Wednesday, January 27, 2010

Di Bawah Langit Cinta [Preview]




"Milik siapakah dakwah ini sebenarnya?" Suara Fathil 'Ammar memecah keheningan malam. Unggun api di hadapannya dipandang lama. Sesekali matanya melirik wajah sahabat-sahabat yang duduk mengelilingi unggun api.

"Milik setiap dari kita..." Naqiuddin membalas perlahan namun penuh yakin.

“Ya, dakwah ini adalah milik setiap dari kita bahkan milik setiap orang Islam baik lelaki mahupun perempuan.” Tenang sekali kedengaran tutur bicara Fathil ‘Ammar. Sesekali tangannya mengubah kedudukan kayu api agar nyalaan api yang hampir malap tidak terus terpadam.

“Setiap orang Islam? Maksud abang?” Soal Ameer Fikri. Wajahnya berkerut seribu.

“Ya. Dakwah adalah milik kita sebagai umat Islam dan menjadi tanggungjawab kita umat Islam untuk menyampaikan dakwah. Cuba ingat kembali firman Allah dalam surah al-Imran ayat 110 yang bermaksud; kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji).”

“Dalam ayat 71 surah at-Taubah pula Allah berfirman; dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan.” Fathil ‘Ammar tersenyum nipis. Kulitnya yang cerah tampak lebih berwibawa dengan kumis nipis dan janggut pendek yang menghiasi wajahnya.

Amar makruf nahi mungkar…” Naqiuddin melontar bicara.

“Tepat sekali. Al-Qurtubi ketika mentafsirkan ayat 71 surah at-Taubah ini mengatakan bahawa menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan adalah kayu ukur yang membezakan antara orang beriman dengan orang munafik. Tugas ini tidak dikhususkan kepada para ulamak atau mereka yang digelar ‘orang agama’ sahaja.”

“Bagaimana pula dengan mereka yang memiliki pengetahuan agama yang sedikit? Adakah tanggungjawab dakwah masih terletak di bahu mereka?” Izzat bersuara setelah mendengar bicara Fathil ‘Ammar dan Naqiuddin.

Fathil ‘Ammar tersenyum memandang wajah kusut Izzat. “Izzat, Islam bukan agama yang membebankan. Biarpun jelas dakwah itu wajib ke atas setiap umat Islam, namun kewajipan ini bergantung kepada ilmu kita. Dakwah ikut kemampuan. Jika ilmu yang kita ada itu sedikit, sampaikanlah yang sedikit itu kepada orang lain. Perkara yang di luar pengetahuan ilmu kita, tidak perlulah kita sampaikan. Bukankah Rasulullah ada bersabda; sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat?”

Izzat mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti. Ada sinar kegembiraan di wajahnya.



[Bersambung...]

5 comments:

Ahmad bin Ariffin said...

cerita ni mmg ada dipublishkan ke?

Kak Yong said...

xda...tp plan tu ada la...dlm proses menulis lagi cuma klu publish ada pbezaan skit la... thanks Mad coz sudi baca...

Sakeena Zahidah said...

kY, tggu sy balik!!!

Kak Yong said...

Ok!!! Nanti kita bleh start projek kita ngeh ngeh ngeh...

faizsolehan said...

salam ziarah..... :)

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers