Sunday, August 30, 2009

Terbang Bersama Kenari...

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, syukur kerana Allah masih memberi nikmat hidup dan kesihatan yang baik buat diri ini. Semalam, tanggal 29hb Ogos 2009 merupakan hari yang cukup sibuk buat ana sehari suntuk bermula dari pagi hingga melewati hampir jam sebelas malam. Terbang bersama kenari??? (^__^) Kerana ana bergerak dengan menaiki kereta Kenari Fida (anak usrah ana di IIC). Dan lazimnya jika menaiki Kenari ini, pastinya ana yang dikehendaki memandu oleh si empunya kereta. Katanya, inilah peluang untuk dia duduk di kerusi sebelah!


TAMRIN WANITA JIM DAERAH PETALING

Alhamdulillah, ana diberi kesempatan dan ruang oleh Allah untuk turut serta dalam Tamrin Wanita JIM Daerah Petaling yang diadakan di Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Syah Alam. Program ini bermula seawal jam 8 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Fida turut ana undang ke Tamrin Wanita ini. Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berprogram bersamanya, Allah berikan peluang pada kali ini. Turut hadir sahabat seusrahku, Kak Yam, Suhaili, Aisyah, Huda serta naqibah tersayang Makcik Min (zaujah Pakcik Roslan). Program dimulakan dengan taklimat ringkas dan solat sunat dhuha. Kemudian disambung dengan bacaan ma'thurat, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat tasbih. Seterusnya para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sama-sama bertadarus Al-Qur'an (juz 8). Tatkala jarum jam menunjukkan pukul 10.30 pagi, program diteruskan lagi dengan ceramah dari Ustaz Abd Muhaimin yang bertajuk "Menyucikan Jiwa di Bulan Puasa". Program berakhir pada jam 12.30 tengahari.


Di sini ana ingin quote kata-kata Ustaz Abd Muhaimin yang mana bagi ana ianya sangat bermakna...

Kita lahir ke dunia tanpa seurat benang dan kita akan meninggalkan dunia ini dengan 5 helai kain kafan. Di antara keduanya itu hanyalah sekadar pinjaman dan amanah yang harus digalas dengan sebaiknya.

Ya, kita ini sebenarnya tidak punya apa. Biar sekaya manapun kita, biar setinggi mana pun pangkat dan jawatan kita, tatkala matinya kita nanti semua itu akan ditinggalkan. Yang kita bawa sebagai bekal hanyalah doa dari anak-anak yang soleh, amal jariah, dan ilmu yang bermanfaat. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bahawa apabila matinya anak Adam maka terputus amal ibadatnya kecuali tiga perkara, pertama : ilmu yang bermanfaat, kedua : sedekah jariah dan ketiga : doa anak-anak yang soleh.



PKNS

Selesai sahaja Tamrin Wanita JDP, ana singgah sebentar di PKNS Shah Alam untuk membeli buku Al-Rahiq Al-Makhtum Sirah Nabawiyyah yang akan digunakan dalam usrah bersama Makcik Min. Sudah lama ana mengidamkan buku ini tetapi gara-gara ketiadaan masa untuk ke PKNS, ianya tertangguh agak lama. Dan ana sendiri diberi tugasan oleh Makcik Min yang memerlukan ana merujuk buku ini. Moga ia memberi manfaat yang besar buat diri ini. Buku tafsir Al-Wadhih: Juz 30 ini pula dihadiahkan oleh Adik Isma walaupun sebenarnya ana meminta dia membelikan buku ini bagi pihak ana di Pustaka Mukmin, Jalan Masjid India (di kedai buku PKNS sudah kehabisan stok). Anyway, thank you so much sis! Dan ada satu lagi yang ana teringin sangat nak miliki; Tafsir Al-Qur'an yang turut mengandungi asbabun nuzul (tak ingat terbitan mana... Makcik Min yang suggest) berharga RM130. Insyaallah, kena kumpul duit dulu. Harap-harap ana dapat milikinya selepas Aidilfitri.




Kalau dihitung-hitung, banyak juga duit yang 'terbang' untuk buku-buku sejak Pesta Buku Selanggor tempohari. Tapi tak mengapalah, ini pelaburan yang insyallah banyak manfaatnya. Tak dapat beli baju raya untuk tahun ni pun tak apa. Banyak lagi baju yang elok dan cantik untuk dipakai... (^__^)/" Tahun lepas pun tak beli baju raya, tapi okey je!


IFTAR MAHABBAH

Alhamdulilah, Allah beri peluang untuk ana dan sahabat-sahabat akhwat seramai 8 orang untuk iftar bersama-sama; Kak Nina, Kak Yong, Mia, Alang, Sakeena, Gha (Najihah), Isma dan Fida. Sahabat-sahabat akhwat yang lain tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.


Jam 4.30 petang, ana dan Fida bertolak dari Shah Alam melalui Federal Highway. Entah macamana, beberapa kali ana tersilap masuk jalan dan menyebabkan kami berpusing-pusing di tengah bandar Kuala Lumpur. Pertama kali rasanya ana memandu di tengah-tengah bandar yang sesak sampai melalui hadapan Puduraya (-_-'). Akhirnya berkat usaha gigih, ana bertemu kembali jalan pulang... eh, jalan yang betul. Tapi bagi ana, selagi ana tak sesat jalan, selagi tu la ana takkan expert jalan-jalan kat KL ni. Ana tiba di Hostel Puteri IIC di Batu 4, Jalan Gombak untuk menjemput Gha dan Isma dan terus bergerak menuju ke IIC bertemu Sakeena yang menanti dengan kereta Wiranya di sana. Sedang ana memandu menuju ke tempat yang dijanjikan, Mia membuat panggilan bertanya kedudukan ana. Akhirnya kami selamat tiba di Deen Seafood yang berhadapan dengan Masjid Zakaria, Batu 8 1/2 Gombak. Kak Nina dan Alang sudah setia menanti. Setelah membuat pesanan, ana diberi amanah oleh Kak Nina untuk memberi sedikit perkongsian sementara menunggu masuknya waktu berbuka puasa. Katanya, nak dengar perkongsian dari mutorobbi Makcik Min, sharing is caring. Dan ana pun memberi sedkit perkongsian berkenaan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abd Muhaimin sewaktu Tamrin Wanita JDP.

Inilah dia hasil pesanan yang dibuat oleh Kak Nina dan Sakeena; Tom Yam Campur, Daging Masak Merah, Ulam dan sambal belacan, Sayur Campur, Kurma dan yang paling best... Ikan Siakap 3 Rasa!!! Untuk minuman pula, masing-masing memilih teh ais (Fida), laici (Isma, Mia, Sakeena dan Gha), Jus Tembikai Laici (Alang), dan Jus Oren (Kak Nina). Dan ana pula terpaksa memesan Laicikang panas yang sungguh tak sedap itu...huhuhu...kalau sejuk baru sedap. TERPAKSA sebab batuk ana yang masih tidak pulih dan ana tidak mahu mengambil risiko batuk yang baru nak pulih menjadi bertambah teruk. Seingat ana, Ramadhan tahun lepas juga ana mengalami keadaan yang sama juga; BATUK yang teruk sehingga Sakeena menghantar ana ke klinik.


Selesai sahaja menjamu selera, selesai menjelaskan bayaran (hampir RM100...hehehe...), kami bergerak ke Masjid Zakaria untuk solat Maghrib berjemaah.


Tamam solat Maghrib, kami bersalam-salaman dan berpelukan tanda ukhwah sebelum masing-masing beredar pulang; Alang (Ulu Klang), Kak Nina (Selayangku Sayang), Mia (sebelah Masjid Zakaria), Sakeena (TTDI) dan ana menghantar Isma dan Gha ke Hostel Puteri IIC di Bt. 4 Jalan Gombak sebelum ana dan Fida bertolak pulang ke Shah Alam. Hajat ana untuk solat tarawih di Masjid UIAM terpaksa dibatalkan kerana kami terpaksa pulang ke Shah Alam malam itu juga. Pulang ke Shah Alam melalui MRR2 dan lebuhraya Kesas dengan mata yang letih dan agak mengantuk benar-benar menguji ana. Alhamdulillah, ana selamat tiba di Shah Alam jam 10 lebih. Indahnya hari yang berlalu... Terbang bersama Kenari, melebar sayap dalam pencarian ilmu dan mengukuhkan ukhwah dan silaturrahim... Moga kasih ini kekal abadi...

Buat Kak Nina, Mia, Alang, Sakeena, Fida, Gha dan Isma... Syukran jazilan kerana sudi meluangkan masa untuk iftar bersama-sama Kak Yong. Sebenarnya hati ini terlalu rindu saat-saat kita bersama. Moga akan ada lagi peluang untuk kita bersama... Buat adik-adik yang tidak dapat hadir, moga Allah pertemukan kita di lain kesempatan... Ameen...
Uhibbukum fillah abadan abada...



KY: rindu sangat-sangat nak jumpa Pak Long & Mak Long, Pak Andak & Mak Andak, Pak Kay & Ummi Ida, Pak Ngah & Mak Ngah serta kerabat KBM KL yang lain... Hari tu dah terlepas tak dapat pergi Iftar di An-Nadi (T_T)

4 comments:

Fairuz Ashikin said...

Salam,
Isma ada contact sy.
Tapi,alamak tak jelas la muka isma
kat dalam blog ni..hehe

[SHE] said...

Salam kembali...xpe, nant jmp la tu...Isma ni duk kt hostel Bt 4 jg... =) nant apa2 hal bleh mtk tlg dgn dia...bleh kenal dgn adik2 akk yg lain yg duk kt Bt 4

HambaAllah Yang Memakmurkan said...

silap betul la bukak entry ni waktu bulan puasa..ade gambar makanan sedap2 pulak..

[SHE] said...

maaf la AO, akk mmg suka letak gmbr2 mknan dlm blog nih... =)

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers