Sunday, February 1, 2009

Penerbangan KRJ 310109 Di SMI Al-Amin Gombak





No. Pesawat: KRJ 310109
Airport: SMIAAG
Tarikh: 31 Januari & 1 Februari 2009
Pengendali: Kak Yong (laptop), Kak Mia (laptop), Kak Im (video + edit), Kak Mus, Pak Kay, Pak Ngah, Abang Bai dan Pak Andak
KMKY: Abang Bai, Pak Ngah & Kak Yong
InTeam: Abang Bai
Riadah:
Anjang Kila (kasih) & Ubadah (sayang)
MAM 1: Pak Ngah
MAM 2: Pak Ngah, Abang Bai & Kak Mus
Hijrah: Abang Bai & Anjang Kila
MKMS: Pak Andak
Pertemuan: Abang Bai
Ketua pramuraga: Anas KU (Intisar)
Paramugara: Ubadah (Intisar), Eming (Intisar), Hazim (Intisar), Rifaah (Intisar) & Anuar (UiTM)
Ketua pramugari: Anjang Kila (IIC)
Pramugari: Aida (IIC), Isma (IIC), Nurull, Zarina, Syazana (USIM) & Syikin
Penumpang: Sayang –41, Kasih–57 Total– 98 orang

Catatan Kak Yong:

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana DIA masih memberi kesempatan dan peluang buat Kak Yong untuk terus menyumbang bakti dan tenaga dalam program KEINDAHAN BERSAMA MU bertempat di SMI Al-Amin Gombak. Ini merupakan kali kedua Kak Yong berkunjung ke SMIAAG bagi menjayakan program KBM. Dua kali KBM di lokasi yang sama namun berbeza peserta dan pengalaman yang Kak Yong perolehi. Sejujurnya, biarpun keletihan namun semuanya terubat dengan mutiara-mutiara ilmu yang Kak Yong perolehi bukan sahaja dari otai-otai KBM KL malah dari adik-adik peserta juga.

KBM kali ini melibatkan 98 orang pelajar tingkatan 5 SMIAAG. Kali ini Kak Yong ditugaskan untuk mengendalikan laptop. Biarpun bukan pertama kali, namun debarannya tetap ada. Sewaktu slot KMKY, Kak Yong berkesempatan untuk menjadi fasi kumpulan sewaktu sesi Army Yell sementara Abang Bai mengambil alih tugas Kak Yong menjaga laptop. "Air Hangus" itulah nama kumpulan Kak Yong yang terdiri dari adik-adik Asma', Farhana, Ecot, Roy, Afiqah, dan Ina. Nama yang cukup unik, lain dari yang lain. Bak kata adik-adik ini, air mana boleh hangus...jadi, kami nak "Be extraordinary! Expect the unexpected things!" Dan pastinya "Air Hangus" akan segar dalam ingatan dan hati Kak Yong. Mengenali kalian merupakan sesuatu yang sangat berharga. Syukran jazilan atas kerjasama yang antunna berikan pada Kak Yong.

Dalam sesi In-Team, tersentuh sangat hati ini bila melihatkan wajah-wajah di hadapan Kak Yong menitiskan air mata. Titisan air mata yang inginkan ukhwah antara mereka terus kukuh dan berpanjangan. Antara perkongsian yang sempat Kak Yong rakamkan, dari adik-adik ini:

Sayang 1: Bahagia! Satu perkataan yang mewakili perasaan ana sekarang ni. Ana tak ada kata-kata lain untuk menyambung perkataan "Bahagia" itu
Sayang 2: Ana dah target, yang ana takkan menangis. Tapi, ana tak tau kenapa ana gagal. Mungkin kerana muka-muka di hadapan ana ni turut mengalirkan air mata.
Sayang 3: Buat apa nak keraskan hati kita? Ini saja peluang yang kita ada... takkan kita nak tunggu 9 bulan lagi? Biarlah kita tinggalkan al-Amin ini dengan ukhwah yang kukuh!!!
Ya Allah, betapa ikhlasnya luahan hati adik-adik ini. Namun secara keseluruhannya, Kak Yong sangat-sangat tersentuh apabila melihat rata-rata adik-adik sayang berebut-rebut untuk berkongsi setiap kali sesi perkongsian. Terharu juga kerana adik-adik sayang ini begitu mudah menitiskan air mata kerana lazimnya bukan mudah bagi seorang insan bergelar "lelaki" menitiskan air mata.

Biarpun sudah hampir saban minggu Kak Yong berKBM, tidak pernah rasa jemu itu bertandang, kerana terlalu banyak mutiara ilmu yang dapat Kak Yong kutip, yang mungkin tidak dapat Kak Yong perolehi dari tempat lain. Seorang ibu dalam perkongsiannya semalam ada menyatakan, "Kami ini adalah hamba Allah, ikut suka Allah la bagaimana nak tentukan hidup kami. Kami redha..." Hiba sungguh di lubuk hati. Ya, setiap insan pastinya beroleh ujian yang tersendiri. Yang paling penting, kesabaran yang tinggi dalam menghadapi setiap ujian itu.

Di sini, ingin sekali Kak Yong kongsikan doa dari seorang adik kasih...

Ya Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau rasakanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasad dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini

Moga terus... “Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!"

Kak Yong: buat Kak Nina, moga cepat sembuh...sakit itu nikmat...nikmat yang hanya kita dan DIA tahu...erm, dulu pertama kali jejak kaki lat SMIAAG untuk KBM, Sakeena turut sama, tapi kali ni dah tak ada... apa pun SMIAAG punya tempat yang istimewa di hati Kak Yong sebab di sinilah pertama kalinya Sakeena menjadi keluarga KBM KL dan di sinilah Kak Yong mengenali Una... miss u all so much!!! Uhibbukum fillah abadan abada...


5 comments:

ABU IFFAH said...

Wah-wah KBM dah guna ID flight system pulak yer sekarang:) Menarik-menarik...Anyway, maybe bleh tambah sket "KRJ 310109-0XX" kat belakang kut untuk bagitau ni flight keberapa dah kan...

'Ala kulli hal, tahniah untuk pilot-pilot dan kru KRJ 310109 yang telah berjaya mendarat di SMIAAG. So pasnih bleh tambah laluan lagi kut ke International Airport IIUM plak:P

[SHE] said...

Actually mmg dr dlu lg kitorg guna ID flight sistem nih...klu nk tmbh yg kt blkg tu, ana dh x igt la brp byk penerbangan kitorg...byk sgt...bleh kata tiap2 mggu kitorg berkampung utk KBM...

bleh jer klu nk tambah laluan ker international airport IIUM...tp kna la tggu tuan rumah jemput, ye x? xkn nk main terjah jer...

Khazinatul_Asrar said...

pertama kali menjejakkan kaki utk berkampung membantu pramugari2 pesawat KBM-KL. Alhamdulillah, walau sedikit gangguan kesihatan diri sendiri, dapat juga meraih pengalaman pertama di sekolah sendiri. Alhamdulillah.

Ana sungguh2 tersentuh tyme program inteam. semangat adik2 sayang lebih luar biasa untuk ke hadapan berkongsi sedikit kata2 berbanding adik2 kasih walau mmg sampai berebut2 mereka nak luahkan. sungguh teringat zaman persekolahan dahulu -_-'

apapun kak yong dan crew2 lain, ana mntk maaf andai ada yg kurang puas di mata akan crew baru spt ana dan cg shikin. inshaAllah andai diberi peluang, ingin sekali ana turun membantu lagi di KBM-KL akan dtg, inshaAllah :)

-SZ- said...

Huuu.... mabruk2...! penerbangan KRJ mmg sntiasa da besh.. keena tersaaaaaaaangat-sangat rindu KBM & smuanya!!! bc blog sy plak. Smalm br balik dr daurah... huhu.. sblm nk tdo, teringat daurah gi dgn kY hr tu.. sgt2 rindu... tambah plak dorang gune lagu "satu tekad" waaaaaaa....... tak tahan dh rs.. x nk nyanyi wkt tu sbb sebak sgt.. apa pon kak, smoga kita & smue sma2 berjuang FISABILLILLAH walau di mana kite berada... huhuuu..... salam syg.. ukhuwah fillah..

[SHE] said...

KY - Khazinatul Asrar

Masya'allah...rupa2 K.A adalah syazana...awat x habaq hr tu ms dlm pesawat KRJ? Hehehe...thanks utk kuih yg best hr tu...bleh la mtk resepi...nice to know u...hopefully after this we will work together again dlm pesawat2 KRJ yg akn dtg...insyallah...

KY - Keena

ms kt KBM SMIAAG mmg akk igt giler la kt keena...kn tu 1st time akk bwk keena jd fasi...tu pun 1st time knl una...skrg msg2 jauh...tu yg ms nk tdo cm nk meleleh je air mata...rindu sgt2...tp, biar jauh di mata dkt di hati...jarak xkn mampu memisahkn ukhwah kita...ala, skrg kn teknologi dh maju...YM ada, blog pun ada kn? cuma x dpt jmpa face to face je la...syg keena gak...

The Rest of My Life...


Reben Kehidupanku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers