Tuesday, June 1, 2010

Penghantaran Memorandum ke Kedutaan US


Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat turut serta dalam perarakan gabungan NGO untuk menghantar memorandum kepada Kedutaan US bagi membantah serangan ke atas kapal bantuan Mavi Marmara yang dilakukan oleh pasukan komando Israel.

Seawal 9.40 pagi saya dijemput oleh Ummi Ida dan anak-anaknya, 'Aisyah dan 'Atikah lalu terus menuju ke Stesen Putra Gombak. Dari sana kami terus menaiki train menuju ke Ampang Park. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi apabila kami tiba di perkarangan bangunan Tabung Haji. Sudah ramai yang kelihatan berkumpul di perkarangan bangunan. Masing-masing memegang kain rentang, bendera Palestin, sepanduk dan tidak kurang menarik ada yang memakai topi kertas berbentuk kapal Mavi Marmara. Pihak polis dan polis trafik juga turut kelihatan di perkarangan bangunan Tabung Haji.

Kelihatan ramai wajah-wajah yang saya kenali turut hadir antaranya Akh Moja, Nihlah dan baby Ikram, Kak Rose, Kak Ya, Ijah, Makcik Midah, Makcik Nashita, Abg Bai serta anak-anak usrahnya, AO, dan ikhwah akhwat KARISMA. Sebelum perarakan dimulakan, sedikit taklimat diberikan oleh wakil NGO untuk memastikan perarakan kali ini berjalan lancar. Tepat jam 11.00 pagi kami berarak menuju ke Kedutaan US sambil melaungkan takbir! Tidak ketinggalan juga gema laungan ucapan "Khaibar-khaibar ya Yahud!!! Jaisyu Muhammad sou faya'ud!"

Ketika menghampiri Kedutaan US, kelihatan group dari PERKASA dan pasukan polis serta FRU. Sampai sahaja kami di hadapan Kedutaan US, wakil dari group PERKASA sedang memberi ucapan. Dan setelah itu, wakil dari HALUAN yang merupakan salah satu dari gabungan NGO membacakan isi memorandum yang akan diserahkan kepada wakil Kedutaan US.


MEMORANDUM
CONDEMNATION OF ISRAELI RAID ON AID FLOTILLA TO GAZA
Teusday 1st June 2010

We, a coalition of civil society representing the voice of the Malaysian people is utterly shocked and outraged at the blatant disregard of human lives by Israel in the recent murderous raid on the aid flotilla bound for Gaza.

The Lifeline4Gaza (LL4G) flotilla has come under attack by the Israeli armed forces in the early morning hours of 31st Mei. The Israeli aggressors boarded the capital ship Mavi Marmara and opened fire on volunteers on the deck, leaving at least 16 people dead and another 50 seriously injured. Close to 600 volunteers, whose participation is solely humanitarian in nature were on board the ship when the tragedy unfolded.

Such barbaric act was committed by Israel despite of the flotilla's observance of all maritime regulations and in full compliance with Resolution 1860 adopted by the UN Security Council (2009), which includes:

a) An appeal to the international community to provide humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance.
b) Facilitate the ease of passage and unimpeded deliverance of aid.
c) Call for support of these efforts to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza

The volunteer corps included in their ranks parliamentarians, academics, journalists, scholars, an infant less than a year old and a senior citizen over 80 years old. They were completely unarmed which reflects their sole intention of delivering aid to the beseiged people of Gaza.

The fact that this raid took place on an unarmed civilians and in international waters is all the more grievous and criminal. There is not a slightest doubt that Israel has violated international laws and her ghastly acts deserve a worldwide condemnation in the strongest possible term.

We therefore call on the US Government to state her position on the murderous aggression of Israel on a peaceful flotilla whose entire objective is to deliver desperately needed aid to Gaza.These include

a. Condemnation in the strongest possible term the aggression by Israel on the Freedom Flotilla
b. Holding the Israeli government totally responsible for the lives and well being of all volunteers on board the Freedom Flotilla
c. Demanding the immediate release of all the volunteers and urgent medical care be given to the injured
d. Demanding that all the aid destined for Gaza be released with immediate effect.
f. Assuring the safety of all volunteers on board the Freedom Flotilla in their effort to champion the Palestinian cause towards freedom, justice and self determination.

HALUAN
MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY
AQSA SYARIF
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE (PACE)
YAYASAN AMAL
PERTUBUHAN MAWADDAH MALAYSIA
VIVA PALESTINA MALAYSIA
DEWAN PEMUDA MASJID
ANGKATAN BELIA MALAYSIA
GLOBAL PEACE MALAYSIA


Selesai sahaja penyerahan memorandum kepada wakil Kedutaan, kami berjalan balik ke perkarangan bangunan Tabung Haji. Sebelum bersurai, kami diberi taklimat akhir sebelum wakil Aqsa Syarif memberikan tazkirah ringkas.

Alhamdulillah syukur, segalanya berakhir seperti yang dirancang. Namun ingatlah sahabat-sahabat sekalian, usaha kita tidak cukup dengan menyebarkan maklumat, laungan dan jeritan semasa demonstrasi tapi dalam waktu yang sama kita perlu mengejutkan jiwa-jiwa yang mati di kalangan umat Islam sendiri… Kita perlu mengislahkan ummat Islam sendiri yang ‘tidur’ selama ini. Remaja-remaja kita, anak-anak kecil kita, dan masyarakat kita perlu diislahkan. Individu muslim itu sendiri perlu diperkukuhkan. Dakwah jangan terputus. Perbaiki diri dan serulah pada yang lain... Berlapang dada dalam perbezaan, satukan hati, kita bergabung di bawah satu nama iaitu ISLAM.

Doa sebagai senjata kita... ya, tetapi jangan lupa untuk kita memastikan diri kita juga jauh dari melakukan perkara-perkara yang dapat mebuatkan doa-doa kita tidak diterima… Terngiang-ngiang lagi pesanan dan tazkirah dari wakil Aqsa Syarif, kita berjuang biarlah dengan taqwa. Takutlah kita kepada dosa-dosa kita yang boleh menghalang doa-doa kita dari termakbul. Takutlah kita kepada dosa-dosa kita melebihi takutnya kita kepada musuh Allah...

Ayuh sama-sama kita tegakkan Islam dalam diri kita. Moga kita benar-benar mengambil ikhtibar dari peristiwa ini dan mengamalkannya dalam kehidupan kita.

Doa, doa, dan teruskan berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar...

Berkumpul di perkarangan bangunan Tabung Haji

Bersiap sedia untuk memulakan perarakan

Talian Hayat Untuk Gaza; Menerobos Tembok Kematian

Bergerak menuju Kedutaan US

Topi kertas berbentuk kapal Mavi Marmara, sangat kreatif!

Deretan manusia memenuhi jalanraya

"Khaibar-khaibar ya Yahud!!! Jaisyu Muhammad sou faya'ud!"

Pasukan FRU dan anggota polis turut berada di hadapan Kedutaan US

Mendengar ucapan dari wakil HALUAN yang membacakan memorandum yang akan diserahkan

Lautan manusia memenuhi pintu hadapan Kedutaan US

Wakil dari HALUAN sedang membacakan isi kandungan memorandum

Berjalan balik ke perkarangan bangunan Tabung Haji

Taklimat dari wakil HALUAN

Hadir sama memberikan sokongan, Ustaz Alias dan Ustazah Anisah

Suasana di perkarangan bangunan Tabung Haji


31 Mei – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.




Jangan lupa untuk turun beramai-ramai dalam demonstrasi besar-besaran Jumaat ini selepas solat Jumaat jam 2.00 petang dan berkumpul di perkarangan bangunan Tabung Haji...

No comments:

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers