Tuesday, May 26, 2009

Fahim Oh Fahim...

"Teacher jahat! Taknak kawan teacher!" Tatkala ayat ini kedengaran, pastinya ia hadir dari bibir mugil si khalifah cilik Amsyar Fahim. Ayat itu seringkali keluar tatkala ana sakan mengusiknya. Amsyar Fahim, anak kecil berusia 4 tahun namun prestasinya mengalahkan ramai khalifah yang berusia 5 tahun. Walaupun baru berusia 4 tahun, Fahim mampu mengenal ABC, nombor 1 hingga 10, dan membaca. Kenakalan dan aksinya juga seringkali menghiburkan hati ana.

Aksi pertama Fahim yang sempat ana rakamkan sewaktu sambutan HARI IBU yang lepas di Dzul Iman Kindergarten sewaktu sesi bercerita oleh Teacher Dhila. Ketika sedang bercerita tentang kisah Tanggang, tiba-tiba Fahim berdiri dan mengajuk perlakuan Teacher Dhila dan adakalanya dia mengiakan apa yang diceritakan oleh Teacher Dhila.


Aksi kedua pula ana rakamkan pagi tadi sewaktu sesi 'A Day With A Dentist'. Angah Fizul aka Dr. Hafizul Amin (tak bertauliah lagi ni) dijemput khas mengendalikan sesi ini. Sewaktu Angah bertanya, "Gigi siapa cantik?" Fahim mengangkat tangan dan berdiri. Dan Angah pun menjadikan Fahim model cara-cara menggosok gigi dengan betul... ^_^



Aksi ketiga pula sewaktu CLP (Continue Learning Process) petang tadi. Sewaktu sedang menunggu giliran untuk membaca e-Xra, Fahim tiba-tiba menyanyi lagu 'Ibu' yang telah ditukar menjadi 'Mama'. Sekejap ada gaya macam penyanyi, sekejap gaya macam bersajak pula.



Aksi keempat pula sewaktu Fahim sedang membaca e-Xra.



Amsyar bermaksud yang cergas dan Fahim bermaksud yang faham. Jadi AMSYAR FAHIM bermaksud yang cergas dan yang faham. Patutlah Fahim ni tak reti duduk diam dan terlalu cerdik.



AD: Moga membesar menjadi seorang khalifah yang hebat!

6 comments:

Zatinurnadiah said...

Assalamualaikum ukhti..
Hihi..seronok tengok gelagat amsyar fahim..hm...mmg sangat "AMSYAR"..ihi..adik sepupu ana pun namenyer amsyar..muhammad harith amsyar..yg terpuji,kuat berusaha & cergas..baru saja berumur 15hr..moga 2 amsyar nie kelak jadi "al-jaylul qurani al-farid" (generasi al-quran yg unik)..amin..^_^

Anggerik Desa said...

Waalikumussalam...
syukran jazilan sudi ziarah ke blog ni ya ukhti...ya, mudah-mudahan mereka akan menjadi "al-jaylul qurani al-farid" amin... =)

Raihan Mustafa KamaL said...

salam..

Macam ku kenal dokter dentist itu..huhu

Anggerik Desa said...

Salam...
Doktor dentist tu? Hafizul amin...hehehe...import dr USIM...siap sesat2 dia nk dtg...

aihaz said...

nk pegi mana???

Putera asQalan said...

salam.

kawen jgn lupe ajak.


(TETIBE je) haha.

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers