Wednesday, December 24, 2008

Guru, Cikgu...

"Untung kalau jadi cikgu ni. Pahala tu tak putus-putus, dan sampai bila-bila pun orang akan panggil cikgu. Waima kalau kita dah meninggal sekalipun, orang tetap akan panggil cikgu juga..."

Itulah cakap-cakap atau kata-kata yang sering diungkapkan oleh kebanyakan orang. Dan bagi yang pernah menonton kisah SANG MURABBI, pastinya akan ingat kata-kata Ustaz Rahmat kepada ibunya...

"...jadi guru itu justeru hartanya banyak...kasi ilmu aje kerjaannye..."

Masih segar dalam ingatan sewaktu pertama kali Kak Yong bergelar "CIKGU". Waktu itu usia Kak Yong sekitar 20 tahun. Menjadi seorang guru tadika swasta di sebuah daerah di negeri Pahang merupakan satu pengalaman yang cukup berharga. Pengalaman ini jugalah yang menyebabkan Kak Yong mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Islam Antarabangsa.

Ketika Kak Yong bergelar cikgu tadika dulu, tanpa sedar sebenarnya diri ini telah menjadi dai'e kepada sekumpulan khalifah kecil. Bukan mudah sebenarnya nak mengajar kanak-kanak berumur 4 tahun untuk mengenal huruf-huruf al-Qur'an. Kak Yong mengalaminya sendiri sewaktu di tadika dulu dan sama juga seperti hari ini kerana emak Kak Yong mengajar anak-anak jiran mengaji. Bila balik ke kampung, Kak Yong yang akan mengambil alih tugas emak.

Di IIC pun Kak Yong berpeluang menjalani latihan pra-praktikal di nursery. Seronok dapat menimba pengalaman menjaga baby dan kanak-kanak kecil. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah menjaga 'anak kesayangan' Kak Yong iaitu Izzah dan Wardah. Macam-macam karenah mereka. Waktu itu usia mereka 8 bulan sahaja dan Kak Yong sempat menjaga mereka hingga usia mereka mencecah setahun tiga bulan. Sekarang usia mereka hampir mencecah 2 tahun. Bila melihat Wardah dan Izzah kini yang hampir mencecah usia 2 tahun, suatu perasaan yang sukar digambarkan bersarang di dalam hati. [erm...bila ye nak ada zuriat sendiri yang comel dan nakal macam mereka berdua? Insyaallah, satu masa nanti... ]

Al-Sayyid Sabiq ada mengatakan pentarbiahan anak ialah usaha untuk membentuk mereka dari segi jasmani, akli, rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya. Oleh itu tugas mentarbiah anak-anak kecil bukanlah suatu tugas yang enteng. Tugas mentarbiah ini melibatkan semua pihak namun, pihak yang paling berpengaruh dalam membentuk peribadi anak adalah keluarga. Ibu bapa adalah pihak yang paling berkuasa dalam mencorak sahsiah anak itu sendiri. Ramai ilmuan Islam yang lahir pada masa dahulu adalah hasil didikan ayah ibu yang berpegang pada hadis yang bermaksud:

"Sesiapa di kalangan kamu mengajar anaknya adalah lebih baik baginya daripada bersedekah setengah gantang makanan kepada orang miskin."

Oleh itu, bagi Kak Yong setiap ibu bapa harus merebut peluang untuk mendidik anak mereka sendiri kerana ibu bapa adalah GURU pertama bagi anak-anak. Pendidikan anak-anak bukannya bermula di sekolah mahupun rumah tetapi sepatutnya pendidikan anak-anak harus bermula sejak anak itu berada dalam kandungan lagi. Dan bagi Kak Yong, emak Kak Yong adalah guru pertama dan guru yang terbaik untuk Kak Yong. Nak tau kenapa? Sebab emak adalah insan yang sabar mengajar Kak Yong untuk mengenal ABC dan juga mengenal huruf-huruf al-Qur'an. Alhamdulillah, sewaktu Kak Yong berusia 4 tahun, Kak Yong sudah boleh mengenal huruf dan ketika berusia 5 tahun Kak Yong sudah boleh membaca dengan lancar.

Sewaktu Kak Yong berusia 5 tahun juga, Kak Yong sudah boleh membaca muqaddam biarpun masih belum lancar. Itulah hasil tangan emak yang mendidik Kak Yong. Tidak dinafikan juga peranan cikgu di sekolah kerana Kak Yong mula memasuki tadika sewaktu berusia 4 tahun, namun disebabkan ketegasan emaklah yang menyebabkan proses pembelajaran itu menjadi lebih cepat dan berkesan. [senyum] Masih lagi terbayang-bayang tangan emak memegang erat rotan di tangan sewaktu mengajar Kak Yong mengaji sehinggakan Kak Yong menangis teresak-esak.

Apa yang dapat Kak Yong simpulkan, tugas mendidik ini dapat menjadikan diri Kak Yong lebih sabar malah sikap panas baran juga dapat dikikis. Sesungguhnya tugas seorang pendidik adalah satu tugas yang bukan mudah dan tugas yang mulia. Guru, jasamu melangit luas. Tanpamu guru, aku pastinya tidak akan menjadi seperti hari ini. Ya Allah, ampunilah segala dosa guru-guruku, rahmatilah mereka ya Allah. Tempatkanlah mereka di kalangan hamba-hambaMU yang beriman...Amiinn...



Gambar-gambar bersama anak-anak didik sewaktu bertugas di Tadika Jezs Indah



Bersama Wardah (kiri) dan Izzah (kanan)

Kak Yong: Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Hj. Samsuri (2001), Allahyarham Cikgu Husin bin Hasan (1999) dan Allahyarham Cikgu Hj. Yusuf bin Hj. Hamdan (2006). Syukran jazilan atas semua jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan oleh semua guru-guru yang telah mencorak insan bernama FIZA HASNI MD EHSAN. Terima kasih cikgu!

2 comments:

D said...

Salam alaik..
yup..betul..dlm ape jua keadaan..selepas parents, teacher is the closest person we have to help us in building ourselves in becoming a person..in many ways..guru banyak panggilannya..cikgu..ustazah..madam..profesor..mentor..mcm2 lagi.setiap yg menerima panggilan itu bertanggungjawab atas tugasannya..krn setiap yg berada di bwh jagaan guru2 ini adalah mad'u..mad'u yang mencari nilai2 ilmu Allah di muka bumi ni..kelak..mereka2 ini akan dipertanggungjawabkan atas tugas2 di akhirat..seringan, semudah, seberat, atau seseksa manapun tugas itu..ada balasannya..mungkin bukan dr manusia, ibu bapa anak murid kita, majikan, anak2 murid, mantee atau sesiapa saja..tapi balasan or nikmat Allah itu yg patut di kejar..walau kita di hambat tugas2 lain yang lebih bermakna..sekali kita di beri tugas mendidik..jangan sekali di ambil ringan..WALAUPUN KITA TIDAK MENGAJAR SECARA LANGSUNG..walaupun sekadar memerhati dan menilai..tp bila dipertanggungjawabkan mengajar seseorang utk seseorang itu mengajar org lain..tetap tugas yang penting..harap kak Yong memahami..
ingatan tulus ikhlas dari Alang..

[SHE] said...

walaikumsalam...
syukran jazilan alang atas peringatan ini...yup!tugas dan tggungjwb sbg seorg guru bkn mudah apatah lg sbg seorg dai'e...stp dr kita adalah dai'e dan kak yong sendiri sdg mncari 'sesuatu' utk mperbaiki diri...

KY: indahnya mawar yang berduri...

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers