Wednesday, December 17, 2008

Tragedi Bukit Antarabangsa: Ujian atau Musibah?



"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman! Sedangkan mereka tidak akan diuji (dengan sesuatu cubaan)?" ~ al-Ankabut:2

Secara peribadi, Kak Yong berpendapat tragedi Bukit Antarabangsa yang menggemparkan setiap daripada kita merupakan satu teguran dari Allah S.W.T. kepada semua umat manusia. Lihatlah, betapa kerakusan dan sikap tamak manusia itu sendiri dalam mencari nikmat duniawi tanpa menghiraukan kesannya kepada orang lain telah mengakibatkan nyawa orang lain tergadai.

Ayuh, kita renung kembali tujuan kita dijadikan di dunia ini. Kita adalah khalifah yang bertanggungjawab untuk mentadbir alam ini. Namun, ramai di antara kita yang lalai dan leka lantas tanpa segan silu merosakkan alam ini.

Kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, takziah dari Kak Yong. Anggaplah apa yang berlaku sebagai ujian dari Allah untuk mengukur tahap keimanan kita. InsyaAllah, bersama kesusahan ada kemudahan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Tabahkan hati, jangan bersedih kerana Allah senantiasa bersama orang-orang yang sabar...

Kak Yong: hanya doa yang dapat dikirimkan buat semua mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Moga terus tabah.

3 comments:

Unknown said...

Itulah kak yong : telah berfirman Allah dalam Surah Ar Rom : Telah berlaku kerosakan didarat dan dilaut disebabkan tangan2 manusia........

Ini janji Allah : Kita semakin rakus mengejar keseronokkan kehidupan sehinggakan 4.6 billion tahun kita mengabaikan hak bumi...

ABU IFFAH said...

Walaupun dilaporkan sebagai sebuah bencana alam, tetapi kejadian ni tetap datang dengan kehendak Allah. Dan jika ianya kehendak Allah yang Maha Besar, pasti ada sesuatu yang Dia ingin tunjukkan dan untuk kita fikirkan.

Moga kita semua dijauhkan Allah dari perkara-perkara yang boleh membawa kemurkaanNya...Ameennn

[SHE] said...

Ameenn..

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers