Monday, August 10, 2009

Jaulah KBM ke Kuantan...

Alhamdulillah, pada 7 Ogos hingga 9 Ogos yang lalu, ana telah berkesempatan mengikuti Jaulah KBM ke Kuantan bersama-sama team KBM KL yang lain bagi menjayakan Program Keindahan Bersama Mu (KBM) Edisi Remaja yang julung-julung kalinya diadakan di Pahang. KBM kali ini bertempat di SMK Sg. Isap, Kuantan. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya ana berpeluang menjejakkan kaki kembali ke bumi Kuantan setelah hampir 3 tahun meninggalkannya. Begitu cantiknya percaturan Allah!

Habis sahaja waktu bekerja kira-kira jam 7 malam, ana memulakan perjalanan menuju ke Stesen Komuter Padang Jawa. Syukran jazilan kepada Ukhti Zarina yang sudi menghantar ana ke sana. Setibanya di KL Sentral, musolla segera dijejaki kerana waktu Maghrib sudah suntuk. Usai solat Maghrib, ana menyambung perjalanan menaiki LRT Putra menuju ke Stesen Putra. Tiba di sana, Kak Nina, Damia dan Yatt setia menanti. Dan kami bergegas menuju ke Pejabat JIM Pusat di Taman Melawati di mana Majlis Kesyukuran dan Penegasan Iltizam untuk bekas tahanan MANSUH diadakan.





Di Pejabat JIM Pusat, ana bertemu Abang Bai, Kak Sodd dan 'Izz yang comel. Kesian 'Izz sampai tertidur dalam pelukan Ummizz. Usai Majlis Kesyukuran dan Penegasan Iltizam, kami bergerak menuju ke kediaman Pak Kay. Segala peralatan di punggah ke dalam Avanza. Kami; Abang Bai, Kak Sodd, 'Izz, Akh Nizam, Akmal (anak Makcik Salmi), Damia dan ana bertolak ke Kuantan tepat jam 12.00 malam dengan menaiki Avanza dan Kenari.


Jam 1.30 pagi, kami berhenti rehat seketika di Hentian Sebelah Temerloh dan kemudian menyambung perjalanan kembali ke Kuantan. Alhamdulillah, tepat jam 3.20 pagi akhirnya kami tiba di SMK Sg. Isap. Ketibaan kami disambut Akh Ridhuan, Akh Irfan dan zaujahnya Ukhti Hamnah. Ukhti Hamnah menunjukkan tempat penginapan untuk kami. Dan yang paling gembira tentulah si comel 'Izz... dapat bergolek atas comforter.


Disebabkan sudah lama tak bertemu 'Izz, ana mengambil kesempatan untuk tidur bersebelahan 'Izz. 'Izz memang manja dan nakal... dalam Achik Yong mamai-mamai mengantuk, sempat lagi 'Izz tarik hidung Achik Yong, cubit pipi Achik Yong...tapi Achik Yong biarkan je... hehehe... ni mesti kes rindu kat Achik Yong dia ni... (^__^) Entah pukul berapa, akhirnya mata pun terlelap.


Bangun saja dari tidur, Achik Yong snap gambar 'Izz yang asyik tidur. Comel sungguh!


Bila 'Izz buka mata je, terus senyum kat Achik Yong! Seronoknya!!!


'Izz memang baik sungguh sepanjang program berlangsung. Sewaktu slot KMKY, 'Izz duduk di belakang dewan dengan Ummizz. Abizz kendalikan slot, Achik Mia jaga laptop dan Achik Yong kena jadi ketua fasi. 'Izz tak menangis pun sikit pun.


Tapi... waktu semua orang tengah bergelak ketawa dan bergembira buat Army Yell dan Happy Chicky, 'Izz tidur kat belakang.

Selepas solat Zuhur, Abizz kendalikan slot InTeam. Ummizz dengan Achik Mia jaga laptop. 'Izz duduk kat belakang dewan dengan Achik Yong. Ummizz kena bagi semangat pada Abizz. Di awal slot InTeam, 'Izz tidur juga. Tapi, bila peserta kasih dan sayang mula menangis, 'Izz bangun dan tersenyum tengok muka Achik Yong. Dan tiba-tiba, 'Izz gelak sakan sampai Abizz dan Ummizz kat depan boleh dengar. Abizz ingatkan 'Izz menangis, rupa-rupanya 'Izz ketawa. Achik Yong sempat rakam dengan handphone Achik Yong yang tak berapa nak canggih tu.


Pukul 4.30 petang, Abizz bawa Ummizz, 'Izz, Achik Mia dan Achik Yong pergi Taman Gelora (dekat area Kampung Selamat dan Kolej Ikip). Achik Yong yang minta Abizz bawa kita pergi situ sebab Achik Yong konon-kononnya nak kutip balik kenangan terindah 3 tahun lepas... (^__^)/"


Kami singgah kat salah satu kedai makan yang berderet kat Taman Gelora. 'Izz duduk dengan Abizz. Achik Yong makan Laicikang dengan keropok Lekor. Achik Mia makan Mee Kari. Ummizz dengan Abizz makan Rojak Ayam. 'Izz??? 'Izz tengok je... kesian 'Izz kan?


Lepas makan, Achik Yong dengan Achik Mia sempat lari sekejap pergi tepi pantai. Ambik gambar dan ambik angin... (^_^)


Balik dari Taman Gelora, 'Izz duduk atas pangku Achik Yong waktu dalam Avanza. Begitu asyik 'Izz menikmati keindahan alam ciptaan Allah... (^_^)v

Malam kedua di SMK Sg. Isap, 'Izz tidur diapit Achik Yong dan Achik Mia. Bila Achik Yong buka mata je waktu pagi, 'Izz dah bangun. Siap senyum lebar lagi tu pada Achik Yong sambil meniarap. Comel sungguh! Nasiblah tengah mamai, tak terfikir nak snap senyuman manis 'Izz tu.


Lepas Ummizz bagi 'Izz minum susu, Achik Yong letak 'Izz atas riba... tepuk-tepuk 'Izz.. tengok-tengok, 'Izz tertidur.


Program KBM selesai sebelum waktu Zuhur. Lepas makan nasi, sayur dan lauk di waktu tengahari, kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pukul 3.00 petang.


Abizz singgah di Hentian Sebelah Maran, penat dan mengantuk yang teramat. Waktu Abizz tidur, Ummizz bagi 'Izz minum susu. Hampir satu jam kami berhenti di Hentian Sebelah Maran.


Pukul 7 malam, kami singgah di Hentian Genting Sempah untuk makan nasi, lauk dan sayur di waktu malam, juga solat Maghrib. Kesian 'Izz tengok je Abizz, Ummizz, Achik Mia dengan Achik Yong makan. 'Izz dapat makan nestum lepas semua orang dah siap makan. Alhamdulillah, akhirnya kami semua selamat sampai di Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam. Heh, lima jam lebih perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur! Macam tak logik kan? Tapi nak buat macamana, Abizz penat... kenalah berhenti rehat. Achik Yong tak jadi balik Shah Alam malam tu sebab dah lewat sangat nak naik komuter. Jadi, Achik Yong tumpang tidur rumah 'Izz.


KY: ni blog siapa sebenarnya? Blog 'Izz ke blog Achik Yong? Huhuhu...rindu la kat 'Izz...

No comments:

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers