Sunday, August 16, 2009

Kisah Sebulan...

Bismillahirrahmanirrahim... Rasanya hampir sebulan ana bermusafir di Bandar Anggerik dengan memegang status sebagai guru kepada 15 orang anak-anak yang keletahnya bisa mendatangkan sejuta rasa di jiwa. Bermula 20 Julai yang lalu secara rasminya ana bergelar GURU di Dzul Iman Islamic Kindergarten. Dalam tempoh hampir sebulan juga pelbagai perkara berlaku dan dilakukan.

Berbicara tentang anak-anak seramai 15 orang itu pastinya mengundang damai di jiwa. Sebulan lebih ana meninggalkan mereka tamam latihan industri banyak merubah mereka. Dan setelah 'bercuti' selama sebulan lebih juga membuatkan ana sedikit kekok tatkala bersama mereka. Segala-galanya bagaikan up and down 360 degree... Kadang-kadang terasa nak 'telan' seorang demi seorang dari mereka namun kesabaran menjadi benteng utama. Berkat tunjuk ajar dan nasihat Big Boss serta bantuan Teknik Khalifah, anak-anak seramai 15 orang ini lebih mudah mendengar kata. Tidak terlalu sukar lagi untuk mengurus mereka. Dan pastinya hubungan kami lebih mesra. Amsyar Fahim? Rindu rasanya nak mendengar kata-kata "Teacher jahat! Tak nak kawan teacher!" dari bibirnya. Dia sangat manja kini dengan ana. Bahagianya rasa itu. Bahagianya punya anak-anak untuk mewarnai hidup ana kini... (^__^)/"

Alhamdulillah, syukur ana panjatkan ke hadrat Ilahi kerana pencarian ana dipermudahkan di Bandar Anggerik. Halaqah cinta itu begitu mengasyikkan. Tidak sabar rasa di hati untuk menanti liqa' yang akan datang. Belajar semua... Belajar semula... Indahnya rasa ini... Saban minggu alhamdulillah kaki ini tidak terlepas dari mengikuti program-program yang dianjurkan KARISMA, JIM dan team KBM KL. Dan sepanjang kaki melangkah menuju ke destinasi tujuan, pastinya pengangkutan awam menjadi pilihan termasuk sepasang kaki pinjaman Allah yang sangat berjasa ini. Alhamdulillah atas kurniaan sepasang kaki sebagai bekal kembara di dunia sementara ini. Berjalan, melihat dan mentafsir. Dan sepanjang jalan permusafiran itu terlalu banyak ragam manusia yang ana dapat saksikan. Sepasang mata, jendela melihat kebesaranNya telah menyaksikan rosaknya anak bangsa angkara mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Sepasang mata ini telah menyaksikan darah merah mengalir ke bumi, kezaliman mereka yang diberi sedikit kuasa, serta rosaknya akhlaq dan pemikiran anak bangsa sendiri. Tidakkah kita sedar siapa yang bersorak girang melihat ini semua terjadi? Mengapa tidak diguna akal kurniaan Allah ini?



Di kesempatan ini juga, jutaan kemaafan ana pohon dari sahabat-sahabat serta teman-teman atas tingkah ana sepanjang tempoh sebulan setelah tamam ana menjalani latihan industri. Asif kathiran atas KEBISUAN ana sepanjang tempoh itu. Maaf jua atas panggilan-panggilan telefon serta kunjungan-kunjungan SMS yang tidak ana beri perhatian. Entah mengapa, KEBISUAN itu yang ana pilih. Entah mengapa alat yang bernama HANDPHONE itu tidak langsung ana pedulikan. Penyakit baru barangkali... (-__-') Afwan andai KEBISUAN itu merungsingkan antum. Maaf andai KEHILANGAN ana membuatkan ada hati yang tertanya-tanya.

Insyaallah, untuk makluman semua selepas ini laman ini hanya akan memaparkan aktiviti ana di sana sini manakala untuk penulisan ana yang lebih serius namun dalam bentuk yang lebih santai boleh diikuti di Musafir Kasih Ilahi. Mohon maaf sekali lagi andai ada hati yang terusik selama ini. Barakallahu alaikum...

... Berjalan, melihat dan mentafsir sepanjang jalanan permusafiran Kasih Ilahi agar hidup lebih bermakna ...



** Insyaallah dalam entry yang akan datang ana akan kongsikan berkenaan Teknik Khalifah dan program Daurah Penguasaan Bahan **

No comments:

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers