Friday, March 20, 2009

Doaku... [1]



Hurm...saje je letak tajuk entry ana kali ni dengan tajuk lagu dalam blog ana ni "DOAKU..." dari Hadad Alwi dan Fadli kumpulan Padi. Lagu ni ada sense of value buat ana personally. Okey, untuk entry kali ini ana ingin bercerita tentang DOA.

Mungkin adakalanya kita tertanya-tanya, adakah Allah mendengar doa-doa kita? Jawapan pertama bagi persoalan ini adalah, Allah itu dekat dengan kita. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka beroleh kebenaran." Nah, kita dapat lihat sendiri, Allah sendiri telah menyatakan bahawa Dia sangat dekat dengan hamba-hambaNya dan Dia akan mengabulkan doa hamba-hambaNya.

Kedua, Allah selalu mendengar doa kita kerana Allah itu Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Malah Dia tahu bisikan hati kita. Bukankah telah jelas dan nyata bahawa Dia itu sangat dekat dengan kita malah lebih dekat dari urat leher kita. Namun, cuba kita lihat kembali di hujung ayat 186 surah al-Baqarah yang berbunyi, "Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka beroleh kebenaran." Amalan baik akan mendekatkan kita kepada Allah, sedangkan amalan buruk akan menjauhkan kita daripada Allah. Cuba kita lihat satu analogi. Ada dua orang yang tinggal berjiran di dua buah rumah sebelah-menyebelah. Daripada segi jarak dan kedudukan rumah, mereka sebenarnya sangat dekat. Malangnya, mereka tidak pernah bertemu walaupun di pintu pagar. Mereka juga tidak cuba bertanya khabar dan tidak cuba berkenalan. Oleh sebab itu, hubungan mereka menjadi sangat jauh. Semakin mereka tidak peduli antara satu sama lain, hubungan mereka semakin jauh. Begitu juga kita dengan Allah. Dia sangat dekat dengan kita, tapi apabila kita malas mengerjakan solat, tidak berpuasa, suka membuang masa, kita akan menjadi jauh daripada Allah.

Konklusinya, Allah itu Maha Mendengar dan Allah itu sangat dekat pada kita biarpun Allah itu bersemayam di atas Arasy kerana sesungguhnya Allah berbeza dari setiap makhluknya. Oleh itu, tidak hairanlah jika Allah memberitahu kita bahawa Dia bersemayam di atas Arasy tetapi Dia juga memberitahu kita bahawa Dia sangat dekat dengan hamba-hambaNya malah lebih dekat dari urat leher. Oleh itu janganlah khuatir kerana Allah itu mendengar setiap dari doa-doa kita... Maka, BERDOALAH...


5 comments:

Amir Rayyan said...

salam kak yong...

btol kak...berdoalah..ALLAH itu amt pemurah sgt...InsyaALLAH ALLAH akan permudahkan sgalanya wat kita...

[SHE] said...

Salam Amir...

yup...Allah itu sangat dekat dengan kita dan Dia Maha Mendengar...jadi, kitalah yg perlu minta dari Dia...berdoa dan terus berdoa...kerana Dia tidak jemu-jemu menanti doa-doa dari hamba-hambaNya...

-SZ- said...

Terima kasih kak..
satu peringatan buat sy skrg yg sgt2 tgh ~_~'
Allah maha pengasih... only HE knows wut we're going through day by day.

Ya Allah lemahnya hambaMu ini...

Hazhari Ismail said...

Basahkan lidah dengan kalimah 'Allah'..

Jgn risau..Allah sentiase ade kat hati org yg selalu mengingatinye.

Allah jua lah tempat kita mengadu dan memohon keampunan..

[SHE] said...

To Sakeena:
Hurm...u r most welcOme...actually akak pun tgh ~_~' gak...sampai mdm CarOl dgn miss ayu perasan...tp da ok da...da g sesi kaunseling...alhamdulillah feel better...hurm...akk doakn keena terus kuat...akk xkn putus2 doakn keena...uhibbuki fillah abadan abada...

To Aie:
yup, Allah itu ada...biarlah klu insan lain pinggirkn kita, tp DIA sentiasa ada untuk mendengar rintihan2 kita...

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers