Monday, January 19, 2009

Pelik bin Ajaib!!!


Pertama-tamanya nak mohon maaf, entry ini mungkin agak berbeza dengan yang sebelum ini... dan mungkin entry ini agak kasar bunyinya. Yang pastinya hati Kak Yong memang tengah panas menggelegak! Sakit hati! Geram, geram, geram...

Kenapa Kak Yong jadi macam ni? Sebab penat sangat ke? Yup, memang Kak Yong penat sangat-sangat. Starting from last two weeks memang Kak Yong teramatlah sibuk. Jadual Kak Yong memang sangat pack! Assignment yang satu ni [Business Plan Managing] memang sangat mencabar ditambah dengan ahli kumpulan yang 'mimpi' plus 'tidur' [nasib korang la, it's okay I do it alone but wait for industrial training...waktu tu tau la langit tinggi ke rendah] yang menyebabkan Kak Yong tak tidur malam beberapa hari, PIOH III, Solat Hajat dan the latest KBM. Tapi Kak Yong tak kisah sangat pasal benda-benda ni walaupun hari ni, esok dan lusa Kak Yong ada exam mid-term.

Pagi tadi waktu dalam bas on the way nak ke kolej, budak driver bas tu buka siaran radio "PANAS" fm. Masa tu Kak Yong tengah dok selak-selak nota sebab pukul 8.30 pagi Kak Yong ada exam. Nak tau apa yang buat Kak Yong geram sangat? Masa tu ada panggilan dari pendengar radio "PANAS" tu. Topik pagi tadi pasal event yang berlangsung malam tadi - AJL. Sakit telinga Kak Yong bila dengar beberapa pemanggil yang bagi komen pasal AJL. Antara komen diorang; best sangat-sangat, macam konsert, kalau selalu macam ni kan bagus... Dan yang paling Kak Yong panas bila dengar adalah pernyataan ini,
"Saya rasa nak menangis bila dengar dia menyanyikan lagu tersebut, betul-betul
menusuk kalbu"
bila mamat-nak-jadi-superman tu nyanyi. Hello!!! Tak sedar ke saudara-saudara kita kat PALESTINE tu tengah menderita? Diorang tu sentiasa dihujani peluru-peluru Yahudi laknatullah? Itulah akibatnya bila HEDONISME dah melarat di kalangan masyarakat kita.

PELIK BIN AJAIB!!!


Kenapa? Peliklah bila dunia Islam sedang bersedih mengenangkan nasib saudara-saudara kita di Palestin, ada sebahagian dari umat Islam yang boleh berseronok, berhibur dengan hiburan yang melalaikan. Masyarakat kita memang SAKIT!!! Betul-betul SAKIT!!! Cuba bayangkan, kalau tengah mereka berseronok menonton AJL tu... tiba-tiba hari kiamat tiba? Tak ke MATI KATAK? Rasanya katak yang mati tu pun lagi bagus kan? Fikir-fikirkan...

Kak Yong: Palestine In My Heart... Ardhu Falastin!!!


5 comments:

My Gen-Y said...

salam,

tiada yang peliknya ukhti. semuanya itu membenarkan segala sabda junjungan besar. itulah realiti umat akhir zaman. dan itu membuktikan kita perlu bekerja kuat lagi di medan dakwah.

pun begitu yakinlah bahawa Islam sebenarnya sedang bangkit. kita nantikan saja Islam itu kembali ke mercunya. kerana itulah janji Allah rabbul jalil.

anyway all da best in your mid term exam. you can do it insyaAllah. Innallaha ma'ana!!

-WaN aM-

Hazhari Ismail said...

alamak..!!

[SHE] said...

To Aie: haa...ni mesti hang jd juri+pengkritik x btauliah kn?

Muhammady7 said...

اسلام عليكم
Inilah penakit umat melayu,minda bermentaliti hedonisme dan subsidisme kalau x dpt subsidi,hiburan terus jad lembek macam kangkung(makanan kura2 peliharaan saya)

p/s:kak yong ndak bela kura2 x?

[SHE] said...

Waalaikumussalam Akh Faiz...

Dlu akk ada bela kura2, 2 ekor...tp dh tggl sekor je, sekor lg dh mati...huhuhu

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers