Malaysia yang disampaikan oleh Kak Teh dan Akh Wan Am dan juga perancangan penubuhan KARISMA di IIC. Di sebelah malam tepat jam 9 kami mengunjungi rumah Kak Anfal bagi mengikuti perkongsian berkenaan "Membina Rumahtangga Islam - Baitul Muslim". Insyaallah, pengisian sepanjang daurah kali ini akan dimuatkan dalam teratak ini.








Bersama Ummi Roses dan Ibu Yus











Bersama Ustazah Zaidatulakma...






Bersama Ustaz Alizi Alias...








Bersama Kak Anfal...




Pada 20 Julai 2008, seramai 26 akhwat dan 2 orang ikhwah dari IIC telah mengikuti Rehlah di Air Terjun Sungai Tua. Rehlah yang julung-julung kali diadakan turut disertai oleh akhwat dari UIAM PJ. Pak Long Hassan & keluarga, Kak Teh & keluarga, Kak Nina, Kak Nahdia & Hana dan naqibah-naqibah dari UIAM PJ turut memeriahkan rehlah kali ini.





Kerja-kerja membakar ayam, daging burger dan sosej telah diuruskan oleh Akh Ariff, Akh Khai, Kak Yong, Bie, Pak Long dan Mak Long. Berpeluh-peluh kami dibuatnya. Games telah dikendalikan oleh Kak Ngah, Kak Chik, Alang Atie, Andak, Uda dan Anjang Kila. Selesai games, masing-masing menyerbu sungai dan menikmati hidangan mee hoon goreng dan BBQ. Majlis turut disemarakkan dengan sambutan ulang tahun Anis Solehah Azhari (anak Kak Teh) yang pertama. Selesai makan, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang games yang disediakan. Kami bertolak pulang pada jam 2.45 petang.






Ribuan terima kasih. syukran jazilan diucapkan kepada semua yang telah menjayakan rehlah kali ini. Barakallah 'alaikum. ERATKAN UKHUWWAH, GERAKKAN ISLAH!











Akh Ariff, Akh Khai, Kak Yong, Pak Long dan Mak Long sibuk membakar ayam...






Barisan ratu cantik...hehehe...








10 beradik usrah...










Ummi, Anis dan Babah potong kek...


Senyuman seorang juara...



Barisan akhwat IIC...



Pelukan ukhuwah...










Kak Yong: Uhibbukum fillah abadan abada...


No comments:

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers