Tuesday, December 30, 2008

Terbaru!!!

Salam alaik buat semua pengunjung blog ini...
Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi berpeluang bernafas di bumi milik ALLAH ini. Terbaru dari Kak Yong - Halaqah Cinta!!! Ikuti kisah ini di sini.


“Tugas berdakwah terletak di pundak setiap dari kita. Menyeru manusia kepada Allah S.W.T. adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Allah S.W.T. berfirman dalam surah Fushilat ayat 33 yang bermaksud: Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.

Menyeru manusia kepada Allah S.W.T. menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar serta tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari. Hadith diriwayatkan oleh at-Tabrani.”

Ya Allah, betapa besar dan beratnya tanggungjawabku ini...

“Ada tujuh marhalah dalam dakwah fardiyah iaitu ta’aruf, bina iman, taat syari’at, Islam syumul, tanggungjawab mendirikan daulah (Mas’uliah Ammah), memahami berjamaah dan bersama jamaah. Setiap marhalah ini perlu diikuti satu persatu demi menjamin kejayaan sesuatu dakwah.”

*marhalah – peringkat
*ta'aruf - perkenalan
*mas'uliah ammah - tanggungjawab umum
* dakwah fardiyah – dakwah perseorangan






Kak Yong: dalam halaqah ini, aku mencari CINTA...

2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah : seronok membaca terus cacatan kak yong.semuga tahun baru hijrah kita dibekalkan dengan KUASA untuk mengerakkan diri untuk sama2 menjadi setiap ruang dan potensi diri untuk bergerak ke jalan Allah.

dan saya yakin kepada apa yg kak yong tuliskan disini ; merupakan satu dahwah yg besar untuk kita ambil ikhtibar dan dihujungnya pada kak yong ; keberkatan Allah.....

[SHE] said...

syukran jazilan ats kesudian mbaca catatan demi catatan sy yg masih lg belajar...yup, mgkin ini method dakwah yg bleh sy gunakn...nk bdakwah dgn lisan, rsnya msih blum bkemampuan...

moga thn baru HIJRAH ini mberi sinar baru buat semua...amiinn

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers