Saturday, October 3, 2009

Tatkala Penaku Menulis Lagi...

Bismillahirrahmanirrahim...
Lama rasanya jemari ini tidak ditarikan di papan keyboard untuk menyalurkan rasa di jiwa, cerita di minda ke layar maya dalam bentuk pengkisahan mengikut acuanku agar dapat dikongsi bersama teman-teman dan sahabat. Insyaallah, tidak lama lagi ana akan kongsikan kisah terbaru yang selama ini hanya berevolusi dan bercambah segala macam plotnya di minda yang terhad ini. Insyaallah dengan karya terbaru... AKU BUKAN KHADIJAHMU...



Sedikit sedutan...

Aku Bukan Khadijahmu

“AKU TERIMA NIKAHNYA Addina Husna binti Abdul Hakeem dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai…” Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Dina sudah bergelar seorang zaujah. Terasa wajahnya merona merah, ada rasa hangat yang menjalar di wajah. Mata tiba-tiba seakan berpasir. Debar di dada semakin kuat. Di bahu sudah ditambah tanggungjawab yang baru, sebagai zaujah. Kolam mata hampir pecah namun segera diseka air yang hampir tumpah dari tubir mata tatkala mendengar ada derap langkah yang kian menghampir.

“Assalamualaikum…” lafaz salam itu perlahan namun jelas kedengaran di cuping telinga Dina. Dina menekur pandangannya ke lantai. Dijawab perlahan lafaz itu tanpa memandang wajah insan yang berdiri di hadapannya. Insan yang kini sudah halal buat dirinya. Insan yang suatu tika dulu tertulis namanya di Luh Mahfuz sebagai jodohnya. Dan kini insan itu sudah bergelar zauj buat dirinya. Inilah insan yang kini perlu ditumpahkan sepenuh ketaatan!

Tiba-tiba ada tangan yang menyentuh lembut jemarinya. Sebentuk cincin disarungkan ke jari manisnya. Dina khali seketika namun suara Wafa yang menyeru namanya mengembalikan dia ke alam nyata. Dengan perlahan, Dina mengucup lembut penuh hormat tangan yang sebentar tadi menyarungkan cincin ke jari manisnya, lama. Dia masih gentar untuk memandang wajah insan di hadapannya. Perlahan, dagunya disentuh dan dahinya dikucup lembut. Setitis demi setitis air jernih mengalir dari pelupuk matanya. Ya Allah, terima kasih atas anugerah terindah ini!

“Terima kasih kerana sudi menjadi isteriku, Addina Husna. Dirimu adalah permata yang selama ini kucari. Inilah nikmat teragung kurniaan Ilahi pada diriku. Insyaallah, abang takkan sia-siakan Addina. Uhibbuki fillah…abadan abada…” perlahan bicara itu dibisikkan ke telinga Dina.

Teragak-agak, Dina memandang tampang di hadapannya ini. Ada senyuman di wajah itu. Senyuman yang penuh makna! Inilah dia suamiku... Ameer Fikri bin Khaleed!

Mabruk! Moga Baitul Muslim yang di bina ini berkekalan hingga ke jannatul FirdausBarakallahu ‘alaykum…” Wafa tersenyum nipis memandang dua orang sahabatnya yang kini sudah bergelar suami isteri.



Insyaallah, kisah penuh akan dikongsikan tidak lama lagi.

KY: baru kutemu kembali 'feel' nak menulis...

3 comments:

Putera asQalan said...

salam'alaik. hehe.

alaa, nama wafa dah ade. bile name aie nk jadi masuk dlm watak ni. haha

keep on writing ya ukhtie.. ^_^

Kak Yong said...

Waalaikumsalam...
nak nama Aie gak ke? Aie or Hazhari? hehe...insyaallah nant dlm citer lain kut mybe akk bleh masukkn...dh ada senarai menunggu nih...hehe...gurau je...thanks 4 ur support bro!

Kak Yong said...

Aie, AMEER FIKRI dlm citer ni adalah nama anak murid akak...actually 'anak' akak la...manja terlebih dah dengan akak...haha...nama ADDINA HUSNA tu pulak nama anak bos..hahaha...kalau dia bacalah citer ni, manala akk nak letak muka...pakai nama anak dia x mintak izin...hoho...then nama Wafa dlm citer tu plak juz kebetulan...cuba tgk citer TERBANGLAH RAMA-RAMAKU...watak WAFA ada dlm citer tu...

KY: Aie, miss ayu ada lagi x kt IIC? hr tu ada org ckp yg dia da xda...bln puasa hr tu ms akk jmp dia kt IIC, xda lak dia gtau apa2 kt adik dia ni?

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers