syukur kehadrat Ilahi..
dengan limpah kurniaNya..
selesai sudah penerbangan pesawat KRJ yang pertama bagi tahun 2010 ini (juga syukur ana berjaya juga meng'update' blog ana yang dah lama berdebu dan bersawang) yang berlepas dari lapangan terbang SM Teknik Setapak, Kuala Lumpur...
Alhamdulillah ~ Seramai 120 orang pelajar SMTSKL telah menjadi penumpang bertuah pesawat KRJ 160110 yang terdiri dari 76 orang adik-adik sayang dan 44 orang adik-adik kasih. Slot pagi 16 Jan 2010 dimulakan dengan 'KMKY' yang menampilkan gandingan mantap Abang Chef Wan, Abang Long dan Kak Nina. Gamat sungguh suasana ketika ini dengan aksi bersahaja Abang Chef Wan dan Abang Long. Adik-adik kasih dan sayang kelihatan begitu teruja!!!
Selepas solat zohor, penerbangan diteruskan dengan slot 'INTEAM' bersama Kak Nina. Alhamdulillah, sekali lagi penghayatan yang sangat bagus dari adik-adik kasih dan sayang. Moga ikatan ukhuwah yang terbina antara kalian berkekalan selamanya. Moga segala salah faham yang selama ini membelenggu diri kalian akan terurai. Nikmat persahabatan yang Allah kurniakan ini, moga ianya terus disinari cahaya keberkatan dan dilimpahi kasih sayang yang berpanjangan. syukran jazilan pada adik-adik kasih dan sayang yang sudi tampil berkongsi dihadapan. Apa pun ada satu adegan yang membuatkan hati Kak Yong sangat-sangat tersentuh di mana seorang adik sayang menyapu air mata sahabatnya yang mengalir di pipi sambil memujuk sahabatnya itu… huhu…adik sayang tu… kalau adik kasih, Kak Yong tak hairan.
Di sebelah petang pula, usai solat Asar telah diisi dengan slot riadah yang dikendalikan oleh Kak Nina untuk adik-adik kasih. Bukan main seronok lagi adik-adik ini beriadah ;)
Selepas isya' seperti biasa, kami memulakan sesi MAM 1 dan MAM 2 yang dikendalikan oleh Pak Andak dan semua tenaga fasilitator. Alhamdulillah, moga sedikit tarbiyah ini memberi kesan dan impak positif kepada adik-adik kasih dan sayang SMTSKL dalam menempuh ranjau kehidupan. Moga keinsafan yang timbul diseiringkan dengan amalan-amalan yang akan berterusan. insyaAllah..
Hari terakhir pula (17 Jan 2010) diisi pula dengan slot Hijrah untuk adik-adik kasih dan saying yang dikendalikan oleh Abang Bai manakala Pak Long mengendalikan slot MKMS bersama ibu bapa. Dan slot pertemuan pastinya sangat menyayat hati lebih-lebih lagi dengan perkongsian dari adik-adik yang sudah kehilangan ibu bapa, juga adik-adik yang datang dari keluarga berpecah belah. Bagai disayat-sayat hati semua yang mendengar dan menyaksikan tidak kira yang berada di dalam mahupun di luar dewan. Termasuk juga yang melihat di balik tingkap juga yang sedang khusyuk mengendalikan laptop .
Majlis diakhiri dengan ucapan dari wakil pihak sekolah serta sesi bersalaman sebagai tanda perpisahan . Tahniah buat semua! :)
Jazakumullahu khairan kathira pada semua yang membantu dan mengendalikan KBM sulung bagi tahun 2010 kali ini . Alhamdulillah, permulaan yang baik bagi KBM KL di tahun ini. Moga Allah mengganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran~ ameen ya rabbal 'alamin
KMKY : [Chef Wan] [Abang Long][Kak Nina]
InTeam : [Kak Nina]
MAM 1 : [Pak Andak]
MAM 2 : [semua pengendali dan fasilitator]
Hijrah : [Abang Bai]
MKMS : [Pak Long]
Pertemuan : [Abang Bai]
Laptop : [Kak Yong]
Video : [Kak Zar]
fasilitator ikhwah:
[Abang Syafiq aka Abg Din] [ Abang Fathil] [Abang Amirul] [Abang Zolkhairee] [Abang Azim] [Abang Haikal] [Abang Hasbullah] [Abang Zaidul Khair] [Abang Aiman] [Abang Muain] [Abang Muadz] [Abang Zamree]
Fasilitator akhwat:
[Kak Aisyah] [ Kak Ana]
[Suka-suki Hati]
Kak Yong: Moga terus... Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!!! dan tiba-tiba kY dapat nama baru lak, 'Kak MTV'... ape-ape je la...
No comments:
Post a Comment